🔧Bab 69: Prince Charming🎂

269 18 15
                                    

Hyuna

"KITA kat mana ni?" Sebaik saja mata aku bebas dari sleep mask, pandangan aku meliar ke sekeliling. "Eh, jap! Kat depan ni laut ke?" Aku toleh cari muka Chanyeol.

"Yup. Kita datang bukan nak berenang tau, Yun. Jangan macam-macam... Karang polis datang tangkap pulak kalau berenang kat sini."

Aku tergelak. "Habis tu kita buat apa datang sini? Mana Baekhyun?"

Cerita dia macam ni tau. Tadi petang pukul lima, aku dapat call dari apek mekanik.

Eh, tak! Tak!

Bukan apek mekanik berbangsa Cina kedai repair kereta tu. Tapi apek mekanik suami aku, Byun Baekhyun. Dah lama tak dengar aku sebut panggilan tu kan? Faham je kalau ada yang dah lupa. Dah lama kot aku tak bercerita.

Okey, sambung. Dia cakap dia tak terus balik rumah lepas habis kerja. Pastu dia cakap lagi, Triple-N pun tak terus balik lepas sekolah. Kyungsoo jemput diorang dan bawa pergi tengok wayang dengan adik dia, Kyulhyun. Lepastu diorang akan dibawa balik ke rumah family Kyungsoo pula. Katanya mama dan ayah Kyungsoo rindu budak-budak tu sebab lama tak jumpa.

Betul ke lama? Padahal dua minggu lepas aku dan Baekhyun bawak diorang pergi sana. Lama pulak tu kitorang lepak dekat rumah Kyungsoo. Dari makan tengah hari sampailah ke makan malam. Tengah malam baru balik rumah. Mungkin sebab dah dianggap macam cucu dan anak sedara sendiri jadi dua minggu tu bagi diorang agak lama la kot.

Okey, sambung lagi sekali. Baekhyun suruh aku pakai dress yang dia belikan minggu lepas, dan lepastu dia pesan lagi nanti Chanyeol dan Jongdae akan datang jemput aku, hantar aku ke satu tempat.

Awal tu aku macam pelik la jugak, kenapa dia tak balik jemput aku sendiri. Kenapa dia perlu hantar kawan-kawan? Mujur alasan dia boleh diterima.

Katanya, ikut plan asal memang dia mahu balik jemput aku sendiri tapi disebabkan dia ada meeting tergempar dengan client penting, jadi terpaksalah dia hantarkan dua lelaki yang berdiri di kiri dan kanan aku ni jadi pakcik-pakcik Grab.

"Nampak tak seketul makhluk aneh dekat sana tu?" Jongdae menunjuk ke satu arah.

Mata aku ikut tundingan jarinya dan aku nampak seorang lelaki yang segak mengenakan set tuxedo warna hitam kini sedang berjalan ke arah dengan senyum manis "Nampak." Bibir aku juga ikut menebarkan senyum manis. Yang aku syak lebih manis dari cotton candy. Ringan tangan kanan aku naik, membalas lambaian dari makhluk aneh yang digelar Jongdae itu.

"Dae, asal aku rasa macam nak cakar-cakar muka si sakai tu eh?" Walaupun perlahan namun aku tetap dapat dengar Chanyeol tanyakan itu pada Jongdae. "Kau tengoklah muka dia tu. Seram doe dia senyum macam tu...euww!"

"Relaks, Yeol. Just bear with it. Member tengah bahagia tu. Kasi chance-- urghh!!" Balas Jongdae dengan ayat yang terhenti tiba-tiba sebelum beberapa saat kemudian dia menyambung semula. "Weiii...baldi mana baldi?"

Aku terjegil dan kemudian menunduk malu bila tiba-tiba manusia itu melemparkan flying kiss ke sini. Namun aku tetap gelak mendengar perbualan diorang berdua dah tak boleh tahan, terus melepas ketawa. "Baldi dekat rumah banyak. Boleh je kalau nak pinjam." Selit aku tanpa menoleh ke arah mereka yang masih berdiri kanan dan kiri aku.

"Just go there already and get your prince charming, Yun." Selar Chanyeol, seakan mendesak. "Sakit sangat dah mata kitorang tengok dia macam tu."

"Pergi cepat sebelum kitorang muntah lalat dekat sini." Jongdae tolak bahu aku supaya mula melangkah.

"Ya, ya... Nak pergilah ni." Balas aku dengan tawa yang berbaki.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now