🔧Bab 46 : A Problem Solver 🎂

650 101 54
                                    

Hyuna

"KAU tak sakit leher ke seminit sekali dok toleh tengok fon tu?"

Lemparan soalan dari Eunha buat aku tersentak. "M-manader aku buat macam tu pun." Aku dapat rasa suara aku sikit bergetar. Cuba nak hilangkan gelabah, aku tanggalkan tepung yang melekat dimata mixer sampai bersih.

"Blah laaa... Kau nak tipu pun manusia umur sebaya kau." Balas dia dengan nada mengejek. "Fikir aku kat belakang ni tak nampak ke perangai kau tu? Asyik-asyik tengok fon. Lepastu mengeluh."

Aku telan liur tapi macam susah nak lepas. Macam mana aku boleh lupa dia ada kat belakang aku? Ketara sangat ke perbuatan aku?

Tak tahu nak bagi riak muka apa dan tak tahu nak karang ayat macam mana untuk merespon dia, aku terus kunci mulut. Memberi fokus sepenuhnya kepada doh mexican bun yang mengembang besar di dalam bekas pengadun.

Nasib baik tahun lepas aku buat keputusan yang tepat untuk beli pengadun elektronik ni. Kalau tak mahunya terkehel tangan nak adun lima hingga sepuluh kilo doh roti setiap hari.

"Oh, haah! Bun tuna kau dah keluarkan dari oven belum?" Teringat akan sesuatu, aku pun bertanya.

"Hai... bukan ke tadi kau yang keluarkan? Kau dah siap susun kat dalam tray pun."

Gulp!

Itu bunyi yang terhasil dari proses menelan air liur. Kelat sangat rasa ni! Macam mana aku boleh lupa? "Aku saja nak test kau je."

"Nak test aku ke... atau nak ngelat dari soalan aku tadi?"

Aku tak menjawab soalan. Terus menyambung kerja yang kerap kali tergendala gara-gara menoleh menjenguk fon di meja sebelah aku. Doh hasil dari lima kilo tepung dari dalam bekas mixer aku agihkan ke dalam dua besen besar. Bahagi sama banyak dahulu sebelum aku pergi ke proses seterusnya.

"Eh jap! Order Puan Oh untuk petang ni kita dah buat ke belum?" Aku toleh belakang cari muka Eunha.

Dahi perempuan itu bertemu. "Puan Oh semalam la."

"Oh-eh...? Dah tu cheese tart yang kau tengah buat tu order dari mana?"

Perbuatan Eunha yang sedang menyusun tart crust di dalam tray, terhenti serta merta. "Dari taska taman perumahan depan tu. Petang ni kan diorang ada buat birthday party. Kita siap dapat invitation card lagi kut." Tak tahulah apa yang salah pada soalan aku. Tapi Eunha punya jenis riak muka sekarang serupa nak telan aku hidup-hidup je. Dia punya jegil tu lahai... "Apa masalah kau ni? Semua benda kau lupa. Bukan ke kau sendiri ambil order ni tiga hari lepas? Sejak bila kau jadi tak alert ni? Apa benda yang kacau otak kau sekarang? Cuba bagitahu aku!"

Kan dah kena. Bertubi-tubi pulak tu dia tembak aku. Tahulah dia pro main PUBG pun. Tapi tak payahlah nak praktikkan dekat aku.

"Okay, disebabkan Yuju dan Sinbi cuti hari ni dan cuma tinggal kita berdua let's have a very serious conversation now." Suara Eunha kedengaran jelas di telinga aku. Dan tak sampai dua saat, ada tepukan pada bahu kanan aku. Membawa maksud dia sudah berdiri di belakang aku. "Dari hari pertama kau balik sini aku dah perasan. Memang ada benda yang tak kena. Apa masalah kau?"

"A-aku mana ada masalah pun la."

"I'm all ears." Walaupun suara dia tak tinggi tapi aku dapat rasa ada ketegasan di situ.

"I have nothing to talk about."

"Just spill the tea, bestie." Eunha seakan memaksa.

Aku tengok dia. "How to start a conversation when I really have nothing to talk about?"

"Byun Hyuna... you better start it now!"

Okey, dah bukan seakan dah. Tapi dia memang sedang memaksa. Bersama nada yang dah naik seoktaf ditambah pula dengan jegilan mata yang bila-bila masa saja akan tersembur keluar, dia kini langsung tak mengalihkan pandangan dari muka aku. Jenis pandangan maut yang aku terima sekarang ni!

Gulp!

"A-aa... a-aku... s-sebenarnya a-ku..."

"Sebenarnya apa?"

"Sabarlah! Aku nak cerita pun tak tahu dari mana nak mula."Aku jegil dia balik. Sambil merenung doh di dalam dua besen, aku mengomel perlahan. "Mananya nak tahu kalau dah aku sendiri pun tak tahu masalah aku sebenarnya apa."

"Apadia? Ulang lagi sekali. Ayat last tu aku tak dengar."

"Aku tak tahu."

"Takkan kau sendiri tak tahu kut apa yang kau cakap tadi?"

Intonasi suara Eunha serupa yang tadi.

Ish perempuan ni! Suka sangat jegil-jegil orang macam burung hantu. Ada juga yang nak kena korek biji mata kejap lagi ni. "Tak. Maksud aku, aku sendiri pun tak tahu apa masalah aku. Macam mana aku nak cerita dekat kau. Punca dia pun aku tak pasti."

Eunha tak merespon terus. Dia pandang je aku. Pandang dalam-dalam. Gaya dia pandang tu tu jelas menunjukkan bahawa sel-sel otak dia sedang bergerak ligat. "Aku rasa aku tahu apa masalah kau." Tebak dia tiba-tiba.

Jari yang melekat dengan doh, aku kesat pada napkin yang aku sediakan di atas meja untuk mengelap tangan. Dah pasti jari-jemari aku bebas dari sebarang sisa tepung, aku bawa kedua-dua tangan silangkan di dada. "Kalau kau bijak sangat, hah apa masalah aku? Cuba bagitahu aku."

Dia menyambung lagi perbuatan merenung wajah aku. Tapi kali ini siap dengan mengetuk dagu dengan jari. Kononnya nak tunjuk yang dia tengah gigih menilik aku.

Kling! Kling!

Itu bunyi loceng yang menandakan ada orang masuk bakery. Fuh nasib baik! Dengan spontan aku tarik senyum lebar-lebar. "Hah, ada custormer. Yuju dengan Sinbi tak ada. So Eunha...mohon pergi serve."

Eunha buat muka. Tak puas hati ler tu sebab dia tak sempat nak tunjuk bijak. Heh!

"We'll continue later. Kau jangan nak ngelat." Pesan dia seraya tangan menanggalkan apron dari badan.

Aku tolak bahu dia, melajukan lagi pergerakan dia. "Go and serve our customer, Eunha. Hurry!" Tokok aku sebelum dia menghilang ke bahagian depan bakery.

"Beb!"

Seruan Eunha dimana tak sampai sepuluh saat dari tempoh kepergiannya, membuatkan aku tersentak. Aku belum sempat nak pakai glove kot, Dia dah patah balik. "Asal? Customer masuk tengok je ke? Alah, macam tak biasa." Sepasang glove plastik yang agak renyuk aku gosok perlahan untuk kemaskan. "Tak semua orang berselera dengan menu kita. Dah tak berkenan takkan diorang nak beli jugak." Perasan Eunha masih berdiri di ambang pintu yang memisahkan bahagian depan dan dapur bakery tapi tak bersuara itu, berjaya buat aku menoleh ke arah dia.

"Bukan customer tapi..."

"Tapi...?" Satu sengihan lebar yang terpapar pada wajah Eunha sekarang ni betul-betul buat aku rasa aneh.

"Tapi...  your problem solver yang datang."

Serius aku tak dapat tangkap maksud dia. "Uh? My problem solver?"

"Ish! Nak tahu sangat sini ah." Eunha masuk ke dapur dan terus tarik aku pergi berdiri di muka pintu. "Hah, dah nampak siapa yang datang?"

Aku ternganga luas. Sekujur figura yang sedang membelakangi aku, berdiri membuang pandang ke luar kedai, berjaya mengundang pengaliran darah aku naik sampai ke kepala. Dia tak menoleh pun aku dah tahu sangat siapa gerangan tuan punya tubuh. "B-byun Baekhyun...?"

*****

#Dah berkurun cerita ni on going.  Rasa-rasa korang nak carut apa?😥😥

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now