🔧Bab 57 : What Do You Feel?🎂

557 47 30
                                    

Baekhyun

AKU tak tahu saka apa yang merasuk aku sekarang. Tiba-tiba aku boleh buat permintaan gila macam ni. Awal tu aku cuma mahu bergurau tapi bila tengok respon jenis cuak dari dia, menyebabkan aku bertindak dengan lebih berani dan aneh. Aneh la sebab aku tak pernah buat macam ni kot kat siapa-siapa.

Ibu jari bermain disekitar bibir dia aku kekalkan dan aku guna empat jari yang melekat pada bawah rahangnya untuk mendorong wajahnya diangkat sedikit. Mahu intai jenis riak yang terpapar pada wajah milik wanita yang aku rasa hari makin hari kehadirannya mula memberi kesan pada hati aku. Hari makin hari, dia mula menapak masuk ke dalam hati aku.

Walaupun wajah sudah diangkat sedikit namun pandangan dia tidak berganjak. Masih terpaku statik pada dada aku. "May I?" Disebabkan dada aku kini bersesak dengan debaran, suara aku antara dengar dengan tidak.

Pada yang belum tahu, aku nak bagitahulah ni... Aku seorang yang gentleman sebenarnya. Aku takkan terjah barang kepunyaan orang tanpa minta izin terlebih dulu. Dari kecil aku dah diajar kalau mahu apa-apa, perlu minta dengan baik. Jangan memaksa kalau permintaan aku ditolak. Dan dalam hal ini, bibir merah yang aku tengah aim sekarang adalah kepunyaan dia. Kalau dia tak izinkan aku untuk teruskan niat, aku tak boleh nak cakap apalah kan. Sebab dia ada hak untuk mengawal kepunyaan dia dari disentuh oleh orang lain. Walaupun orang lain itu adalah aku, suami dia yang sah.

Ya, aku mengaku... hati aku sekarang sangat berkobar-kobar untuk pagut bibir mungil warna merah di depan aku ni. Tapi aku tahan. Aku cuba tahan diri aku dari mengikut kata hati. Aku belum dapat apa-apa signal lampu hijau dari dia. Jadi aku belum boleh bertindak.

Kan dah cakap yang aku ni gentleman.

Kalaulah ada yang mengungkit pasal ciuman pertama aku dan dia masa aku tak sihat dulu tu... sesungguhnya aku ada alasan untuk itu. Walaupun aku tak minta izin sebelum bertindak dengan suara, aku hantar isyarat dengan menggunakan bahasa tubuh.

Ingat lagi tak ada satu babak tu di mana aku tercedera gara-gara bergaduh dengan orang mabuk di shopping complex? Kan balik dari balai polis tu, aku ada request dia masakkan untuk aku. Sementara tunggu dia siap masak, macam mana entah aku boleh terlena.

Masa tengah lena tu, aku ada termimpikan mendiang hyung. Dalam mimpi tu hyung ada balik rumah jenguk aku dan anak-anak dia. Hyung muncul tanpa berkata apa-apa. Cuma diam dan senyum je. Sampailah satu masa, dia bergerak ke arah pintu rumah sebelum bayangnya tiba-tiba hilang dari pandangan. Tak bersedia dengan pemergian dia ditambah lagi aku memang sangat rindukan hyung, aku pun menjerit panggil dia.

Tak pasti berapa lama aku berkeadaan macam tu, dimana aku rasa macam agak lama jugaklah kot sebelum tiba-tiba aku tersedar dari lena disebabkan aku dapat rasa sentuhan perlahan pada bahu aku. Buka mata, pandangan aku disapa oleh wajah Hyuna. Mungkin dia leka merenung telinga atau rambut aku hinggakan dia tak sedar yang aku sedang perhati dia. Tindakan refleks mengarahkan aku untuk menyentuh tangan dia yang sedang menepuk bahu aku persis seorang ibu mendodoi anak. Wajah dia masa tu nampak manis dengan senyuman nipis. Dia juga sangat dekat dengan aku. Entah apa yang dia fikirkan masa dia tenung telinga aku hinggakan dia boleh senyum macam tu.

Jelas sekali dia tak perasan bahawa aku sudah terjaga dari tidur. Perlahan-lahan tangan aku bergerak mencari tangan dia yang berada di bahu lalu aku genggam dengan erat. Seperti yang aku agak, riak dia terus berubah serta merta. Senyum dia mati, berganti dengan riak terkejut. Saiz matanya pada saat itu punyalah besar, sipi-sipi je lagi nak tertanggal dari kelopak. Dan saat mata aku dan dia bertembung, aku dapat rasa debaran hebat kian menampar dada.

"Err...aah...ermmm..." Dia terlihat sangat gelabah. Aku tunggu juga apa yang bakal keluar dari bibir dia selepas itu tapi tak ada pun. Bibir atas dan bawahnya dirapatkan semula.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now