🔧 Bab 14 🎂

788 131 4
                                    

Baekhyun


"SIAPA tebuan kunyit!?"

"Whoaa!!" Kaki aku spontan menapak dua langkah kebelakang dengan sergahan kuat yang tak bersempadan.

"Err... sorry! sorry! Saya terjerit tanpa sengaja." Mungkin sebab terlebih gelabah, dia tak sedar yang tangan kanan dia dah mendarat pada dada aku.

Dan perbuatan dia tu jadi penyebab kepada rasa terkejut aku bersambung. Lagi setapak aku berundur ke belakang. Suka sedap hati dia betul. Entah datang dari pelusuk dunia mana tetiba nak main pegang-pegang dada orang. Tsk! "It's okay. Hmm. Ada apa yang boleh aku tolong kau?" Aku sedar nada aku sekarang ni sangatlah tak mesra. Sikap ke-profesional-an(?) antara peniaga dan pelanggan aku tak praktik langsung.

Okey. Telahan aku betul. Aku memang tak profesional. Sebab dia nampak tersentak sikit lepas dengar soalan aku. Dan sekarang dia tengah perhati muka aku dengan aura tak puas hati. Aku pun tak terasa pulak nak kalih muka arah lain. Jadi aku kekal kat tempat aku berdiri sambil main lawan pandang mata dengan dia.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

Ena-

"Stop it, Yun."

Aktiviti lawan pandang kitorang akhirnya tamat sebaik saja masuk saat keenam bila kawan dia yang aku masih ingat nama, Eunha menyampuk tiba-tiba.

Dia tolak erm... tebuan je lah. Right. Aku akan gelar dia dengan panggilan tebuan. Nak panggil tebuan kunyit macam panjang sangat. Aku tak suka bazirkan air liur. Eunha tolak si tebuan yang masih perhati aku atas bawah ke belakang untuk berdiri depan aku. "Er... encik mekanik, ye?" Eunha senyum sambil halakan ibu jari dekat aku.

"Hmm." Sebab Eunha ni senyum ikhlas, jadi aku pun balas senyum dia. Tapi tak lama pun la. Dua saat je lepas tu aku tayang muka biasa balik.

"Encik... kitorang datang sebenarnya nak hantar van untuk repair."

"Kalau macam tu, awak boleh tinggalkan nombor telefon dan kunci van sekali. Lusa saya tengok apa yang nak kena repair."

"Hah!?? Apadia!?"

Bahu aku terhinjut secara automatik buat kesekian kalinya. Eesh! Dia ni la kan... Memang jenis manusia tak ada sound filter dekat kerongkong ke caner?

Aku berkira nak bukak mulut untuk balas jawab soalan dia, dia terus potong line. "Saya tak boleh tunggu sampai lusa. Boleh tak boleh, hari ni jugak awak kena repair sampai siap."

Duh! Dah la datang tak diundang. Kacau waktu lepak aku sesedap hati. Lepas tu ikut dan dia nak atur kerja aku. Banyak cantik muka dia!??

Sabar Baekhyun... sabar. Kau kena ingat sekarang ni zaman terlebih moden. Kalau kau taknak muka kau masuk internet gara-gara viral negatif baiklah kau tahan rasa. Kau orang bisnes wei. Harus jaga standart.

Aku macam dah boleh bertenang sikit lepas berbual dengan hati sendiri. Tapi fakta dimana aku nak setuju korbankan masa cuti berharga aku untuk manusia yang datang dari planet Marikh atau Pluto mahupun Jupiter yang aku langsung tak teringin nak ambik tahu depan aku sekarang ni... memang mimpi disiang hari. Aku taknak!

Aku pandang tebuan untuk hantarkan isyarat yang aku tak sudi nak berurusan dengan dia selama tiga saat sebelum aku beralih menghadap Eunha. "Kalau macam tu, apa kata awak bawa van awak pergi workshop lain. Saya minta maaf cik..."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now