🔧Bab 24 : I'm Not Ready For This🎂

755 134 67
                                    

Baekhyun

"WE did all we could, but we couldn't save him. I'm so sorry, Mr Byun. He's gone."

Berita yang disampaikan oleh doktor lelaki yang memakai tanda nama yang tertulis 'Dr Zhang Yixing' itu buatkan aku rasa macam bumi berhenti berputar. Aku tengok muka kecewa dia masa dia menepuk perlahan bahu aku sebelum berlalu tinggalkan bilik kecemasan yang masa ni aku rasa macam suram dan mendung sangat.

Sumpah!

Aku jadi kaku.

Badan aku menggigil.

Lutut aku lemah.

Darah dah mencanak naik ke kepala.

Jantung dah macam berhenti mengepam.

Aku tak tahu nak bagi reaksi yang macam mana.

Aku tak tahu nak cakap apa.

Aku tak tahu nak tarik nafas macam mana.

Dan aku... aku tak mampu nak bergerak langsung. Rasanya hanya lima langkah saja yang memisahkan katil itu dengan tempat aku berdiri sekarang ni. Tapi kaki aku jadi keras. Berdegil untuk tak mahu bergerak ke sana.

Suara-suara tangisan dari beberapa manusia dikeliling, aku endahkan. Mata aku lebih tertarik untuk merenung sekujur tubuh kaku yang sedang terbaring atas katil hospital lima langkah depan sana sekarang ni. Tubuh yang dah berselubung dari kaki sampai kepala itu, aku pandang dengan pandangan kosong.

Tubuh itu... kepunyaan seorang lelaki. Dia lelaki yang sayang aku lebih dari nyawa dia sendiri. Satu-satunya lelaki yang tuhan jadikan sebagai adik beradik kandung aku dalam dunia ini. Satu-satunya lelaki yang tuhan pinjamkan untuk menjaga aku dari hari pertama aku dilahirkan sampai umur aku dua puluh empat tahun. Satu-satunya lelaki yang paling aku sayang dalam dunia dan sentiasa aku letak pada carta teratas bagi kelompok manusia-manusia penting dalam hidup aku.

Dialah satu-satunya... Byun Changwook.

"Baekhyun." Kyungsoo yang berdiri dekat hujung kepala katil, panggil aku.

"T-tak nak." Suara aku antara dengar dan tidak. Sungguh-sungguh aku gelengkan kepala bila Kyungsoo pamit aku suruh pergi dekat katil hyung.

"Baekhyunnn..." Panjang nama aku disebut. Kali ini Chanyeol pula. Dia berdiri di hujung kaki katil sambil merangkul Nari. Tak putus-putus memujuk anak buah sulung aku yang sejak tadi tak berhenti meraung. Jongdae disebelah sedang kejap mendukung Namyoon yang juga tengah tersedu-sedu menangis.

Perasan belum nampak Naeun, aku menoleh ke sekeliling mencari budak kecik tu. Mungkin dia sedar yang aku tengah cari dia, Naeun melulu turun dari dukungan kawan baik hyung, Changmin hyung. Tengok Naeun berlari ke sini, aku dah bersedia rendahkan badan sikit sambil depakan tangan untuk sambut anak buah bongsu aku itu.

"Samchon..." Naeun pegang kedua-dua pipi aku.

"Hmm?" Mata sembab dia, aku pandang. Pipi basah dia aku kesat dengan tangan.

"Se-mua.. orang ca-cakap... dekat Naeun yang ap-appa dah mati. Betul ke?" Suara kecil dia berselang seli dengan sedu dan esakan.

Dan itu menambahkan lagi rasa sebak aku. Tapi aku cuba untuk tahan air mata dari merembes keluar.

"Samchon..." Dia panggil aku lagi. Kali ini aku dapat rasa pegangan tangan dia pada pipi aku makin kuat.

"Ya, Naeun."

"Bo-boleh tak kita pergi ca-cakap dengan uncle doktor tadi, suruh dia selamatkan ap-appa?"

Dengar Naeun cakap macam tu, aku terus tolak belakang kepala dia, sembamkan muka dia pada bahu aku. Aku yang sedewasa ini pun tak mampu nak terima,apatah la budak sekecil ini.

"Naeun, sini datang dekat uncle Kyung." Kyungsoo yang dah berdiri dekat sebelah, mengambil Naeun dari dukungan aku. Tangan kanan merangkul Naeun, jadi dia guna tangan kiri menolak aku bergerak menghampiri katil. Tolakan kuat Kyungsoo berjaya mendorong pergerakan aku. Dengan berat hati aku atur tapak.

Satu tapak.

Dua tapak.

Tiga tapak.

Empat tapak.

Dan aku kini sudah berdiri betul-betul sebelah bahu kiri sekujur badan kaku yang tersadai atas katil itu. Tangan Kyungsoo yang berkira nak selak kain putih yang menutupi muka orang yang dah jadi mayat depan aku ni, aku tegah. "Kyungsoo-ah..."

"Baekhyun...jebal..." Sama dia memujuk aku, dia menyelak kain putih.

Ya tuhan...

Muka putih hyung dengan mata terpejam tanpa dicemari dengan sebarang lebam, darah atau apa-apa kesan dari kemalangan, menyapa pandangan aku. Muka hyung nampak tenang. Kalau aku tak tahu yang dia dah tak bernyawa, keadaan wajah dia sekarang ni boleh dianggap seperti sedang tidur dan mengalami satu mimpi yang indah. Tapi hakikat yang sebenar...

Tuhan... Kenapa?

Kenapa hyung?

Kenapa tubuh kaku ni mesti kepunyaan hyung aku? Kenapa manusia yang berselimut satu badan ni mesti Byun Changwook? Kenapa dia perlu tinggalkan aku secepat ini? Kenapa si tua Changwook sanggup pergi tanpa bagi apa-apa amaran atau pesanan pada aku?

Tuhan... Kenapa?

Kenapa aku?

Kenapa aku yang dipilih untuk diuji dengan cara macam ni? Aku tak tabah. Aku tak bersedia. Aku tak cukup matang lagi. Aku tak mampu untuk pasrah. Aku tak boleh nak reda. Aku tak kuat. Sungguh aku tak kuat.

Aku tak boleh nak terima dugaan berat macam ni.

Hyung cakap aku kesayangan dia. Hyung selalu mengaku yang aku berada dalam carta paling atas dalam hati dia. Hyung berjanji yang dia akan sentiasa berada di sisi aku, dan dia juga paksa aku janji dengan dia untuk terus berada di kiri-kanan-depan-belakang dia dalam proses membesarkan tiga orang anak dia.

Hyung pernah tanam angan. Kata dia, walaupun aku dah berkahwin dan ada keluarga sendiri, dia masih nak hadap hari-hari tua bersama dengan aku. Dan bila sampai masa anak-anak dia dah besar, kitorang akan carikan suami yang sempurna untuk Nari dan Naeun juga isteri yang sempurna untuk Namyoon.

Tapi kenapa? Kenapa dia pergi dulu? Dia tinggalkan aku dengan angan-angan yang aku tak tahu aku mampu capai atau tidak. Sebab aku tak rasa yang aku mampu untuk buat semua tu tanpa ada dia di sisi aku.

Tuhan...Kenapa sekarang?

Hyung, please! I'm not ready for this.

Aku bukan nak pertikaikan takdir tapi macam mana aku nak terima semua ini? Macam mana aku nak tempuh hari-hari tanpa hyung lepas ni? Macam mana aku nak hadap muka anak-anak buah aku?

Sedaya upaya aku gerakkan tangan yang tengah menggigil untuk didaratkan pada pipi lelaki yang dah tak bernyawa itu. "H-hyunggg... A-adik tak bersedia... Sumpah adik tak boleh terima... Hyung-ahh..." Aku tunduk menyembamkan muka aku pada leher hyung. Badan dia aku peluk kejap. Air mata yang aku tahan sejak tadi, aku lepas keluar. Esakan jugak aku dah tak mampu kawal. "Changwook hyung-aahh..."

*****

#R.I.P Byun Changwook. Maaf matikan watak kau walaupun kau super kacak 😭😭

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now