🔧Bab 38 : Dejavu🎂

1K 142 147
                                    

#Nanti ifti reply komen-komen awak di chapter lepas k. InshaAllah. Thanks muahhh 😘😘

***

Baekhyun

DAH menyampah jadi mangsa tenungan tajam dari tiga kepala, aku merengus sebelum menerjah. "Apa!?"

Chanyeol geleng kepala.

Kyungsoo tunjuk smirk.

Jongdae guling biji mata.

Walaupun riak muka yang dipamerkan adalah berbeza tapi gaya berdiri setiap sorang tetap sama. Berpeluk tubuh, berdiri di depan aku. Perhati muka aku macam esok dah nak kiamat!

Kitorang berempat kini sedang berada di dalam kawasan balai polis. Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa, jawapannya ya! Disebabkan kes bergaduh di mall tadi, aku dan manusia hanat tadi tu kena seret pergi balai polis dengan pengawal keselamatan bangunan itu.

Duh! Aku tak berminat langsung nak jadi bahan viral di media sosial. Bergaduh, berlawan, berkelahi dengan orang pun bukan kehendak aku. Inikan pulak bergaduh di khalayak ramai. Tsk!

Tapi tadi tu aku buat bersebab.

Berani dia sentuh Byun Nari?

Berani dia tolak isteri segera aku?

Berani dia kacau orang-orang kesayangan aku!?

Meminta dikapak betul!

Tadi tu nasib baik aku lepas masuk butik aku terfikir untuk jenguk semula keluar, menanti ketibaan empat orang itu. Nari, Namyoon, Naeun dan tebuan kunyit. Nampak satu ruang sudah dikerumuni orang ramai, aku mula tak sedap hati. Lagi menjadi perasaan risau bila wajah-wajah yang aku kenal tak kelihatan.

Keluar dari butik, aku terus menonong ke arah tempat yang menjadi tumpuan orang lalu lalang. Semakin dekat aku dengan tempat itu semakin jelas suara yang masuk ditelinga. Sampailah satu saat tu, telinga aku menangkap suara Nari. Dan beberapa saat lepas tu, suara Hyuna juga aku kesan. Berselang seli dengan suara lelaki asing mana entah.

Melalui gaya percakapan yang bukan dalam keadaan tenang, tahulah aku bahawa satu perbalahan antara Nari, Hyuna dan orang asing sedang berlaku. Nasib baik aku cepat kalau tidak tak pepasal pipi tebuan tu kena lempang.

Aku tak bajet pun nak bergaduh dengan lelaki mabuk tu. Aku cuma halang dia dari mengasari 'orang-orang' aku. Tak sangka pulak tolakan aku terlebih tenaga hinggakan dia boleh jatuh tergolek di atas lantai. Mungkin sebab tu dia tak puas hati dengan aku. Terus bangun dengan susah payah dan tanpa amaran sebiji penumbuk dia lekatkan pada pipi kanan aku.

Takkanlah aku nak tunggu kena hentam je kan? Jadi, aku mula keluarkan teknik-teknik hapkido yang sudah tiga tahun aku pekasamkan. Tiga tahun wei! Satu tempoh yang lama bagi aku. Last aku hapkido orang sebab aku dan Jongdae nak tolong Park Haneul.

Kalau ada yang curious pasal Park Haneul tu, mohon pergi tanya Jongdae. Jangan tanya aku. Jangan tanya Chanyeol. Dan kalau taknak ditenung dengan panahan mata beraura laser, mohon jangan tanya Kyungsoo juga. Kang tak pepasal ada yang buta lepas bertentang mata dengan mamat bermata burung hantu dan berbibir 'love' itu. Sila tanya Kim Jongdae. Sebab itu heroin dia bukan heroin aku.

Tapi kan... bila difikir balik tak payahlah. Tak payah tanya Jongdae pasal Park Haneul. Aku risau dia akan jadi super sensitif dan lepas tu murung. Bila dah murung tu, macam-macam akan terjadi.

Terjun pokok la.

Tidur kat landasan keretapi la.

Sembunyi dalam enjin kapal terbang la.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now