🔧Bab 19🎂

803 133 61
                                    

Baekhyun


"APEDIA???" Rahang bawah aku jatuh lepas dengar berita yang disampaikan oleh Chanyeol dua saat lepas.

"You heard me, Byun Baekhyun." Dia merengus sambil berpeluk tubuh. Kekal berdiri menghadap aku.

"Kalau macam tu, kita balik!"

"NO!!!" Tiga suara bergabung serentak.

Aku terlangkah satu tapak ke belakang. Tersentak kena sergah macam tu. "Dah tu kita nak tidur mana kalau semua hotel tak available?"

"Cari lagi. Mana tahu ada hotel bajet yang masih kosong. Orang sekarang kan semua berduit. Mana mahu check-in hotel bajet. Nak yang ada banyak bintang je."

Ayat-ayat positif dari Jongdae terus aku bidas. "Dan tak semua orang berduit tu tak reti nak berjimat. Lagi-lagi dengan keadaan ekonomi tak menentu. Kau kena ingat tu."

"Kau jangan nak negatif sangat boleh tak?" Jongdae memanah aku dengan renungan tajam.

"Dan kau pun jangan nak positif semedang. Nak berfikir pun biarlah logik."

"Logik tak logik aku tetap nak stay sini sampai lusa."

"Aku pun!" Chanyeol tepuk meja.

"Count me in, please." Walaupun mulut dia penuh dengan cupcake, Kyungsoo teringin jugak nak mencelah.

Ish! Aku kalah lagi ke caner ni? Kalau dah tak ada tempat tidur apa guna nak terus stay? Balik jelah Mapo-Gu habis cerita. Diorang kata nak makan cupcake. Aku tengok dekat sekotak besar jugak diorang balun. Tak puas lagi ke? Okey. Kyungsoo cakap nak belajar buat kek dari budak tu. Kalau tak belajar sekarang, mintak resipi pun boleh apa. Balik praktis sendiri kat rumah nanti. Dan yang paling penting soalan aku... si skema tu celah mana nak sempat main aktiviti baking? Bukan dia sibuk dengan study ke? Dah tu apa lagi???

"Korang. Kalau tak keberatan, apa kata korang tidur je dekat rumah saya. Tapi cakap awal-awal, rumah saya kecik je. Biasa sangat. Tak mewah cuma rumah setinggan. Tapi semua lengkap. Tapi tu la... Bilik ada dua je. Oh, ya. Aircond pun tak ada. Tapi jangan risau, rooftop tu sejuk."

Pelawaan yang datang dari pemilik bakery yang kitorang tengah lepak macam rumah sendiri sekarang ni buatkan aku terpempan. Perempun ni memanglah... "Yah! Kau memang jenis senang ajak orang yang baru kau kenal tidur rumah eh? Tak takut ke? Kau bukan kenal kitorang pun."

"Ye, tapi-"

"Entah-entah kitorang ni jahat. Kau tengok muka Chanyeol. Nampak je happy go lucky macam tu tapi mana tahu dia perogol misteri ke. Ha, Jongdae! Dia tu kaki mengintai perempuan mandi. Dan Kyungsoo... pencabul tegar janda-janda hot dekat kawasan rumah dia. Aku saja yang paling boleh dipercayai."

Cupcake di tangan dia letak atas pinggan sebelum telinga aku ditarik dengan sadis sekali. "Kau jangan nak fitnah, setan!"

"Ah!" Aku menyeringai sakit.

"Kaki mengintai kepala hotak kau!" Tak cukup sebelah, lagi sebelah telinga aku menjadi mangsa. Mangsa kepada Jongdae. Dia tak tarik tapi dia memilih untuk menggigit cuping telinga aku.

"Aaahhhh!!!" Jeritan sakit aku bertambah tinggi bila Chanyeol tanpa amaran menggigit lengan aku.

"Hah! Puas hati aku." Kata dia lepas berjaya meninggalkan kesan merah kebiruan pada lengan kanan aku.

"Antara kita berempat muka kau paling nampak macam penyangak. Paling tak boleh dipercayai. Nak fitnah orang konon!" Sebagai penutup kepada kes penderaan dia terhadap aku, kepala aku dilibas.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now