🔧Bab 64: Husband Material🎂

432 45 19
                                    

Baekhyun

MASUK dalam rumah aku nampak lampu dapur menyala. Dari mahu melangkah naik ke atas, aku ubah arah langkah menuju ke dapur. Briefcase dan kot ditangan aku letak atas kabinet yang bersusun dengan pinggan mangkuk kaca, koleksi kesayangan mendiang Hyerin noona yang terletak di depan laluan untuk masuk ke dapur.

Nampak aje figura Hyuna membelakangi aku, aku berhenti di gerbang pintu. Sisi tubuh aku sandarkan pada bingkai pintu dapur. Kedua-dua tangan aku seluk poket seluar dengan mata aku memanah tepat ke arah dia yang belum sedar akan kepulangan aku.

Sejak aku masuk pejabat, aku dah macam susah nak jumpa perkataan tenang. Hari-hari aku jadi sangat hectic sekarang. Bergelumang dengan hal syarikat yang bagi aku adalah sesuatu yang sangat baru dan terlalu banyak perkara aku perlu catch up.

Awal-awal pagi dah kena masuk ofis untuk join training, meeting dimana  lebih dari sepuluh dalam satu hari. Balik kerja pulak tak pernah tak nampak bulan dalam minggu ni. Tengah malam baru sampai rumah. Anak-anak buah pun aku tak sempat nak ajak borak. Jumpa sekejap waktu sebelum masing-masing pergi sekolah. Selebihnya cuma tahu perkembangan diorang dari Hyuna aje. Nasib baiklah ada dia. Dia banyak tolong dalam menguruskan anak buah.

Sengaja aku berdiri disini dan perhati dia. Dapat tengok dia depan mata sekarang, segala penat lelah dan serabut yang aku rasa di pejabat  hilang serta merta. Dia sedang menyanyi sambil sesekali menari  mengikut rentak lagu yang aku tak dapat tangkap. Mungkin sebab aku tak familiar dengan lagu yang dia nyanyikan sekarang.

"Don't mess up my tempo...deureo bwa igeon chungbunhi...I said don't mess up my tempo..."

Aku tergelak kecil sambil gigit gigit bawah supaya tak terlepas. Lagu apa tu? Who did mess up her tempo,uh? Aku ke?

"Shimmie shimmie Ko Ko Bop I think I like it...ginjangeun down down bukkeureo malgo..."

Jap! Lagu ni macam pernah dengar. Part shimmie shimmie tu macam familiar.

"Oh, hiii!" Sedang aku berfikir kat mana aku pernah dengar lagu tadi, tiba-tiba dia menoleh. "Aren't you too early to be home?"

Jenis soalan itu buatkan aku mengecilkan mata, menghantar pandangan ke arah dia. "Perli tu tak boleh berkias lagi ke?"

Dia ketawa. "Takde la... Biasa kan acah cinderella. Dekat pukul dua belas baru jumpa jalan balik rumah. Malam ni..." Ayat terhenti sekejap saat mata dia mengerling jam dinding. "...belum pukul sepuluh setengah lagi  dah terpacak kat sini."

"Heh." Aku herotkan bibir, melemparkan senyuman sinis. Longgarkan tie dengan sebelah tangan sehingga terburai, aku menapak ke arah dia. "Kerja penting hari ni dah settled, buat apa nak tunggu lagi? Plus..." Sengaja aku leretkan suara. Tangan bebas aku cangkuk pada pinggang dia dan aku tarik dia rapat dengan aku. Aku dekatkan wajah aku dengan dia sehingga dahi kami bertemu. "...there's someone who's waiting for me to get home early, yes?" Dia yang dah terbuntang mata dengan tindakan aku, mendorong senyuman aku bertambah lebar. "Hi back, wifey..." Baru kali ni aku balas sapaan dia. Satu ciuman ringkas aku tinggalkan pada puncak hidung dia sebelum aku letak semula jarak diantara muka aku dan dia. "Baking cupcakes?"

"Haah." Dia angguk dan sambung susun cup terakhir yang sudah berisi diatas dulang.

Masih belum lepaskan rangkulan, jari aku mengelus pinggangnya. "Banyaknya... Siapa request? Naeun?"

Dia geleng dua kali. "Saja... Rindu nak baking. Dah seminggu tinggal."

Aku mengangguk. Mata aku jatuh pada stand mixer yang aku beli untuk dia dua minggu lepas. "Okey ke mixer tu? Function well tak?"

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now