🔧Bab 70 : Nari's Special Day🎂

287 18 37
                                    

#Anda disarankan untuk scroll sampai bawah kalau ingin berkenalan dengan ahli keluarga Byun 😘😚😊😜😆

***

[12 tahun kemudian...]

Hyuna

TADI tu... selesai dengan pergi menjenguk Nari sedang bersiap untuk majlis yang bakal berlangsung kurang dari tiga jam dari sekarang, giliran aku pula untuk mencantikkan diri sebagai ibu pengantin perempuan.

Hari ni hari perkahwinan anak saudara sulung aku dan Baekhyun, Byun Nari.

Sekejap aje masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah besar dah anak buah sulung kitorang tu. Dah nak jadi isteri orang pun. Aku tumpang bahagia. Byun Nari sudah bertemu dengan calon suami yang aku yakin boleh jaga dia dengan sempurna. Lelaki yang dia kenal masa belajar di universiti dulu. Lelaki yabg bernama Kang Taehyun.

Dalam ramai-ramai yang cuba masuk jarum, cuma Kang Taehyun saja yang berjaya menjentik hati kebal seketul Byun Nari. Itulah lelaki yang berjaya membuka hati dia untuk bercinta, itulah cinta pertama dia dan itulah bakal suami dia.

Ikut jadual majlis perkahwinan yang bakal diadakan di Hatten Hotel akan bermula pada pukul tiga petang. Sekarang pukul satu. Aku ada satu jam lagi untuk bersiap. Kata Kyungsoo untuk mengelak kesesakkan lalu lintas adalah lebih baik kitorang bertolak dari rumah sebelum pukul dua.

Habis bahagian wajah, aku semak lagi sekali make-up hasil sentuhan tangan sendiri. Okey, puas hati. Berkat kesabaran aku merujuk tutorial di Youtube, usaha aku berbaloi. Takdelah cantik macam supermodel tapi boleh dikira cantik dari biasa. Kiranya tak adalah Baekhyun rasa malu nak bawak aku ke sana sini.

Almaklumlah... aku kan menantu keluarga Byun, isteri kepada seorang jutawan terkenal yang disegani ramai. Jadi mahu atau tak, bersesuaian dengan masa dan ketika, tempat dan tujuan... aku perlu jaga penampilan serta air muka keluarga Byun.

Awal dulu tu macam susah jugaklah untuk aku suaikan diri. Mana taknya, aku ni perempuan kampung biasa je. Tiba-tiba ditemukan jodoh dengan keturunan Byun yang sangat dikenali. Agak makan masa jugaklah aku belajar untuk menjadi tidak kekok seperti sekarang. Nak kata aku berubah menjadi orang lain sepenuhnya tu taklah.

Aku tetap aku.

Seperti yang aku cakap tadi, ada masa dan ketikanya saja aku cuba menjadi lebih profesional, suaikan diri dengan sesetengah perkara. Mujur Baekhyun pun jenis cool aje. Dia tak pernah paksa aku untuk menjadi isteri Byun Baekhyun yang 'disegani ramai'. Katanya, aku bebas untuk jadi diri sendiri. Berperilakulah seperti mana yang aku selesa. Yang penting, apabila dengan dia aku tetap menjadi Byun Hyuna dia sampai bila-bila.

"Do you really have to look pretty this much,uh?"

Aku naikkan alis mata dari susunan alat solek di atas meja ke cermin. Berdirinya Baekhyun di muka pintu bilik dengan bersandar sebelah bahu buatkan aku ternganga separuh. Aku bukan terpana sebab dia tengah berdiri kat situ. Tapi aku terpana bila dia masih belum bersiap. "Kenapa belum tukar baju?"

Dia yang masih memakai t-shirt round-neck dan seluar pendek paras lutut terus masukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluar. Tak menjawab soalan aku dia cuma lebarkan senyum. Kepala disenget sedikit, sandarkan pada bingkai pintu.

Melihat perilaku dia seperti itu, aku angkat kening sebelah. Memikirkan apa yang dia cuba sampaikan melalui riak wajah yang macam tu. Dah la dia nampak handsome luar biasa sekarang ni. Sengaja nak menduga hati aku ke caner? Dia ni kan... Aku perhati je tau. Semakin bertambah umur semakin melampau tahap kacak dia. Tak nampak langsung rupa umur orang tiga puluh tujuh tahun. Maintain macam tu aje...

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now