🔧Bab 37: Touch Them Again... You're Dead!🎂

1K 138 84
                                    


Hyuna

DIA menang dan aku kalah. Permintaan aku dengan meminta dia bawa aku ke night market ditolak mentah-mentah. Dan kini kami berlima sudah berada di dalam bangunan shopping complex yang tarafnya mencecah sepuluh bintang.

Sumpah! Aku tak tahu nak buat apa kat sini. Aku tak tahu nak beli apa. Suasana dan persekitaran buat aku rasa macam aku ni seekor rusa comel yang pertama kali masuk pekan. Comel tapi noob!

Hampir setengah jam aku melilau macam orang tak ada tujuan kat aras lima ni. Kalau tak silap ada lah dalam tiga kali aktiviti tawaf menawaf dah selesai kitorang buat. Setiap kedai baju Baekhyun ajak aku masuk tapi satu pakaian pun aku tak berminat.

Okey jujur eh... Bukan aku tak berminat. Sangat berminat! Gila tak tertarik tengok beratus-ratus baju cantik dari pelbagai jenis material kain dan juga berjenama gah? Memanglah cantik dipandang tapi bila tengok tag harga yang diletak walaweyhhh... bapak mahal! Nilai sehelai baju paling biasa kat sini sama dengan nilai sepuluh biji kek lima tingkat yang aku buat jual untuk pelanggan. 

Gila! Kalau kat kedai biasa boleh beli sepuluh helai baju lengkap dengan sepuluh helai seluar dengan harga macam tu. Kalau nak tambah seluar dalam lima belas helai pun boleh! Nak selit bra lima enam helai pun lepas.

Nampak tak perbezaan harga tu macam mana?

Nampak tak betapa biasanya kehidupan aku?

Nampak tak yang aku sememangnya memiliki ciri-ciri seorang isteri yang didambakan oleh setiap suami?

Jimat dan tak boros!

Tapi entah kenapa entah si suami yang sorang tu berdegil nak bawa aku ke sini jugak? Punyalah aku taknak susahkan dia. Aku tak mintak banyak pun. Cuma mintak dia bawa aku ke pasar malam. Itu saja!Tapi dia? Haram nak dengar cadangan aku.

Hah! Tengok tu! Selamba badak dia je nak sambung buat tawaf yang keempat!

Ish! Dia tu tak reti penat ke? Tak reti nak give up? Dah aku cakap aku tak berkenan balik ah. Nak jugak sambung buang masa kat sini kenapa? 

Kalau dia tak penat pun fikirlah pasal anak-anak buah dia. Naeun dah nampak letih. Dua tiga kali jugak aku pelawa nak dukung tapi beriya dia taknak. Samchon dia pun ada tawar tenaga awal tadi tu. Tahu apa reaksi budak kecik ni?

Buat bedek dan terus jalan menonong. Betul la kata orang. Jangan dibuat main dengan hati dan perasaan budak-budak. Diorang punya sensitif tu kena masa dan ketika memang lebih dari orang dewasa. Macam dalam kes Baekhyun kahwin senyap-senyap tanpa maklumkan kat dia. Naeun masih berkecil hati sampai sekarang.

Aku perasan banyak kali si apek mekanik tu cuba nak berdamai dengan anak buah bongsu dia ni tapi banyak kali jugak Naeun tolak. Sudahnya dia pilih untuk berjalan sorang kat depan dan tinggan Triple N dengan aku kat belakang.

"Ops! Sorry." Suara mendatar dari arah kiri buat aku menoleh. Rasanya dah berbelas kali dah ucapan itu keluar dari mulut dia apabila proses perlanggaran antara dia dan manusia-manusia yang 'terpilih'. Dia yang bernama Byun Nari.

Mananya tak berlanggar kalau dah berjalan tu tak tengok kiri kanan? Mata asyik fokus dekat tablet dia je. Bukan aku taknak tegur. Nak sangat!

Mulut ni gatal sangat nak tegur. Tangan ni pun gatal je nak ambil menatang alah tu dari dia. Tapi sedar diri bahawasanya aku ni ahli keluarga baru Byun dan kehadiran aku tak diundang, apalah hak aku untuk buat macam tu kan? Tak pepasal lagi menyampah dia kat aku nanti. Adalah lebih baik aku jangan busy body ye tak?

Dia masuk butik apa lagi tu? Ish! Tadi dah masuk dah la. Pehal nak masuk lagi sekali!?

"Pek! Apek!" Aku kuatkan suara sikit bila suami segera aku tu berkira nak menapak masuk ke dalam butik yang kitorang dah masuk tadi. 

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now