🔧Bab 23: Please... Be Strong🎂

729 127 24
                                    

Hyuna

"HMMMPH..."

"Yun!"

"Hmmmph..."

"Oh godddd!"

"Hmmmph..."

"Stop it, Yun!"

Kena tengking sedas dengan Eunha, aku terus labuhkan sisi muka pada meja. Tiga peket yis segera yang bersusun atas meja depan muka aku, aku cucuk-cucuk dengan jari.

"Kau apehal?"

"Hmmmph..."

"Wei! Dah dua minggu kau dok ber'hmmmph' macam tu. Sakit telinga aku dengar tahu tak? Sakit jugak mata aku tengok kau dengan gaya mayat hidup yang tunggu masa nak kena kapan bila-bila masa saja. Apa pasal?" Eunha yang tengah gigih menguli doh roti untuk dijual esok, aku menghentikan perbuatan dia.

"Tak ada pasal."

"Dah tu 'hmmmph' kau yang beratus kali tu untuk apa?"

"Saja. Tak boleh? Kau luak kat mana-mana ke kalau aku buat bunyi 'hmmmph'?"

Terjegil mata Eunha bila dengar soalan aku. Tak tunggu lama, dia tanggalkan sarung tangan lalu mencekak pinggang. Aku ditenung dengan gaya nak kena telan hidup-hidup dengan sahabat sendiri. "Siapa cakap aku tak luak kat mana-mana? Kau mendera mental aku tahu tak? Dah kata rindu baby tapi bila Kyungsoo called cakap suruh pergi ambik baby kau taknak. Lepastu nak layan sendu kat sini pulak."

Aku mengeluh berat. Dengar nama baby, dada aku jadi ketat. Aku mula sebak. Hidung jadi pedih dan mata pun dah panas. Air mula bertakung dalam kelopak mata. "Eunhaaaa.... I miss my baby damn much!"

"Dah tu dok nganga apa lagi kat sini? Jom ah pergi ambik."

"Nak ambik apanya? Baby bukan hak milik aku lagi." Air mata yang tak mampu aku tahan lagi, melelh jatuh ke pipi.

"Dah kenapa baby bukan milik kau pulak?"

"Sssttt..." Aku sedut air hidung dua kali. "Kau tak faham, Eunha." Memang dia tak faham. Macam mana nak faham? Kes apek mekanik dan lima puluh juta won, aku tak bagitahu Eunha langsung. Saja aku taknak bagitahu. Karang dia susah hati dan mula nak fikir bukan-bukan. Yelah, kawan dia ni tengah hadap satu kes yang sangat kena dengan peribahasa melayu. Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya. Huwaaaa!!!

"Jadi, sila fahamkan aku apa benda yang aku tak faham sangat tu. Lagi satu. Apehal kau menangis?"

"Macam mana aku tak nangis? Aku bakal hilang semua harta kesayangan aku."

"Pening ah dengan kau ni! Kenapa kena hilang? Apa? Sebab apa?" Bertubi-tubi dia temak soalan. Aku tahu Eunha sebenarnya tengah berusaha tahan rasa dari carut atau membelasah aku secara kejam. Aku nampak urat-urat tegang pada leher dia. Mata perempuan tu pun dah mereah menyala macam mata naga.

"Beb. Kau rasa kalau aku jual bakery ni dengan rumah rooftop aku tu, boleh dapat lima puluh juta won tak?"

"Apadia!?" Eunha punya tindakbalas sama seperti yang aku jangkakan. Terkejut bukan kepalang dia masa ni.

"Jawab jelah soalan aku." Air mata yang berbaki, aku kesat dengan jari.

"Orang gila pun tak beli bakery dan rumah kau dengan nilai banyak tu. Kau ingat ni kedai jual barang kemas ke?"

"Kalau macam tu... kita pergi port Dragon jom?"

"Kau nak buat apa pergi sana?"

"Memang tak ada jalan lain lagi dah. Nak taknak, kau kena jual aku dekat Dragon dengan harga lima puluh juta won. Dapat duit tu, kau bagi aku. Aku nak bayar hutang."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now