🔧Bab 53 : Byun Nari's Samchon🎂

450 45 8
                                    

* 3975 words! 😱😱 Jadi sila sediakan baldi kat sebelah untuk tadah muntah gaiss😂

***

Baekhyun

TERASA lenguh di sekitar leher, aku angkat kepala dan dongak ke langit. Kemudian leher aku lipat ke kiri dan kanan. Tiga empat kali jugaklah aku buat aktiviti meregang otot.

Timbunan fail-fail yang berkaitan dengan Byun Generation aku pandang satu persatu. Kalau bukan aku dipaksa oleh Changmin hyung untuk study hal-hal berkaitan dengan syarikat, jangan haraplah aku nak buat. Nak kata dia paksa sangat tu tak la... Lebih kepada memujuk sebenarnya.

Kata hyung, dah sampai masa aku masuk ofis ganti tempat mendiang Changwook hyung. Sudah hampir sebulan lebih syarikat keluarga aku beroperasi tanpa CEO.

Ikutkan hati, aku memang taknak pun ganti tempat hyung. Sumpah aku tak berminat langsung untuk uruskan syarikat keluarga Byun yang dimulakan oleh mendiang moyang aku lalu diturunkan kepada atuk sebelum diwarisi oleh appa. Bila appa dah tak ada, automatik pentadbiran syarikat perlu diuruskan oleh hyung yang berperanan sebagai anak sulong.

Dulu waktu hyung ada, aku masih boleh ngelat dengan menyerahkan semuanya pada hyung. Aku dah siap berangan boleh lepas tangan terus dari urusan berkaitan hal syarikat dengan kewujudan Triple-N. Dengan lapang dada aku mengatur strategi. Sempatlah hyung uruskan syarikat sementara budak-budak tu nak besar. Dah besar, dah matang nanti bolehlah diorang pula yang ganti tempat hyung. Tapi betul la orang cakap, kita cuma boleh merancang tapi tuhan yang tentukan. Macam sekarang, ketiadaan hyung di sini telah merubah segalanya. Kalau aku tahu hyung akan pergi secepat ini, aku akan pastikan aku sentiasa ada di sisi dia. Susah senang bersama. Sama-sama uruskan syarikat. Sama-sama uruskan keluarga Byun. Kalaulah masa boleh dipatah balik...

Fikiran yang menerawang jauh diganggu bila tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi derapan kaki dari belakang. Walaupun tak menoleh, aku macam dapat agak siapa gerangan manusia yang melawat aku sekarang.

"Ehem..." Satu dehaman datang dulu sebelum aku dipanggil perlahan. "Erm...samchon...."

Kan dah cakap. Dalam hal yang berkaitan dengan anak-anak Byun Changwook, tekaan aku jarang tak mengena. Walaupun hubungan aku dengan Triple-N tak berapa nak memberangsangkan, namun aku dah boleh kenal gaya masing-masing walaupun hanya dengan cara bunyi derapan kaki.

"Kalau aku dengar kau bercakap dengan anak-anak sedara macam kau bercakap dengan kitorang, siap kau!"

Aku dah berkira nak menyahut dengan 'hmm' saja namun bila amaran Kyungsoo yang berbaur ugutan terawang-awang di telinga terus aku matikan niat. "Ya." Sebaliknya sahutan yang berhemah aku buat. 

"Can... can we talk?"

Kening aku terjungkit sebelah dengan nada suara dia yang tak beku seperti biasa. Kali ni agak lembut dan bernada. Nada yang seperti teragak-agak. "About...?"

"Tomorrow...?"

Bingo! Aku dah agak! Dia takkan biar hari esok muncul tanpa berkata apa-apa pada aku. "Sure."

"Ermm... Esok boleh tak... ermm... boleh tak..." 

Dia yang berada di belakang aku, tak berganjak buatkan aku hela nafas sebelum sandarkan belakang tubuh pada kerusi. "Boleh tak kita berbincang like normal people do? Bila kau--"

"Kalau aku dengar kau bahasakan kau-aku dengan Triple-N, siap kau!"

Sekali lagi aku aku telan balik ayat tak jadi ke dalam kerongkong bila suara Jongdae pula menari di telinga aku.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now