🔧Bab 29 : Byun Hyuna🎂

1K 121 25
                                    

Hyuna

AKU menapak, mengekor belakang dia dengan langkah yang perlahan. Cincin pada jari manis aku pegang buat kesekilan kali. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Fikiran aku kosong. Hidup aku berubah serta merta. Hanya lima belas minit yang diperlukan untuk aku menukarkan status dari bujang kepada berkahwin. Dan secara tak langsung, itu juga membuatkan nama pangkal aku turut berubah. Dari Kim kepada Byun.

Byun Hyuna.

Dua hari lepas dia melamar aku dan sekarang aku dan dia sudah punyai ikatan yang sah. Ya, aku sekarang dah bergelar isteri kepada Byun Baekhyun. Lelaki yang aku tak kenal latar berlakang dia. Lelaki yang aku tak tahu perangai dia macam mana. Lelaki yang tiba-tiba melamar aku untuk menjadi isterinya disebabkan oleh satu wasiat.

Perkahwinan aku dan dia dijalankan secara ringkas sahaja. Kami hanya mengesahkan perkahwinan di courthouse.

Tak ada para jemputan.

Tak ada wedding ceremony.

Tak ada vows.

Tak ada announcement as husband-wife secara umum.

Tak ada dress perkahwinan yang vogue.

Dan juga tak ada ciuman tanda penyatuan.

Cukup dengan mengisi borang dan letakkan tandangan, dengan sepatah dua kata dari minister yang menguruskan perkahwinan, bertukar cincin dan akhirnya, dalam sekelip mata, semuanya selesai.

"Terima kasih." Itu ayat pertama yang dia keluarkan selepas dia bergelar suami aku.

Aku tak bagi apa-apa tindak balas. Hanya terus mengekor derapan langkah kaki dia dari belakang dengan kepala menunduk.

Dia berhenti menapak dan tercegat kat depan aku tanpa menoleh secara tiba-tiba menyebabkan aku yang tak sempat tekan brek kaki terus melanggar dia. Dahi aku mendarat pada bahu dia barang tiga saat sebelum aku bertindak menjauhkan diri. Lebih kurang satu meter jarak antara aku dan dia.

"Kau okey?"

Soalan tu cukup mudah. Aku hanya perlu jawab 'ya' atau 'tak' saja. Tapi kenapa aku rasa macam sangat susah untuk disuarakan dengan mana-mana jawapan antara dua pilihan itu?

Perasan dia berkira untuk berpaling ke belakang, aku terus tundukkan muka ke bawah. Aku dengar dia menghela nafas berat. "Aku mintak maaf. Aku tahu semua ini tiba-tiba. Macam kau, aku pun susah nak hadam. Aku tak faham kenapa hyung tinggalkan wasiat macam ni pada aku. Dan aku pun tak tahu kenapa dia boleh selitkan kau sekali dalam masalah yang dia tinggalkan untuk aku ni."

Aku tak menyampuk langsung. Hanya mendengar apa yang Baekhyun luahkan. Agak lama diam tak ada lagi suara dari dia, aku angkat muka untuk cari mata dia.

Zapp! Hati aku macam direntap sebaik saja mata aku dan dia bertembung.

"Kau tak ada benda ke nak dicakapkan? At least bagitahu aku apa yang kau rasa sekarang."

"A-aku... tak tahu nak cakap apa. Aku..."

"Jangan risau." Mungkin bosan menunggu aku untuk sambung ayat agak lama, dia terus mencelah. "Selain status yang berubah, perkara lain masih sama. Kau masih Kim Hyuna. Aku tetap Byun Baekhyun. Aku takkan sekat kehidupan kau. Aku takkan halang apa yang kau nak buat. Kita akan jalani hidup seperti biasa. Kau dengan bakery kau. Dan aku dengan masalah yang hyung tinggalkan untuk aku. Dan pasal dua permintaan kau tu... aku setuju."

Mata aku jadi besar mendengar ayat yang terakhir. "Kau serius?"

Agaknya dia tak betah dengan cara aku pandang dia sekarang ni, Baekhyun larikan mata di ke arah lain. Dia menggosok belakang leher dengan sebelah tangan sebelum dibawa ke bawah hidung dan menggosok kulit di situ sekilas. "Selagi kau tak bersedia nak tinggal di sini dengan aku, kau boleh tinggal di Yeongcheon selama mana yang kau mahu. Dan pasal Australia tu, ya aku izinkan kau sambung belajar disana kalau permohonan kau diterima nanti."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now