🔧Bab 17🎂

918 129 79
                                    

Baekhyun

SEKOR pergi Marikh!

Sekor pergi Pluto!

Sekor pergi Jupiter!

Sekor pergi...

Eh! Dah cukup tiga kan? Ha, cukup dah. Dalam dunia ni aku hanya ada tiga ekor sahabat lelaki tak guna plus punya perangai sakai yang tak bersempadan. Dan aku dah rancang untuk agihkan setiap sorang pergi ke planet yang aku sebut tadi dengan laju dan padu disebabkan tendangan penalti puaka yang bakal aku buat bila-bila masa saja bermula dari sekarang.

Sh*t!

Aku tak tahu apa yang tak kena dengan tiga ekor tapir ni. Tetiba buang tebiat sampai macam ni sekali. Ah! Lantak ah. Aku taknak tahu pun. Tapi apehal aku yang tak tebiat boleh kena seret sekali dalam aktiviti menghantar pelanggan balik ke rumah yang jaraknya paling kurang dua jam dari workshop aku? Gila! Betul-betul tak masuk akal!

Aku rasa ada benda yang tak kena. Kalau Chanyeol dengan Jongdae jadi macam ni, aku tak pelik sangat. Tapi bukan Kyungsoo! Budak skema yang biasanya meletakkan pendidikan dan pelajaran di tahap paling tinggi dalam carta hidup dia, boleh berubah seratus peratus? Sanggup dia tolak tepi thesis yang dia dah gigih buat hampir dua semester semata-mata nak pergi Yeoncheon? Tak super tahik ke macam tu???

"Kau okey tak? Dah ready? Kita nak stay sana dua hari, bhai. Kau bawak baju berapa helai? "

Aku genggam stereng kereta kuat-kuat. Cuba nak cabut benda alah bulat ni kot-kot la dapat tertanggal. Boleh aku hempuk kepala orang bertanya tu dengan stereng Range Rover aku ni. Tapi haram! Ketat kemain. Tak boleh tarik cuma boleh kontrol je nak bagi tinggi atau rendah.

Damn!

"Apehal kau nampak mengantuk, Baek? Caner nak drive dua jam ni?"

Aku belum sempat nak carutkan si Chanyeol secara lisan, muncul pulak Jongdae si unta. Tapi soalan mamat ni lagi menyakitkan hati. Bengap tahap apa entah! Muka bengang dengan mengantuk pun dia tak boleh nak beza? Mula lah aku nak curious macam mana CGPA dia masa degree dulu boleh pergi sampai dekan? Dekan kelas pertama pulak tu. Sama macam aku. Dan disebabkan itu, kitorang tak perlu susah payah nak bayar hutang PTPTN.

Cop! Nanti! Nanti! Bila masa pulak kitorang buat pinjaman PTPTN? Bukan ke aku dengan dia dapat scholarship JPA? Tsk! JPA yang berjasa tak pepasal PTPTN yang dapat nama. Haih! Siapa yang bengap sekarang ni? Aku ke dia?

Tengah aku berfikir antara PTPTN dan JPA mana lagi berjasa, bahu aku ditolak bersama satu tawaran dari Chanyeol. "Let me drive. Aku dah minum tongkat ali secawan tadi."

"Motif kau minum tongkat ali?" Muka sebal aku panahkan pada dia.

"Yelah, dua jam kan?"

"Bongok! Bahalul! Perjalanan dua jam je kot bukannya dua belas jam sampai nak kena minum tongkat ali bagai."

"Alah! Itu pun nak emo. Aku kalau flight sejam pun aku minum tongkat ali jugak apa. Favorite tuuuu. Bikin gua jadi makin cergas dan tough! Tengok ni!" Kata dia penuh semangat. Kedua-dua lengan paras siku t-shirt polo yang dipakai, dia singsing sampai ke bahu. Gerak-gerakkan tangan dia untuk tunjuk muscles di sebelah kiri dan kanan yang makin hari makin besar.

"Wei! Kenapa kau lagi besar dari aku? Jilake betul!" Serius aku tak puas hati. Muscles Chanyeol dua kali ganda aku punya doh! Padahal kitorang sama-sama lepak gym kot.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now