🔧Bab 43 : Too Late To Say Sorry 🎂

963 129 38
                                    

Baekhyun

"BERAPA hari?"

"Apa?"

Ringkas jenis respon dia pada soalan aku buat aku angkat muka dari paparan Candy Crush.

"Balik Yeoncheon... berapa hari?" Aku tengok dia yang masa ni tengah sibuk kemas almari paling hujung dalam bilik aku. Almari yang dah lama aku abai.

Eh, tak.

Jangan tuduh melulu.

Aku tak suruh pun dia kemas almari tu. Dia sendiri yang offer diri. Dia cakap almari tu macam terbiar je. Dari luar dah nampak habuk apatah lagi kat bahagian dalam.

Fikir saja saja ke aku nak mengarah dia? Dia isteri aku okey. Bukan orang gaji. Tempat seorang isteri disisi suami. Bukan di sisi almari. Harap maklum!

Tadi tu kemain panjang dia bebelkan aku. Sayang katanya, dah ada tak diguna. Memang betul pun. Bahagian almari paling hujung tu dah lama aku tak buka. Rasanya kat dalam tu ada barang-barang aku masa zaman sekolah.

Zaman sekolah kot. Come on ah. Dah lama. Aku dah move on.  Tak ada sebab aku nak selongkar balik. Lagipun sebelum ni aku  jarang balik sini. Jadi jaranglah barang-barang kat dalam bilik ni aku guna.

"Dua minggu boleh?"

"Dua minggu?" Suara aku hampir tak terkeluar. Aku tahu aku tak dapat nak kawal riak terkejut, jadi aku aku terus lipat leher arah lain. Arah bertentangan dengan dia. Taknak bagi dia tengok air muka aku.

"Kenapa? Sekejap sangat ke dua minggu tu?"

Amboi soalan! Taknak tambah lagi ke minggu tu?

"Kalau macam tu tiga minggu la."

Dia up lagi!? Suka sedap hati dia je nak balik kampung lama-lama macam tu. Seminggu pun aku rasa macam erm... macam erm... macam tak tahu nak bagi izin atau tak. Ini kan pula tiga minggu? Aku taknak tidur bertemankan bantal dakap balik wei!

"Lamanya!" Aku besarkan mata. Terkejut dengan statement sendiri.

Duh! Macam mana boleh terlepas? Tak guna betul mulut Byun Baekhyun ni! "Tak! I mean... " Idea mana idea? Oh, haah! "... Aunty Soyeon belum habis cuti. Aku pulak tak boleh nak handle budak-budak tu sorang-sorang. That's why la aku rasa tiga minggu tu lama."

Pheww! Nasib baik aku jumpa alasan yang bernas. Tak ada la dia nak fikir bukan-bukan.

No! Jangan nak tuduh melulu lagi. Ini bukan alasan yang sengaja aku reka tau. Memang betul aunty Soyeon belum habis cuti. Memang betul juga aku tak boleh nak handle budak bertiga tu seorang diri.

Walaupun baru seminggu kehadiran dia ke dalam rumah agam ni tapi dah begitu besar impak yang dia bawa. Dia tolong aku uruskan rumah. Dia bantu aku uruskan triple N.

Aku perasan kehadiran dia pun sudah diterima baik oleh budak bertiga tu. Naeun tu lagi la. Asyik nak berkepit je dia. Sikit-sikit Yun unnie.

Namyoon pun macam dah boleh masuk je dengan dia. Pernah la aku tengok diorang  berdua berborak walaupun tak riuh, cuma sepatah dua. Tapi okey la tu kan?

Dan Nari... walaupun tak bercakap tapi mahu jugak dia lepak tengok tv dengan si tebuan tu. Lepastu, dia setiap kali masa makan, tak pernah dia tak bertambah. Nampak sangat tekak dia kena dengan masakan bini segera aku.

Suara ketawa yang terhasil secara tiba-tiba buat aku rasa pelik. Terus aku bawa muka ke arah dia. Okey, hati aku mula rasa tak sedap. Asal dia gelak? Apa yang kelakar?

Tak sampai dua saat, aku rasa macam rahang aku jatuh sebaik saja mata aku terpandang sekeping gambar yang berada ditangan dia. "Yah! Letak balik!"

"Ini kau masa kecik ke?"

Ish dia ni! Lain yang aku suruh lain yang dia buat.

"Comel."

Ya, aku tahu dia puji aku. Tapi aku tak terasa nak terima pujian buat masa ni. Yang penting aku taknak dia tengok gambar-gambar yang seterusnya. gambar yang boleh jatuhkan aib aku.

Oh ya. Aku kacak, bukan comel. Tolong hadam!

"Eh, ada banyak lagi la."

Oh,  no! "Letak. Balik. Please." Aku atur perkataan sepatah sepatah. Harap-harap dia perasan yang aku tengah bagi amaran kat dia.

"Eh apa ni? Toyol ke? Hahahahahh! Baju tak pakai. Seluar pun tak! Hahahahh kita naked toyol! di sini! Hahahahhh!!"

Sh*t!

Perkara yang aku anggap sebagai satu aib sudah pun terbongkar! Tak melengah lagi, aku terus campak fon ke atas sofa dan aku bingkas berdiri. Pandangan aku cerlunkan ke arah dia. "Byun.Hyu.Na."

***

Hyuna

ERK!

Dia dah bangun! Dia dah datang kesini! Dan riak muka dia macam... macam marah je...?

Alamak!

Apa dia nak buat?

Apa aku perlu buat?

Okey, pintu mana pintu? Agaknya sempat tak kalau aku lari keluar? Pintu dah terbuka separuh tu. Tapi sebelum keluar apa kata aku bawa sekali album-album ni? Belum puas tengok lagi lorh.

"Aku kata letak balik. Kalau tak..."

"Kalau tak apa?" Aku menjawab berani. Sambil-sambil tu aku mengangak kelajuan yang perlu diambil bagi melepasi Baekhyun untuk ke pintu. Rasa-rasa macam lepas je.

Alaa... Kenapa dia tengok pintu jugak? Dia tahu ke aku nak lari laju laju keluar bilik? Ish! Tak boleh jadi! Aku kena tarik perhatian dia. "Apa? Kalau tak kau nak buat apa?"

Ada senyum herot terpapar dibibir dia. "Something that you don't want to know."

Gulp! Kelatnya air liur aku.

"On the count of three. Kalau kau tak bagi balik, kau akan menyesal. One... Two.."

"Okey, aku akan bagi balik album gambar ni tapi kau jangan berdiri kat situ." Aku mencelah laju.

"Kenapa aku tak boleh berdiri kat sini?"

"Sebagai jaminan kau takkan apa-apakan aku bila aku dah pulangkan album ni."

"Heh." Senyum herot dia belum pudar. "Ke kau ada plan nak lari keluar bilik?"

Aku telan liur lagi. Gugup aku makin menebal.

"Three!"

Baekhyun yang dah melulu ke arah aku buatkan aku rasa macam tercekik. "Okey! Okey! Sorry!"

"Naaa.. it's too late to say sorry, tebuan. Sini kau!"

Nehiiii!

*****

#Hai. Masih ada yang tunggu cerita ini?  Terima kasih 😊

#Maaf, tak buat double check pun sebelum publish. Confirm banyak typo dan juga confirm hambar 😌

#Tak apa. Saya ada Anis nurnajiha. Dae-dae, are you still 'there'?  Sila detect typo akak😁 😘😘

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now