🔧Bab 56: May I Kiss You?🎂

484 45 27
                                    

Baekhyun 

PERJALANAN yang patutnya mengambil masa tak sampai dua jam tapi disebabkan ada kemalangan yang menyebabkan kesesakkan lalu lintas akhirnya sampai ke destinasi. Tiga jam aku memandu tanpa singgah di mana-mana perhentian, buatkan tubuh terasa sengal. Namun dalam sekelip mata aku rasa segar saat pandangan aku menangkap seraut wajah yang sedang berdiri di kawasan parking kereta dengan senyuman manis yang terpapar.  Tengok muka dia, refleks aku juga tersenyum sama. 

"Sampai jugak akhirnya..." Ayat pertama dia sapa saat aku turun keluar dari kereta. "Teruk sangat ke jam?"

"Teruk jugak. Treler terbalik."

"Patutlah. Itulah... gerak lagi malam-malam. Orang suruh datang esok degil."

Eh, helo... Tahap rindu aku sikit lagi nak capai over-limit tau. Kalau tunggu esok mungkin aku boleh demam kepialu apa.

Aku jawab dalam hati je la. Segan nak lepas keluar. Jatuhlah reputasi kalau aku mengaku aku rindu dia.

Yang jadi gerak malam bukan apa, tadi petang eomma Kyungsoo jemput pergi rumah dia. Ada acara makan-makan yang dibuat khas untuk kawan-kawan Kyungsoo je. Katanya rindu, dah lama tak jumpa Triple-N, aku, Jongdae dan Chanyeol. Apa lagi, bila dah lama tak lepak dengan geng sakai tu memang banyaklah benda nak dicerita.

Macam biasa, bila dah berkumpul semua berborak kencang. Aku keluarkan cerita aku. Kyungsoo petik cerita dia. Chanyeol pun tak lepas peluang berkongsi cerita dia. Cuma Jongdae jelah yang nampak lain sikit. Dia kurang bercakap. Kerap jugaklah aku tangkap dia bila aku perasan dia macam zoned-out. Seakan fizikal dia saja ada depan kitorang tapi fikiran dia terbang pergi tempat lain. Sebelum aku minta diri untuk bertolak ke Yeoncheon, aku ada panggil dia pergi kat kereta. Aku tanya dia kenapa dia macam tu. Dia cuma cakap tak ada apa-apa dan terus desak aku supaya memulakan perjalan dengan cepat bersama alasan hari dah malam.

Aku tahu dia ngelat. Dia mengelak dari terus diasak oleh aku. Heh! Dia fikir aku percaya ke kalau dia cakap dia okey? Dah berbelas tahun tau aku kenal diorang. Setiap tindak tanduk diorang aku tahu. Kalau ada benda tak kena pun aku boleh hidu. Lagi-lagi dengan si Jongdae. Antara mereka bertiga dia kawan yang sentiasa ada dengan aku.

Tamat waktu sekolah, kitorang sambung belajar di universiti dan kos yang sama. Habis belajar, dia yang banyak tolong aku di bengkel. Boleh dikatakan sebelum ni mana ada hari aku tanpa dia. Aku dengan dia dah maca kembar pun. Melekat macam belangkas. Kemana saja mesti berdua. Sebab itulah kalau ada yang bertanya siapa diantara kitorang bertiga yang paling kenal dan faham Jongdae, dengan yakinnya aku akan jawab akulah orangnya. Jadi aku tahu ada sesuatu yang terjadi. Puas aku mendesak, dia masih tak mahu berkongsi. Sudahnya aku mengalah. Tapi bukan bermaksud aku akan biar dia ngelat terus. Aku bagi dulu peluang kat dia sampai dia bersedia untuk bercerita.

"Arghhh!! Rindulaaaa..." Fikiran aku tentang Jongdae terbantut. Mata aku terbuntang bila dengar Hyuna menjerit dengan tangan yang mendepa luas sambil berlari ke sini.

Aku dah bersiap sedia untuk mendepa tangan juga, menyambut dia ke dalam pelukan kononnya tapi rupanya aku terlebih perasan. Bahu aku jatuh. Bibir aku mencebik, kecewa. Tangan yang sudah separuh aku depa, aku tarik semula ke sisi. Reaksi penuh teruja macam tu bukan untuk aku tapi untuk Triple-N yang sedang terlentok lena di dalam kereta.

Hiks! Hiks! Sedihhh...

Ikut perjanjian yang dimeterai antara kami berdua, minggu ni dia akan balik ke rumah. Sebenarnya dia awal-awal dah halang aku dari datang jemput dia. Katanya nak naik bas je.

Bila dah dengar dia nak naik bas, terus aku tegaskan yang aku akan datang sendiri ambil dia dan bawa balik ke Mapo. Memang taklah aku nak biar isteri aku susah payah guna khidmat bas sedangkan dia ada suami. Lagipun bukannya jauh. Cuma ambil masa satu jam setengah saja kalau tak ada kesesakkan lalu lintas. Dan kalau jauh pun, lambaaattt lagi aku nak lepas dia balik sendiri. Lainlah kalau dia tumpang Hanbin atau Eunha macam sebelum ni.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now