🔧Bab 63: Yes, You So Are🎂

387 38 11
                                    

Hyuna

"SEE? Aku dah agak. Dia memang jealous!" Lontaran vokal kuat dari Eunha, mendorong aku untuk jauhkan smartphone.  Aku menjegil mata pada dia yang sedang tersenyum lebar dari dalam skrin. 

Satu jam lepas aku dapat pesanan whatsapp yang berjela dari dia. Kemain dahsyat dia bebelkan aku mengungkit aku dah lebih seminggu tak contact dia sejak aku balik ke sini. Selesai pastikan Triple-N itu masuk tidur tadi, aku terus turun ke bawah. 

Baekhyun belum balik lagi jadi aku nak tunggu dia dekat ruang tamu. Sejak dua tiga hari ni dia kerap balik lambat. Kadang-kadang tu pukul dua belas baru sampai rumah. Katanya kerja di pejabat terlampau banyak. Dia kan baru aje ambil alih syarikat, banyak benda yang nak dikejar. Memang logiklah dia berkampung sampai tengah malam di pejabat.

Sementara tunggu Baekhyun balik, aku buat video call dengan Eunha. Dan sekarang dah hampir sepuluh minit aku berborak dengan dia. Dari hal khabar dia dan Hanbin, hal yang berlaku di bakery sampailah tiba-tiba masuk hal Byun Baekhyun. "Kau ni! Suara tu tak boleh chill sikit ke?"

"Ops! Sorreyhh... Pardon my excitement!" Kata dia sebelum buraikan tawa mengekeh. Entah apa yang seronok sangat pun tak tahulah. "So, you guys made up?"

Soalan dia aku biar lalu tepi telinga. Taknak jawab. Nanti ada aje modal dia nak mengusik. Sekarang pun aku dah mula rasa macam menyesal sikit lepas bagitahu Eunha tekaan dia pasal sikap cold shoulder Baekhyun dekat aku mnggu lepas tu, tepat.

"Mesti ah dah kan. Kalau tak, takkanlah kau nak ikut encik suami balik sana dan lepastu lupa dah dekat aku ni, ea dak? Sampai tak call, tak whatsapp langsung. Aku ni seganlah nak kacau orang dah ada suami, ada anak-anak. Tapi bila dah seminggu lebih kau tak muncul langsung, mahunya aku tak sergah? Risau tahu tak? Mana tahu kot-kotlah kena dera ke, kena buli ke kat sana tu..." Tengok la tu. Saka jenis mak-mak orang dah rasuk dia ke caner ni? "Kena palau dengan suami dia cerita. Tapi bila dah made up, dah reconciled dan-dan buat gaya macam kau tak pernah ada kawan yang bernama Kang Eunha selama ni. Sampai hati!" 

"Weiii, jangan ah cakap macam tu. Kau kan bff  sampai syurga aku. Takkanlah aku nak lupa kau."

"Elehhh! Bff sampai syurga ah sangat. Bila aku bergaduh dengan Hanbin aku suruh kau pilih antara aku dan dia pun kau tak mampu. Puihh!"

Nak terkoyak kelopak mata aku dengan kritikan terlampau dia itu. "Kau puihhkan aku!?"

"Sebab kau palau aku lama." Satu jelingan tajam aku dapat dari dia. "Tahulah dapat suami kacak. Semua benda jadi tak sempat eh. Nak cari aku pun tak ada masa." Tambah dia lagi dengan muncung dah kedepan. "So, tell me... kau dengan dia dah pergi sampai mana?"

Soalan itu aku jawab dengan menjuling mata ke atas. Sempat lagi menyelit bab tu. Bangun dari sofa, aku berjalan ke arah dapur. Sampai di dapur, aku letak smartphone atas microwave dengan memastikan kamera depan dapat merakam aku sepenuhnya untuk dilihat oleh Eunha. Kalau tidak, kejap lagi banyak songeh pulak perempuan tu. Cakap aku palau dia la... aku malas layan dia la... aku dah sombong la... dan lepastu dia puihhkan aku lagi. Haih!

"Kau tengah palau aku ke tu?"

"Kalau palau aku dah end call dah sekarang. Ini tak pun kan? Aku siap bawak kau masuk dapur sekali." Aku jeling dia sekilas lalu sebelum berlalu ke arah kabinet dapur. "Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak?"

"Kau cari apa tu?" Tanya dia bila tengok aku tengah buka pintu kabinet dapur satu persatu. 

"Tiba-tiba aku terasa macam nak buat cupcake. Hopefully bahan-bahan ada la..."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now