🔧Bab 58 : The Problem Is Lay Zhang, Uh?🎂

412 46 33
                                    

#Warning! Chapter ni merapu gila dan juga hambar. Tengok sub-tajuk pun dah tahu. Apa kena mengena Lay dengan cerita ni entah 😂😅

***

Baekhyun

"SAMCHON!!! "SAMCHONNN! SAMCHOONNNNN!!!"

Aku yang sedang ralit tengok tv di ruang tamu terus berlari ke arah bilik air bila terdengar jeritan kuat dari Nari. "Kenapa!? Kenapa!?" Dengan rasa cuak yang teramat, aku meluru masuk ke dalam bilik air yang sedang terbuka luas itu.

Nari panjangkan tangan menuding ke arah kolah air dengan muka dah berkerut seribu itu menjadi tumpuan aku. "Tuuu..."

"Apa tuuu?" Tak dapat terima isyarat yang disampaikan, aku bertanya.

"Air tu sejuk. Nari tak dapat mandi."

Mendengar alasan kepada berlakunya jeritan nyaring beberapa saat lepas sehingga buatkan aku berlari seakan masuk acara pecut seratus meter itu di sekolah rendah dulu, aku terus jatuh rahang. Wajah naif Nari aku pandang dengan mata dikecilkan menjadi separuh sepet. "Seriously, Byun Nari?"

"Kenapa unnie jerit?" Naeun yang baru sampai, bertanya. Naik turun dada dia, termengah-mengah kerana larian laju yang dibuat.

"Noona kenapa?" Belum pun sempat aku jawab soalan Naeun, muncul pula Namyoon dibelakang adik bongsunya itu.

"Water heater tu tak function ke, samchon?" Dari kolah, tundingan dia berubah arah kepada mesin pemanas air yang tergantung pada dinding.

Tahan perasaan dari nak bebelkan anak buah sulong di pagi Sabtu yang indah ini, aku tarik nafas panjang-panjang. Dada yang mampat dengan debaran maha dahsyat gara-gara jeritan dia beberapa saat lepas aku gosok berkali-kali. Gaya dia menjerit tu tak agak betul. Aku fikir dia terserempak dengan anaconda ke apa. Haihh!

"Jap, samchon tengok." Aku menapak menghampiri pemanas air yang agak lusuh tergantung di dinding itu. Suis yang berada di dalam mod off aku petik. Kemudian aku pegang pula kepala paip dan goncang perlahan. Pun sama, tak ada sebarang tanda yang menunjukkan pemanas air ini berfungsi. Jadi betullah dah rosak. Tadi aku guna okey je.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu ditolak dari luar sebelum dua saat kemudian nama aku dipanggil. "Sini!" Jawab aku yang dah menjenguk sedikit ke luar bilik air.

Dan tak lama lepastu muka dia pun muncul penuh dipandangan aku. Dia nampak agak cuak. "Kenapa? Tadi kat bawah dengar macam ada orang menjerit."

Aku terus pandang Nari. Kening aku jungkit tinggi. Belum pun sempat aku buka mulut, suara Namyoon mencelah dulu.

"Tak ada apa pun aunty. Noona tu ha yang mengada. Benda boleh bawak bincang tapi nak jugak jerit macam nampak Lay Zhang lalu kat depan toilet. Padahal mamat tu kenal dia pun tak."

Ayat-ayat cari pasal dari si Namyoon buatkan aku gigit bibir bawah. Sungguh-sungguh aku tahan diri dari melepaskan tawa. Apa kaitan Nari menjerit sebab water heater rosak dengan Lay Zhang pun tak tahulah. Punca nak bergaduhlah kejap lagi ni.

Eh, jap! Ni Lay Zhang yang sama bini aku pernah cakap hari tu ke? Yang aku tanya antara dia dan aku mana lagi handsome tu? Sampai ke sudah dia tak jawab. Tsk! Hebat betul penangan artis tu sampai Hyuna dan Nari sama-sama minat kat dia.

"Yah! Byun Namyoon!"

Kan dah cakap. "Okey, okey!" Cepat-cepat aku tarik Namyoon dan sembunyikan kat belakang aku bila Nari dah keluarkan aura naga. Boleh jadi kalau tak dihalang bakal rentung Namyoon kejap lagi kena hembus dengan api Naga Byun Nari. Dah serupa nak telan adik sendiri je budak ni pun.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now