🔧Bab 44 : Let Me Kiss You, Deal?🎂

1.2K 129 71
                                    

Baekhyun

"NAAA.. it's too late to say sorry, tebuan. Sini kau!" Aku tegaskan suara seraya menapak laju ke arah dia.

"Kan aku dah cakap sorry?" Tebak dia dengan muka pucat.

Tahu pulak nak cuak. Tadi aku bagi peluang taknak guna. Bila dah sabar aku hilang baru nak berkompromi. Sorry la isteri eh. Suami takkan bagi muka. "Kan aku dah cakap terlewat?" Aku makin maju ke depan. Dan jarak antara aku dengan dia cuma tinggal tak lebih dari satu meter.

"Baekhyun..."

Erk! Langkah aku mati dengan serta merta. Nada suara dia yang mendayu panggil aku buatkan jantung aku mengecut.

"Let me go, please..."

Woah! Apa ni? Dia main kelip-kelip mata pulak!

"Baekhyun..."

Apa ni? Apa ni? Berhenti buat suara macam tu boleh tak?

"Apek! Naeun dah balik!"

Uh? Pandangan mata dia melepasi bahu aku buatkan spontan menoleh juga. Dan itu berjaya membuatkan dia terlepas dari fokus aku.

"Yayy! Kena tipu!"

Aish! Dia dah terlepas! Tak boleh jadi ni! "Yah!" Dia yang sedang menonong ke arah pintu bilik aku kejar. Macam ah panjang sangat je langkah tu. Padahal dua langkah dia baru satu langkah aku. "Aha! Kau nak lari mana?" Sergah aku sebaik saja pintu bilik yang sedia terbuka aku tolak bagi rapat.

Mata dia bulat memandang aku. Mungkin tak menjangka akan kehadiran aku kat depan dia sekarang. "Nak bagi cara baik atau cara tak baik."

Dengan posisi menghadap aku, dia mengundur ke belakang dengan perlahan-lahan. "Tapi aku belum tengok semua lagi."

Ish! Pehal degil sangat isteri segera Byun Baekhyun ni!? "Tak payah tengok lah!" Sibuk je nak tengok gambar sebelum akil baligh orang kenapa?

"Tapi macam rugi pulak lepas peluang tengok gambar budak comel macam ni." Tokok dia lagi dimana kini sudah berdiri di seberang sofa panjang yang terletak di hujung katil.

Okey. Dah dua kali dia puji aku. Dua kali dia cakap aku comel. Macam tadi juga, aku takkan termakan dengan pujian dia. Misi dan visi aku sekarang adalah merampas apa yang dia pegang sekarang! "Byun Hyuna, kau nak bagi ke taknak?"

Dia geleng. "Tak na-"

Kata-kata dia mati di situ sebaik saja aku berjaya melompat melepasi sofa untuk mendapatkan dia.

Haih! Dah terasa macam tengah buat aksi hindustan pulak. Main kejar-kejar keliling bilik. Apa dia fikir ini cerita Kuch Kuch Hota Hai ke?

Nasib baik Naeun tak ada. Kalau ada, wajiblah dia join sekali main aci kejar. Dia dengan kakak dan abang dia pergi rumah Kyungsoo. Tadi pagi budak skema tu datang ambil. Katanya adik si Kyungsoo, Kyulhyun nak ajak diorang pergi berjimba. Kyulhyun memang suka melayan budak bertiga tu.

"Aaaa!!" Kelam kabut dia lari. Tapi sayang... mungkin dia tersalah langkah sehingga dia kini sudah terbabas ditepi katil.

Heh! Apa lagi? Kesempatan yang ada aku terus ambil. Hanya sekali rentapan pada gebar aku buat, tubuh kecil itu tersungkur dan terlentang betul-betul di atas katil. Sepantas kilat, aku dah berada di atas dia. Mengepung dia dari cubaan melarikan diri buat kesekian kalinya.

"Ahah! Gotcha!" Aku sengih jahat. Tebuan kunyit berjaya aku tangkap.

Nampaknya dia belum mahu mengalah. Cepat-cepat dia sorok album di belakang, menindih. Kemudian dia menjelir lidah. "Ahah! Kalau berani ambik la."

Haiii mencabar nampak? Dan sepantas kilat aku sambar kedua-dua tangan dia dan aku cuba kilas ke belakang.

"Aaahh!!! Apek! Sakitlah!" Rengek dia, sedaya upaya cuba melepaskan diri dari genggaman aku.

Pergh! Dia try nak buka silat ke caner ni? Kemain menggelupur lagi. Bila gagal menggunakan tenaga tangan, dia guna tenaga kaki. Dan itu bukan perkara yang boleh dibawa bincang. Dia punya gerakan tu mula buat aku rasa tak selesa.

"Stop moving and give me the photo album."

"Lepas dulu baru aku pulangkan." Kata dia, makin kuat meronta.

Maka makin lama dibiar makin aneh perasaan yang timbul. Dan aku jadi makin tak betah. Lagi-lagi dengan keadaan dia yang berada di bawah aku macam ni. Kolar baju yang dipakai dia agak luas sehingga mendedahkan bahagian leher dan dadanya.

Damn!

"Byun Hyuna! If you don't stop moving and give me the freaking album,  I'm going to kiss you!"

***

Hyuna

KEJUNG seluruh tubuh saat suara Baekhyun melalu corong telinga. Nada dia tak dengar macam bergurau. Jenis renungan yang dia panah pada aku mengukuhkan lagi bahawa amaran yang dititip dua saat lalu betul-betul dia maksudkan.

Dan sekarang aku bagai tersedar dari mimpi. Aku baru sedar akan posisi aku dan dan dia. Aku baru perasan jarak antara tubuh dia dan tubuh aku berada di dalam zon tak selesa. Zon bahaya!

Macam mana boleh jadi macam ni!?

Macam mana boleh sampai sini?

Tadi bukan ke aku tengah kemas almari dia?

Air liur yang aku telan rasa kesat. Dengan kadar yang perlahan dan tangan aku masih berada dalam genggaman dia,  aku cuba pusingkan sedikit tubuh ke kanan. "Ambil balik barang kau dan sila lepaskan aku."

"No." Mendatar suara dia. Hanya dengan sekali tarik, tubuh aku berpusing semula menghadap dia. "I've changed my mind."

Uh?

"Kau boleh simpan album aku tapi dengan syarat." Lega tangan aku dia dah lepas tapi... lega tu tak lama bila dia dengan selamba menongkat kedua-dua siku di kiri dan kanan aku. 

Dan itu membuatkan jantung aku mengepam dalam kelajuan yang sangat luar biasa. Aku tak berkelip tengok dia. "S-syarat apa?"

Mata aku jadi besar saat dia mendekatkan wajah dia dengan wajah aku. Sangat dekat hinggakan aku dapat rasa hangatnya deru nafas dia menampar pipi aku. "Let me kiss you, deal?"

"H-hah!?"

"Siapa suruh kau goda aku?"

Aku rasa macam tercekik. "B-bila masa aku goda kau?"

Dia senyum senget. Dan kat dalam senyuman dia tu aku perasan ada aura semacam. "Bagi aku... mencabar dan menggoda adalah satu definisi yang sama."

Belum habis lagi rasa tercekik, kini aku rasa macam dikenakan kejutan elektrik! Dengan kadar yang perlahan, dia menemukan puncak hidung kami. Tak cukup dengan hidung, dahi aku dan dia juga bertembung. 

Aku terus pejam mata rapat-rapat, tak berani nak tengok mata dia dan juga tak kuat nak tunggu apa yang dia bakal lakukan pada aku.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga sa- 

"Leave now before I'd change my mind." Suara perlahan dia menampal telinga sebelum tangan kanan aku dia tarik, mendorong aku bangun dari katil. 

Aku terus celik mata. Tubuh aku cuba stabilkan. 

Dia ikut bangun dari katil, capai tuala yang tersangkut pada towel stand. "Dah. Pergi siap. Ikut aku pergi ambil triple-N kat rumah Kyungsoo." Kata dia sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air.

Uh-oh?

*****

#😊😊😍😍😘😘

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now