🔧Bab 22 : His First Priority🎂

770 124 30
                                    

Baekhyun

"LIMA puluh juta won!? Apa kau buat dengan amount sebanyak tu?"

"Rahsia"

"Rahsia apa? Tell me..."

Aku merengus kasar. Cuba nak bangun dari katil tapi hyung menegah. Dia tahan dada aku supaya aku tak boleh berdiri. "Hyungggg..."

"You are not allowed to go anywhere selagi kau tak bagitahu hyung sebab apa kau keluarkan duit sebanyak tu. Kau buat apa? Kau bagi pada siapa?"

Tsk! Ini ke yang dia beriya cakap hal antara hidup dan mati? Ini ke penyebab aku dipaksa balik ke rumah agam Byun malam ni tak boleh tidak? Kalau aku tahu, memang aku tak akan balik. Aku takkan berdiri kat sini.

"Byun Baekhyun..." Ada getaran amaran masa nama penuh aku disebut. "Sebenarnya hyung tahu benda ni dari minggu lepas lagi. Saja hyung tunggu kau bagitahu sendiri. Tapi hampeh! Kena bertanya jugak!"

"Hyung. Kecoh sangat kenapa? Orang bukan guna duit hyung atau company pun. Duit sendiri apa." Suara aku kawal supaya tak meninggi. Apa-apa pun dia abang aku. Dan aku... walau seteruk mana pun aku, tak pernah dan tak akan pernah aku hilang hormat terhadap Byun Changwook. Cuma tu la... aku selalu protes bila dengan dia. Keras kepala. Degil. Tapi perkara-perkara yang aku sebut tadi tu dengan hilang hormat adalah perkataan dan keadaan yang berbeza. Sangat berbeza!

Aku bengang betul dengan akauntan syarikat mulut tempayan tu. Macam mana dia boleh dapat kesan pasal pengeluaran cek lima puluh juta won dari akaun aku? Akaun personal kot. Tak ada kena mengena dengan syarikat.

Okey, kalau dia nak menyibuk ambil tahu pun lantak lah. Tapi dah kenapa nak kena mengadu dekat hyung? Perlu ke?Apa-apa tanya saja aku. Haish! Perempuan tu pun memang jenis tak professional. Bengang dengan aku yang tak pernah nak sambut cinta dia, dia balas dendam macam ni.

Tak guna!

"Adik..."

Aku yang dihambat dengan rasa tak puas hati bertingkat-tingkat terus jadi tenang bila hyung panggil aku macam tu. Lama dia tak panggil aku dengan panggilan yang sebenarnya dalam diam aku suka sangat. Kalau nak tahu selain Little Baekkie, adik adalah nama yang hyung cipta untuk aku sejak aku kecik.

Byun Baekhyun.

Baekhyun.

Little Baekkie.

Adik.

Empat nama ni selalu meniti kat bibir dia.

Yang nombor satu tu, biasanya akan keluar masa dia tengah buka kelas bebelan tak berlimit dekat aku. Selalu kalau dia marah, bengang atau tak puas hati. Memang 'Byun Baekhyun' akan meniti berkali-kali di bibir dia.

Nombor dua pulak... natural. Secara random tanpa dipengaruhi apa-apa jenis emosi, 'Baekhyun' akan diguna pakai.

Bagi gelaran nombor tiga tu... dia suka tapi aku pulak yang menyampah. Menyampah yang bukan main-main. Panas je telinga kalau dengar dia sebut perkataan tu dan aku tak tahu kenapa. Little celah mana lagi aku ni? Dah besar panjang dah pun. Heh!

Akhir sekali, yang nombor empat tu aku paaaling suka. Adik. Tapi aku tak pernah bagitahu dia pun la. Malu ah kalau nak mengaku aku suka. Hilang ah macho aku depan Byun Changwook. Tapi yang paling aku suka itu lah yang paling jarang aku dengar sekarang ni. Mungkin sebab aku dah dewasa jadi hyung dah rasa macam tak sesuai panggilan tu untuk aku.

Atau... sekarang ni aku banyak menduga perasaan dan kesabaran dia, sebab itulah gelaran adik digantikan dengan nama penuh aku. Byun Baekhyun. Aku rasa betul dah tanggapan aku ni. Aku kerap buat hyung marah sekarang. Ya, aku mengaku hal itu.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now