🔧Bab 31: A New Bedroom🎂

1K 122 53
                                    

#Warning! Chapter ni panjang. 3K++. Sila sediakan baldi kat sebelah untuk tadah muntah 😁😁

Hyuna

*Flashback

AKU rasa macam satu badan aku dah disimbah dengan gam kasut. Keras dan kejung tak bergerak. Kalau dia tak datang dekat sampai macam ni dan berdiri depan muka aku sekarang ataupun suara dia tersekat-sekat, aku mungkin boleh anggap yang aku salah dengar. Mungkin aku boleh anggap yang aku terlebih berangan.

Tapi tak.

Dia ada kat depan aku. Dia tengah pandang aku. Ayat dia lancar. Suara dia jelas ketara pada pendengaran aku. Dan kat sini memang tak ada orang lain. Aku dengan dia saja. Dah sahih lagi nyata apa yang keluar dari bibir dia lapan saat lepas, ditujukan untuk aku.

"Okay. I proposed to you. And on the count of three, if no words come out of your mouth... I will take it as a yes. Cool? One...two...three! Okay, it's a yes. Settle. Case closed. Pasal tarikh kahwin kita, you'll be informed later. I'm leaving then. Bye."

Mata aku terbuntang bila manusia depan aku ni dah berpaling dan mula menapak untuk keluar dari bakery. "Yah, Byun Baekhyun!!!" Aku rasa suara aku mungkin dapat cecah telinga auntie Hayoung, jiran aku yang tinggal di aras dua, betul-betul kat atas kepala aku. Dah la auntie tu baru je lepas bersalin anak yang ke tiga minggu lepas. Ni kalau kejap lagi anak dia menangis, fahamlah aku siapa punya angkara. Ah, lantak! Aku tengah terkejut kot ni. Logik ah kalau reaksi aku sebegini rupa.

Tangan dia yang berkira untuk memulas tombol pintu, terhenti. Tanpa menoleh, dia bersuara. "Kalau pasal wedding preparation kau jangan risau. Aku akan uruskan semua."

Aku dapat rasa kelopak mata aku sakit gara-gara menahan biji mata aku dari tersembul lagi ke depan. Benda yang dia letak atas meja, aku sambar dengan kasar. Tolak pintu kecil pada kaunter, dan aku bergegas mendapatkan dia. "Kau tengahshooting drama swasta apa kat sini malam-malam macam ni? Ni... apa ni?" Cincin emas putih yang berada atas tapak tangan, aku tayang depan dia.

Dia pandang aku. Dengan muka tak beriak, dia membalas. "Cincin lamaran aku untuk kau...?"

Terpempan sekejap aku dengan jawapan lancar tanpa gagap itu. "Tapi... kenapa? Kenapa tiba-tiba?"

"Tiba-tiba aku rasa nak kahwin dengan kau. That's why. Anggap saja kita berjodoh."

Pintu yang dia buka aku tolak semula. Tangan dia pada tombol aku tepis. Aku cepat-cepat berdiri depan Baekhyun. "Serius wei. Benda ni serius tak lawak. Kau kalau nak aku langsaikan hutang pun bukan dengan cara macam ni." Muka aku dah berkerut. Tak tengok cermin pun aku boleh agak yang riak cuak terpampang jelas di muka aku.

"Aku janji, aku akan bayar semua hutang aku pada kau. Aku tak boleh nak settlekan sekarang. Bagi aku masa. Aku akan langsaikan lima puluh juta won tu one fine day. Kau tak percaya aku ke? Aku dah cagarkan baby pada kau dah pun. Dan esok... esok aku akan cuba cari pembeli bakery dan rumah aku. Hah! Tak pun aku tolak dekat kau je. Bakery ni memang tak besar mana. Kalau tak cukup, aku akan korek saving. Kalau tak cukup lagi, kau ambik ah oven-oven aku yang besar gedabak tu. Mixer besar aku ada empat. Muat untuk adun sepuluh kilo tepung. Ermm... apa lagi yang aku ada nak tolak dekat kau?" Aku diam sekejap untuk tarik nafas dan basah bibir. Mata melilau kesekeliling bakery.

"Tu semua..." Aku maksudkan kerusi meja yang ada. "...kau boleh ambik. " Beralih pula pada cake freezer dan bread display stand yang terletak pada dinding sebelah meja kaunter. "Itu pun boleh masuk sekali dalam pakej."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now