🔧Bab 21: Answer Me, Please...🎂

789 136 8
                                    

Baekhyun

"OMO!"

Prang!!

Mangkuk besi yang berisi tepung separuh jatuh ke lantai sangat membingitkan telinga. Kehadiran tak dijangka aku depan dia dalam dapur bakery sekarang ni nampaknya dah berjaya buat dia terkejut.

"Sorry." Ringan mulut aku menuturkan perkataan itu. Dah memang salah aku pun kan? Wajiblah aku minta maaf.

Dia hanya diam. Cepat-cepat membelakangkan aku sebelum tunduk menyapu tepung yang bertaburan atas lantai dengan tangan.

Untuk jadi pemerhati saja tanpa bertanggungjawab diatas apa yang aku dah buat, aku rasa tak selesa. Jadi, aku lurutkan juga badan aku ke bawah untuk samakan paras aku dengan dia. Tapi baru saja tangan kanan aku nak menyapu tepung yang dikumpul satu tempat, aku ditegah.

"Jangan. Aku boleh buat sendiri."

Dah dia cakap macam tu, jadi aku berdiri semula. Mata aku lilaukan ke sekeliling untuk mencari sesuatu. Tak lama proses pencarian berlaku, apa yang aku cari pun muncul depan mata. Aku terus menapak mendapatkan dua benda yang wajar untuk diguna selain tangan. "Tepi. Biar aku sapu. Kalau guna tangan sampai esok pun tak bersih."

Okey. Dia berdegil. Arahan aku tak mahu dipatuh. Masih kekal dengan perbuatan dia.

Aku rasa tak ada jalan lain. Jadi aku keluarkan ayat yang aku bajet bakal mendorong dia untuk mendengar kata. "Kalau kau taknak aku tanya kenapa kau menangis sekarang ni, baik kau blah. Biar aku bersihkan."

Nampaknya aku dah buat satu tindakan yang tepat. Dengar saja kata-kata aku, dia terus bergerak pergi ke bahagian yang menempatkan pelbagai jenis dan saiz oven. Aku perasan dia macam gelabah dan terkejut. Mungkin terkejut sebab dia dah kantoi dengan aku.

Biarkan dulu dia melayan perasaan, aku teruskan kerja. Dengan berhati-hati aku menyapu sisa tepung di atas lantai masuk ke dalam penyodok. Tak! Jangan teruja dulu. Jangan disebabkan aku pandai menyapu sekarang ni, ada yang terfikir nak buat aku sebagai suami. Jangan cop aku sebagai husband material dulu.

Sebenarnya aku bukan reti sangat pun. Tengoklah ni, pegang penyapu pun terkehel-kehel. Selalu dekat rumah aku sedut habuk dengan vakum je. Cuma kadang-kadang saja lantai rumah dan bengkel aku dibersihkan dengan penyapu. Itupun Kyungsoo yang tolong bersihkan.

Oh, ya. Bila aku teringat balik rupa-rupanya Kyungsoo tu tak teruk mana pun. Dia banyak berjasa dekat aku apa. Kalau tak kerana dia, rumah aku tak sempat nak berkemas. Kalau tak kerana si skema tu, lantai bengkel aku tak adanya nak berkilat. Kalau tak kerana si pendek bermata burung hantu tu, aku tak dapat makan masakan sedap dari dapur rumah aku sendiri.

Jadi, aku tarik balik makian aku dekat dia pasal kes petang tadi. Kes aku tuduh dia pilih kasih dengan menolong si tebuan buka pintu bakery dan dia menolak keras bila aku minta tolong dia ambilkan aku spanar semalam. Fikir positif saja. Mungkin masa aku minta tolong tu dia diserang cirit birit. Sebab tulah dia blah masuk dalam cari toilet dan abaikan aku yang tengah minta tolong dia. Okey, aku sayang Kyungsoo. Selesai.

Wahh! Aku ni ada bakat dalam hal menyapu lantai jugak eh. Buktinya, lantai sekarang dah bersih. Kesan taburan tepung dah hilang. Tahniah, Baekhyun. Kau dah dewasa. Macam dah boleh kahwin saja. Ermm...

"Whohoaa!!"

Fuh! Tak guna! Aku dah tolong bersihkan kau lantai, kau nak pedajal aku? Kau sengaja jadi licin untuk buat aku terlentang atas kau kan? Nasib baik aku pantas. Tsk! Satu hal nak kena cari mop pulak. Sekali lagi mata aku melilau buat pencarian. Hanya lapan saat, pencarian aku tamat. Kehadiran mop yang dah bergesel pada lantai aku pandang. Celah bila budak ni datang sini? Tadi dia bukan berdiri kat sana ke?

"Kenapa kau menangis?" Soalan yang berpusing-pusing dalam otak sejak tadi, akhirnya aku luahkan.

"Kau cakap tadi kalau aku blah, kau takkan tanya." Dia meneruskan aktiviti tanpa angkat muka.

Aku perhati dia yang tengah menunduk. "Ya, kau blah tadi. Tapi aku tak suruh kau datang sini balik pun kan? Jadi aku anggap yang kau setuju aku tanya kau soalan tu." Kedua-dua tangan aku seluk ke dalam poket. "Kenapa kau menangis?" Soalan yang sama aku ulang kali kedua.

Kalau nak tahu, macam mana aku boleh tahu yang dia menangis jawapannya... aku ikut dia datang ke bakery tanpa dia sedar. Dia mungkin tak perasan aku berada di belakang, menjejak langkah dia yang berjalan sambil mengeluarkan bunyi sedu sedan.

Sebenarnya petang tadi budak-budak sakai tu gagal mencari hotel untuk kitorang bermalam. Tak boleh nak buat apa, mereka tak mahu balik tetap juga mahu menetap di sini. Lagipun bila satu orang kena lawan dengan tiga orang, dah tentu tentulah aku kalah. Maka pilihan yang ada hanyalah rumah dia saja.

Mungkin sebab beralih tempat baru, jadi aku tak dapat tidur. Tak macam tiga orang manusia yang sedang nyenyak tidur kat ruang tamu rumah atas bumbung kepunyaan tebuan kunyit. Diorang punya tidur siap boleh berdengkur lagi. Aku tak faham betul kenapa diorang boleh jadi selesa? Padahal tempat ni adalah tempat asing bagi kitorang kot. Haish!

Bila aku tak dapat tidur, jadi perbuatan dia yang tiba-tiba keluar rumah dapat aku hidu. Pukul 2.45 pagi. Dia nak pergi mana? Dia nak buat apa? Rasa curious yang melampau ditambah dengan bunyi sedutan dan hembusan air hidung yang aku percaya disebabkan dia menangis, sudah mendorong aku ikut dia dan sekarang aku berdiri di sini. Dalam bakery yang diberi nama SweetUnicorn Bakery & Pastry. Pada pukul...okey. 3.05 minit pagi.

"Kenapa kau tolong aku?"

Soalan tiba-tiba tu menarik fokus aku terarah pada dia semula. "Bukan kau ke yang suruh aku repair baby?" Saja aku tekankan perkataan 'baby'.

"Aku tak maksudkan pasal baby."

"Oh, itu. Hmmm..." Sebelah tangan aku tarik dari dalam poket dan letakkan pada dagu. Buat gaya orang sedang berfikir. "Kalau kau curious kenapa aku boleh setuju hantar kau balik rumah jawapannya... sebab kawan-kawan tak guna aku tu. Dan mungkin sebab aku ada sikap keperimanusiaan yang tebal dalam diri. That's why."

"Bukan pasal tu. Kau tahu apa maksud aku."

"Pasal apa, ya? Cuba kau bagitahu. Aku lupa la." Muka dia yang masih menunduk, aku cuba mengintai. Tak nampak. Sebab dia punya tahap menunduk tu memang lebih dari sembilan puluh sudut.

"Pasal Dragon!"

"Oh, yang tadi tu Dragon ke? Pffftt!! Tak komersial langsung nama. Mana dia dapat nama sendu macam tu?"

"Aku tak main-main. Bagitahu aku kenapa kau tolong aku tadi?"

Ada getaran dalam nada suara dia. Perbuatan dia yang mengepal kedua-dua tangan, aku nampak dengan jelas. Nafas dia kedengaran keras. Aku dah buat dia bengang ke?

"Entah. Kalau kau nak jawapan sekarang, aku tak boleh bagi. Macam ni lah. Apa kata kau bagi masa untuk aku berfikir dulu cari jawapan untuk soalan kau. Dah dapat jawapan, nanti aku bagitahu. Deal?"

"Aku tanya kenapa kau tolong langsaikan hutang aku dekat Dragon siang tadi!? Jawab aku, Byun Baekhyun!!!"

Zappp!

Hati aku bagai direntap kasar bila pandangan mata tajam dia yang merah menyala datang bersama jeritan nama penuh aku yang keluar dari bibir mungil dia tanpa aku jangka. Dan disebabkan aku tak bersedia, jadi aku jadi tergamam dan terkedu kat sini, membalas pandangan dia tanpa serunut bunyi.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

"Answer me, please."

Suara lemah dia buatkan aku tersentak. Aku larikan mata aku dari terus merenung mata basah dia sebelum berpusing dan bergerak untuk tinggalkan dia. Sempat aku titipkan satu pesanan sebelum aku tolak pintu yang memisahkan bahagian depan dan dapur bakery. "Jom balik. Bahaya kalau kau stay sorang dekat sini."

"Yah, Byun Baekhyun!!!"


*****

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now