🔧Bab 32 : Sleeping With A Stranger🎂

1.1K 129 44
                                    

Baekhyun



"AKU nak tidur mana?"

Lepas aku keluar dari bilik air, dia terus terjah aku dengan soalan. Mati-mati aku fikir dia dah tidur. "Mana tempat yang kau suka?"

"Ermm... Katil...?" Teragak-agak dia menjawab.

"Okey. So, kau tidur ah situ." Bila rambut aku dah tak sebasah tadi, aku menyangkut tuala pada towel holder stand yang terletak di sebelah pintu bilik air.

"Dan kau tidur atas sofa? Okay deal! Deal! Terima kasih banyak-banyak sebab mengalah dengan aku." Tak menunggu lama, dia terus meluru mendapatkan katil dan melabuhkan badan dia di atas tilam empuk yang secara mutlaknya hak milik aku.

"Excuse me? Aku? Nak tidur atas sofa? Kau jangan nak bermimpi boleh?"

Mata dia jadi besar. Ada riak terkejut dan cuak pada wajah putih depan aku sekarang ni. "Dah tu kau nak tidur mana?"

Aku tak pilih untuk jawab soalan dia dengan suara. Aku pilih perbuatan. Dan dengan perbuatan aku yang dah melabuhkan badan di atas katil sebelah dia, menyebabkan reaksi dia serupa orang baru kena sambar dengan petir.

Rasanya lebih kurang dalam lima saat macam tu dia kejung tak bersuara. Hanya pandang aku dengan mata dimana dua kali ganda besar dari yang mula, sepantas kilat dia bangun dari pembaringan. Kalut-kalut dia merangkak turun dari katil. "Yah! Kau dah cakap kan aku boleh tidur atas katil? Dah tu apa benda ni?" Sambil bercekak pinggang, dia meluahkan rasa tak puas hati.

"Betul aku bagi kau tidur atas katil. Tapi aku tak cakap pun aku nak tidur atas sofa. Dan aku pun tak cakap yang aku tak akan tidur atas katil." Balas aku dengan selamba. Mata dia yang mencerun tajam ke arah aku, aku endahkan. Capai smartphone dari meja sebelah katil dan aku buka aplikasi Clash Of Clans.

Duh! Aku kena serang teruk! Empat kali kot. Hilang lima puluh tiga trofi! Bodoh la siapa yang berani masuk kawasan aku tu? Tunggu kau! Aku serang balik!

"Yah, Byun Baekhyun! Aku bercakap dengan kau ni!"

Kemunculan suara kuat dan susuk tubuh di sebelah aku, mengganggu fokus aku pada skrin smartphone. Dah celah bila dia berdiri kat sini pulak? Tadi bukan dia dok membebel kat seberang sana ke? "Dengar."

"Mana boleh macam ni."

Aku angkat muka, balas pandangan dia. "Apa yang tak boleh?"

Dia gigit bibir bawah. Dengan muka ditunduk ke bawah, perlahan dia menutur. "Kongsi katil dengan orang asing... aku tak boleh. Aku... tak selesa. Kekok."

Dah tu dia fikir aku selesa? Aku tak kekok? Apa aku pernah ke kongsi katil dengan orang asing sebelum ni? Aku pun sebenarnya tengah kawal rasa kekok tahu tak? Saja malas nak bagitahu dia. Aku kena berlakon macam aku tak kesah. Macho itu penting.

"Itu orang asing. Bukan aku. Aku Byun Baekhyun. Suami kau yang sah. Jadi, tak ada istilah orang asing dalam kes ni."

Aku salah cakap ke apa? Sampai dia tunduk macam tu sekali? Aku perasan kedua-dua tangan dia saling menguis sesama sendiri. "Kalau macam tu, biar aku tidur kat sofa la."

"Tak boleh!" Sama dengan aku titahkan ayat menegah, tangan dia yang berkira untuk berpaling, aku tarik. Tubuh dia terdorong menghadap aku semula. Riak terkejut jelas di wajah dia. "Kau tidur je dengan aku kat sini. Lagipun katil ni besar. Aku rasa tak ada masalah pun. Dan kalau kau fikir aku nak ambik kesempataan dekat kau, baik kau buang saja angan-angan tu dari kepala. Sebabnya, aku dah cukup penat dengan segala masalah yang aku kena tanggung sekarang. Penat sampai aku dah tak ada nafsu atau tenaga untuk buat aktiviti wajib malam pertama dengan kau, bini aku yang sah." Lepas aku atur ayat yang aku rasa sangat gila macam tu, muka terkejut dia makin menjadi. Tapi aku tetap tayang muka selamba, tak bersalah. Dan dengan sengaja juga aku tutur ayat-ayat itu. Saja nak bagi dia sedar. Kata sangat yang aku ni orang asing kan? Padan muka.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now