🔧Bab 28: Marry Me?🎂

820 122 29
                                    

Baekhyun

*Flashback

"ADIK."

Diam. Tumpuan diteruskan pada skrin smartphone.

"Adik!"

Suara hyung naik satu oktaf. Pun sama. Aku tak bagi tindak balas. Fokus penuh aku halakan pada 'peperangan' yang aku sedang lalui sekarang ni.

"Yah, Byun Baekhyun!"

"Hyunggg!!! Orang tengah 'war' ni. Bagi balik laaa..." Aku cuba untuk rampas smartphone dari si tua Changwook tapi gagal sebab dia terlebih dulu berdiri sambil mengangkat tinggi tangan dia yang pegang smartphone aku.

Ni yang nak bengang ni. Aku tengah aman damai main Clash Of Clans kat luar rumah, hyung boleh datang kacau pulak. Untuk menang dalam 'war' kali ini adalah penting bagi aku. Sebab aku taknak hilang trofi lagi. Dah ar 'war' semalam clan aku kalah. Budak-budak dalam clan aku seramai empat puluh empat orang tu tak membantu langsung.

Tsk!

"Hyung!"

Bila nampak aku gigih nak rebut balik, hyung terus matikan smartphone aku dan letak bawah bontot dia.

"Hyuuuuunnngg!!! Aish! Chincaaa..." Harapan aku untuk menang, musnah serta merta. Dan hyung patut dipertanggungjawabkan. Tapi dia hanya tayang muka tak bersalah plus mengejek. Aku yang sebal berganda, terus henyakkan punggung balik dengan kasar atas beranda kayu.

"Takyah nak buat muka asam boi cenggitu. Fikir kau Naeun? Takdenya hyung nak pujuk."

Hyung ambil tempat kat sebelah aku. Kedudukan kitorang sangat rapat sampai bahu aku berlaga dengan bahu dia. Aku yang tengah sebal ni rasa rasa rimas. Berdiri kasar untuk menapak masuk ke dalam rumah tapi tak jadi bila hyung rentap tangan aku aku. Tarikan dia kuat sampai aku terduduk balik kat sebelah dia.

Tak lama lepas tu, terasa ada satu tangan panjang memeluk bahu aku. "Kau ni pun... borak ah dengan hyung. Hyung bosan. COC tu kau boleh layan kejap lagi apa."

"Dah bosan pergi la tengok kartun dengan budak-budak tu." Cadang aku dengan muka yang masih tak boleh nak manis.

Masa nak keluar sini tadi, aku kena melintas bilik menonton. Sempat jugaklah aku intai apa cerita yang budak bertiga tu tengah tengok sampai ketawa bergegar rumah. Rupanya Toy Story 3. Antara favorite kartun aku.

Ada rasa nak tonton sekali tapi tu la, aku baru berdehem kat depan pintu pun Byun Nari Nari dah mati gelak, inikan pulak kalau aku turut mencelah sama dalam bilik tu, mahunya dia muka dia macam orang tertelan cuka getah. Dan lepas tu, aku pulak yang akan sakit hati. Sebab itulah aku pilih untuk lepak kat sini.

Kesian aku kan? Keseorangan. Anak-anak buah pun tak sudi nak tengok muka aku. Taknak kawan pun dengan samchon kacak diorang ni. Tsk!

"Taknak ah. Hyung nak berdating dengan kau je kat sini. Berbumbungkan langit malam yang indah. Berpayungkan bintang-bintang yang berjuta di dada langit. Berselimutkan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Diterangi dengan cahaya kunang-kunang yang-"

"Hyung! Berhenti berpujangga macam tukang sajak antarabangsa, please! Nak muntah tahu tak? Nak muntah dengar." Bentak aku sambil tutup telinga dengan tangan. Tak cukup dengan merampas kedamaian aku kat sini, dia nak berpujangga pulak dah.

Hyung pecah gelak. Bahu aku ditepuk-tepuk. Kehadiran ribuan bintang di langit buatkan aku dan hyung mendongak. Ralit memerhati keindahan yang disajikan depan mata, suasana jadi sunyi.

Lebih kurang dalam tiga minit macam tu, hyung mula mengaktifkan aktiviti komunikasi antara kami. "Adik. Hyung sebenarnya kan ada dua benda nak tanya kau."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora