🔧Bab 9🎂

904 136 22
                                    

Baekhyun


PUKUL 5.30 pagi. Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Changwook hyung. Tujuan panggilan tu adalah untuk bagi aku dua pilihan. Dan aku disuruh untuk pilih satu diantara dua pilihan yang aku rasa sangat tak mengujakan langsung!

Satu. Aku kena jadi driver tak rasmi tiga orang anak sedara aku sepanjang satu hari ni sebab hyung kena hadiri satu menyuarat penting dengan ahli-ahli lembaga pengarah dari enam buah syarikat pembinaan untuk bincang pasal projek pembangunan pulau yang berada di Dubai.

Dua. Aku kena ganti hyung sebagai wakil dari Byun Generation Sdn Bhd dalam mesyuarat penting tu.

Berkeras aku tolak kedua-dua pilihan tu tapi gagal. Gagal bila hyung dah guna kuasa veto dia sebagai abang dan juga ketua keluarga Byun.

"Pilih satu atau hyung pergi bakar bengkel kereta kau sekarang ni jugak!"

Ayat pertama yang dia kata lepas aku tolak permintaan dia.

Macam ah aku kesah. Nak bakar bengkel kononnya. Sanggup ke dia? Aku Byun Baekhyun. Aku adik dia kot. Takkan la dia sanggup bakar bengkel kereta adik sendiri. Lagipun dia sendiri mengaku yang aku berada di kedudukan nombor satu dalam hati dia.

Tapi yang buat aku jadi kesah dan aku paksakan diri aku untuk pilih satu daripada dua pilihan adalah disebabkan ayat-ayat dia yang bunyi macam ni,

"Byun Baekhyun. Who am I to you? Kat dalam hati kau hyung pegang nombor berapa? Hyung tahu yang hyung bukan abang yang sempurna. Hyung tak boleh nak bagi kau kasih sayang yang melimpah ruah. Hyung tak boleh ganti tempat eomma... tempat appa. Hyung tak layak untuk disayangi macam kau sayang Hyerin noona. Hyung tak macam abang-abang orang lain. Hyung tak..."

Dan aku pun tak mampu nak dengar ayat-ayat merapu dia yang seterusnya terus membentak.

"Fine! I choose the first one."

"Yahooo!!!"

Dan sekarang ni aku kat dalam kereta dengan tiga orang anak sedara aku. Suasana kekok nampaknya tengah meriah menyelubungi tiga kepala di sini. Kenapa tiga? Bukan ke ada empat kepala kat dalam kereta aku?

Sebab... yang kekoknya adalah antara aku-Nari-Namyoon. Yang tak kekok cuma Naeun. Budak kecik tu aku tengok dari cermin depan kereta tengah bahagia main anak patung Elsa.

"For your information tuan dan puan besar, aku bukan driver korang. So, anyone of you ... siapa-siapa pun sila duduk depan." Ewah! Berlagak gila anak-anak Byun Changwook ni. Apa diorang fikir aku ni driver tetap diorang ke apa? Boleh pulak semua masuk sumbat dekat kerusi belakang. Tak ada sorang pun yang datang duduk dengan aku kat depan.

Nampaknya kepala tiga-tiga generasi muda Byun sangat keras. Keras lagi dari batu kelikir. Aku ni dibuatnya macam bercakap dengan stereng kereta. "Fine! Selagi sit sebelah ni tak bertuan, kereta ni takkan bergerak."

Fikir korang je yang keras kepala? Aku punya keras kepala lagi dahsyat.

"Biar Naeun teman samchon je la. Boleh?"

Aku bajet Nari atau Namyoon yang akan duduk depan dengan aku. Tapi tekaan aku salah. Yang jadi sukarelawan adalah si Naeun. Budak kecik umur lima tahun. Yang ada pipi gebu macam kuih pau. Bibir mungil macam itik. Satu-satunya anak sedara yang tak pernah layan aku macam aku ni orang asing. Perangai dia beza sangat dengan noona dan oppa dia yang berlagak diva dekat belakang!

Naeun macam susah sangat nak lolos badan dia di celahan kerusi jadi aku terus hulurkan bantuan. Aku toleh ke kanan sikit. Kedua-dua tangan aku selit bawah ketiak dia sebelum tubuh Naeun aku angkat dan letak kat kerusi sebelah aku. Ringan gila budak ni. Hyung tak bagi anak dia makan kenyang-kenyang ke caner?

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now