🔧Bab 34 : Naeun's Acceptance🎂

1.1K 143 35
                                    

Hyuna

"PEDAS?"

Diam. Suapan kedua dibuat.

"Masin?"

Pun diam. Suapan ketiga selamat masuk mulut.

"Erm... tawar ke?"

Kali ini ada feedback. Gelengan ringkas aku terima. Kali keempat, sudu dihalakan ke dalam mulut kecil comel itu.

Aku gigit bibir. "Sedap...?"

Feedback makin positif. Satu anggukan dibuat.

Aku senyum. Lega. Betul-betul lega. Nampaknya nasi goreng kampung-pukul-empat-pagi aku yang main hentam dimasak tu, tak mengecewakan. Naeun makan dengan selera. Walaupun dia tak pandang aku langsung, dan walaupun dia tak keluarkan sebarang suara pada aku mahupun Baekhyun yang masa ni tengah berdiri di hujung dapur sana gara-gara dititahkan oleh Naeun dengan bahasa isyarat supaya si samchon menjauhi dia, response positif budak kecil ini amat aku hargai.

Budak sorang ni lapar rupanya. Sebab tu la dia turun dapur cari makanan. Tadi aku tangkap dia tengah kodek bekas milo. Baru saja dia nak cedok milo masuk ke mulut, dah kantoi dengan aku. Aku yang bijak ni jadi faham dengan situasi Naeun sekarang ni. Situasi di mana dia lapar di tengah malam. Bila aku tanya Naeun samada dia lapar awal tadi, dia tak menjawab. Duduk keras, berteleku atas kerusi. Lepastu, aku terus selongkar peti sejuk tengok apa benda yang ada. Masa mata aku menangkap kewujudan nasi putih dalam tupperware, terus idea masak nasi goreng menerjah kepala. Dengan segala skills yang aku ada, tak sampai lima belas minit, nasi goreng kampung ala-ala Hyuna siap tersedia.

"Ermm unnie... nak kicap...?"

Nak pitam! Serius aku rasa nak pitam bila Naeun tiba-tiba angkat muka, merenung mata aku dan menutur satu ayat yang ditujukan buat aku. Paling penting dia panggil aku unnie...?

"Err... kicap? Aaa... ermmm... err..." Aku jadi tak betah. Perasaan gembira dan teruja yang teramat sangat buatkan aku bereaksi sebegini. Melilau macam orang gila aku cari kicap untuk Naeun.

"Pusing belakang, dongak sikit, pintu nombor satu." Pemberitahuan Baekhyun jelas pada telinga. Tak menunggu, aku buat seperti yang dimaklumkan.

Betul, dia tak menipu. Ada dua tiga jenis kicap yang bersusun di dalam kabinet atas kepala aku. Tinggi betul orang rumah ni simpan kicap. Macam sengaja nak disembunyikan pun ada.

"Sikit je. Dia tak boleh makan manis." Suara Baekhyun mencelah lagi.

Dengan berhati-hati, tiga titisan kicap aku titiskan ke dalam pinggang nasi goreng Naeun. Baru saja aku nak jauhkan botol kicap, Naeun pegang tangan aku. Menghalang. "Tak cukup. Nak lagi."

Nak lagi? Aku terus cari mata Baekhyun. Apek mekanik itu menggeleng, menghantar isyarat supaya jangan menurut permintaan Naeun itu.

"Nak lagi, unnie."

Mungkin aku tak memberikan sebarang reaksi, Naeun menggoncang tangan aku. Pandangan aku dikalih ke muka comel Naeun. Riak polos penuh berharap yang Naeun tayang sekarang ni, buatkan hati aku tak kuat. Tak tergamak untuk aku berkata tidak. Mata kuyu itu aku tatap agak lama sebelum aku buka semula penutup botol kicap.

"Dua titis saja lagi, Naeun. No more."

Hilang sikit rasa serba salah aku bila Baekhyun berkata macam tu. Tak lebih tak kurang, Hanya dua titisan kecil kicap aku letakkan dalam di atas nasi goreng.

"Thanks, unnie."

"You're welcome, dear." Aku senyum. Budak kecil ini tak adalah degil mana pun. Dia mendengar kata jugak. Naeun sambung makan dengan diam. Sesekali tangan kiri menguis juntaian anak rambut yang berselirat pada dahi. Nampak macam aktiviti makan dia terganggu, aku rasa macam nak jadi sukarelawan. Sukarelawan yang nak tolong ikat rambut dia bagi jadi kemas. "Erm.. Naeun."

"Ya?"

Dia menyahut. Ini maksudnya aku dengan dia dah cool ke caner? Sebabnya, dia macam okey je dengan aku. Tak ada nak buat muka macam aku mula-muka jumpa dia tadi. "Boleh... err... unnie ikat rambut Naeun sikit?" Teragak-agak aku nak habiskan satu soalan pun.

Naeun mengangguk, menjawab positif kepada permintaan aku. Rasa suka yang berganda, aku kupas senyum lagi. Dengan pergerakan yang perlahan dan lembut, aku cekak rambut panjang Naeun yang lurus itu lalu dipusing sebangak kali menjadikan satu sanggul. Tangan kiri aku di kepela Naeun, jadi aku guna tangan kanan untuk mengurai sepit rambut kecil yang aku semat atas ubun-ubun lalu aku lekatkan pada gumpalan sanggul Naeun.

Beberapa helai rambut yang terurai, aku tolak ke belakang kepala dia. Rambut depan yang hampir menutup mata Naeun, aku kuis dengan jari ke tepi. "Ketat sangat ke unnie sanggul rambut Naeun?"

"Tak."

Melihat Naeun yang ternyata selesa dengan perbuatan aku, aku jadi sangat berpuas hati. "Nak tambah nasi goreng lagi?" Pinggan yang hampir kosong mendorong aku bertanyakan soalan itu.

Dia menggeleng seraya berkata, "Naeun dah kenyang. Terima kasih unnie."

Aku tengok muka dia. "Sama-sama." Tiba-tiba aku rasa macam nak buat lompat bintang berselang seli dengan lompag jauh kat sini jugak bila aku nampak ada senyuman di wajah Naeun. Dan senyuman itu aku yakin dia tujukan untuk aku. Aku yakin. Tapi aku nak jugak bertanya bagi yakin aku jadi kuasa dua. "Naeun senyum tu... untuk unnie ke?"

Omo! Omo! Naeun angguk.

"Naeun..." Dengan penuh kelembutan aku sebut nama anak saudara baru aku tu. Juga dengan ragu-ragu aku atur ayat. "Soooo..." Aku gigit bibir bawah. Berkira untuk teruskan soalan ini atau tak. Ish! Tanya je lah. "Are we cool now?"

Dengan senyuman tak kurang walaupun sedikit, dia mengangguk.

"Yess!!!" Aku terkinja-kinja macam monyet terus seraya menarik dia ke dalam pelukan. Belakang badan Naeun aku tepuk lembut. "Thanks for accepting me, Byun Naeun."

Dapat rasa ada tangan lembut yang menggosok bahu aku. "Thanks for the nasi goreng, unnie."

"No biggie, sweetheart. Anything for you."

Pelukan kami terlerai. Naeun meneguk dua kali air kosong yang aku sediakan untuk dia sebelum bergerak turun dari kerusi. "Naeun nak naik tidur. Jumpa esok ya, unnie."

"Alright, sayang. Good night."

"Byun Naeun..." Panggil Baekhyun bila Naeun melintasi dia untuk keluar dari dapur.

"Don't talk to me. Naeun marah lagi dengan samchon." Bidas Naeun seraya mengangkat tinggi tangan kanan dia pada Baekhyun dan berlalu laju dari sini.

Aku bukan kejam tau. Ada juga rasa simpati dengan apek mekanik tu sebab dipalau keras oleh anak-anak sedara sendiri. Tapi tengok muka tergamam dia dimana bibir ternganga besar dan juga mata terbeliak dahsyat, itu sangat kelakar duh. Gaya macam baru tertelan cicak kobeng pun ada. Aku tahan je diri aku dari menghasilkan satu tawa yang berdekah. Sungguh-sungguh aku gigit bibir bawah.

"Suka nampak?"

Aku tersentak ditegur tanpa salam macam tu. "Mana ada suka pun."

"Tsk!" Dia berdecit. "Jangan seronok sangat dapat buat kawan dengan Naeun. Tu.. kat atas tu ada lagi dua orang manusia berperangai puaka yang kau perlu hadap." Kata dia dengan muka sinis sebelum berlalu naik ke atas sambil menjinjing tangga yang dia ambil dari setor tadi.

Mendengar ayat yang langsung tak membantu dalam menaikkkan semangat aku itu, aku jelir dia dari belakang. "Mengata anak buah kononnya. Padahal dia sendiri pun perangai puaka macam apa je. Ceh!"

"Berdosa mengutuk suami sendiri!"

Gulp!

*****

#Tahniahlah Yun. Tapi kau kena hadap lagi dua manusia. Jangan lupa tu!

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now