🔧Bab 33: Horrible Night 🎂

1K 125 32
                                    

Baekhyun

POMPP!

Haish! Aku boleh diserang sawan babi kalau lagi sebiji belon pecah. Dah masuk kali ke dua belas bunyi ala-ala letupan mengejutkan aku. Dan kini, mata aku jadi segar. Nasib baik aku tak ada heart attack. Kalau tak dah lama aku jalan. Tapi kalau dah gaya macam ni, dari tak ada pun aku boleh jadi ada jenis penyakit jantung merbahaya tu.

Sebenarnya aku dah puas menyumpah tiga ekor kawan tak guna aku sampai naik kebas lidah aku. Gara-gara idea bodoh diorang yang kononnya nak meraikan pengantin baru, habis bilik aku jadi semak macam ni.

Tadi sebelum balik, bersungguh aku paksa diorang kemas bilik. Buang segala benda-benda bodoh yang disumbat kat dalam ni. Boleh pulak diorang blah macam tu dan biarkan aku dengan si tebuan kunyit ni je kemaskan kelopak bunga yang berterabur tu, padam ratusan lilin yang bersusun panjang dalam bilik. Keras bibir aku tiup semua lilin-lilin tu. Gila nak tidur dengan keadaan lilin yang ada api? Kang sedar-sedar saja diri aku dah rentung terbakar. Dan kali itu mungkin betul anak-anak buah aku kena hantar pergi rumah anak-anak yatim. Tak dapat aku nak bayangkan macam mana sadisnya hidup triple-N tu kalau aku tak ada.

Tsk!

Aku je yang beriya fikirkan nasib diorang. Tapi diorang? Boleh pulak tak endah aku sampai sekarang. Si Naeun tu, punyalah nak mengelak dari aku dekat dengan dia... malam ni dia tidur dalam bilik Nari. Bukan Naeun saja, si Namyoon pun buang tebiat pergi tidur dengan kakak dia. Pakat satu kepala nak boikot aku ah tu.

Aku tak kisah ah Nari dengan Namyoon taknak bercakap dengan aku tapi si Naeun tu... ermm... bila dia bagi aku cold shoulder macam tu aku jadi tak betah duh. Yalah, lepas mendiang hyung meninggal tiap-tiap malam Naeun tidur dengan aku kot. Siap peluk taknak lepas lagi. Aku pun dah biasa dengan dia. Tapi dia marah aku macam ni dah tentu-tentunya dia taknak tidur dengan aku lagi kan? Mesti dia dah tak sudi peluk aku. Dah tu, aku nak peluk siapa kalau Naeun taknak bercakap dengan aku? Dah tak pepasal aku tak boleh tidur malam ni. Ni kalau ada dia boleh jugak peluk-peluk, cium-cium, cubit-cubit pipi ke apa.

Pompp!

"Ah!" Yang tiga belas kali! Dan sumpah untuk kali ini aku memang dah tak boleh nak biar lagi. Mahu tak mahu aku kena jugak buang semua belon-belon yang terapung di siling tu. Kalau ikutkan hati, nak saja aku mencarut kuat-kuat dekat Kyungsoo-Chnayeol-Jongda tapi bila teringat larangan pasal mencarut itu merupakan satu dosa dari manusia yang sedang tidur di sebelah aku ni, terus tak jadi. Kang ada jugak yang nak kena lempang lagi sekali.

Dalam bantuan cahaya samar yang datangnya dari lampu minimalist pada balkoni luar sana, aku dapat tengok muka dia. Bukan main nyenyak lagi budak perempuan ni tidur. Betul-betul tidur mati. Berbelas belon pecah atas muka pun, dia boleh tak sedar langsung?

Pompp!

"Oh tebuan pun lawa!"

Uh-oh!? Apa yang aku latah tadi? Tidak! Lupakan! Sumpah aku tak terniat pun nak keluarkan ayat macam tu. Aku maksudkan orang lain. Aku maksudkan Soyeon ajumma yang lawa. Bukan dia. Bukan!

Ahh!! Aku boleh jadi gila dengan belon-belon lahanat ni! Tak pepasal aku dah hilang waras. Cepat fikir Baekhyun! Macam mana kau nak buang belon-belon tu? Nak dicapai dengan tangan, confirmed tak sampai. Siling tu tinggi duh. Chanyeol yang punya ketinggian ala-ala galah pun belum tentu nak sampai kalau pakai kerusi, inikan aku yang punya ketinggian cukup-cukup makan je.

Sedar kalau aku hanya terus duduk nganga saja di atas katil sambil merenung siling takkan mengubah apa-apa, jadi aku bangun dari baring menuju ke arah pintu. Rasanya aku kena cari tangga untuk aku panjat dan buang semua benda-benda alah yang tergantung tu. Aku tak tahulah macam mana diorang boleh terfikir nak buat decoration macam ni? Entah siapa punya idea. Aku syak Jongdae. Sebab antara mereka bertiga, dia yang paling suka tengok cerita hindustan. Memang sah lah dia! Aku taknak nak tuduh orang lain. Memang Jongdae dalang disebalik semua ni.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now