🔧Bab 41: First Kiss🎂

1.5K 141 62
                                    

Hyuna

AKHIRNYA... Puas berhempas pulas kat dapur, menu-menu permintaan Baekhyun berjaya juga aku buat. Dua pinggan yang mengandungi nasi goreng daging merah dan telur mata separuh masak aku pandang dengan muka bangga.

Bangga duh. First time masak dan menjadi pulak tu. Tak sangka aku ada bakat. Cara hidang tu nampak sangat menarik. Harap-harap rasa pun tak menghampakan.

Tadi masa tengah menggoreng ada jugak aku rasa masakan sendiri. Bagi lidah aku memang sedaplah. Tapi tak tahulah lidah apek tu macam mana. Kalau dia kompelin tak sedap dengan kritikan pedas memang aku pelangkung kepala dia. Hargai penat lelah aku tolong!

Mug yang berisi teh tarik aku letak dalam dulang. Adalah aku tarik tiga empat kali. Tu pun pendek pendek je. Takdenya nak tarik panjang-panjang. Karang lecak dapur ni pulak. Apa ingat aku pernah kerja tarik teh kat kedai mamak ke? Cukuplah ada buih sikit-sikit. Bukan boleh kenyang pun minum buih tu.

Bila dah pastikan dulang itu terisi dengan segala kemahuan dan kehendak Baekhyun, aku tatang kejap pemegang di kiri dan kanan dulang dan bergerak keluar dari dapur. Iyalah, orang sakit kan. Tak gamak pulak nak suruh dia turun makan kat sini. Jadi aku bawa naik atas je. Pergh! Acah putera raja pulak dia!

Sebelum keluar dari dapur sempat aku jeling sekilas ke arah periuk kukus yang dah aku perlahankan api. Baru sepuluh minit. Kena tunggu lagi lima belas minit sebelum puding karamel tu masak. Dekat nak habis tempoh mengukus nanti aku turun jenguk semula.

Satu persatu anak tangga aku daki. Sampai kat depan bilik dia, pintu yang terbuka sikit aku tolak dengan kaki. "Pek ooohhh apek... kau punya request dah siap." Masuk ke dalam, meja yang yang terletak disebelah sofa aku daratkan dulang yang aku tatang.

Suasana sunyi tanpa sebarang bunyi ditambah dengan panggilan aku yang tak disahut, aku berpaling ke arah katil. "Laa... dah tidur ke?"

Perasaan teruja aku nak jamu dia makan masakan aku terus lesap. Berganti dengan perasaan sendu. Punyalah semangat aku berperang kat dapur untuk dia, dia boleh tertidur pulak? Ish!

Aku lilaukan mata cari jam kat dinding bilik. Oh, patut ah. Dah pukul satu setengah pagi. Mahunya dia tak mengantuk. Dua jam kot tempoh yang aku ambil untuk siapkan semua makanan ni. Sampai Naeun pun surrender awal. Tak jadi nak teman aku memasak. Undur diri untuk tidur.

Nasib baik aku dah bagi triple-N tu makan awal-awal. Lepas makan tadi, Nari terus naik bilik. Lepas tu sampai sekarang aku tak nampak bayang dia. Baekhyun balik pun dia tak datang jenguk. Namyoon dengan Naeun je yang tunjuk muka.

Tapi kan... kesian kat budak lelaki tu. Nampak jelas ada riak risau di wajah dia masa tengok keadaan samchonnya tadi. Tapi alih-alih dia tak dilayan pun. Cold shoulder yang pakcik dia bagi.

Haih... Nasib kamulah Namyoon dapat pakcik yang ada hati beku macam ais batu kat Greenland. Aunty nak pergi pujuk kang aunty pulak yang kamu bagi cold shoulder. Adalah lebih baik aunty tak masuk campur dan cari pasal. Aunty ni dah la orang luar. Kena jerkah tak pasal je.

Eh jap. Sebenarnya yang mana satu ni? Aunty atau kakak? Mula-mula tu aku perasan budak-budak tu panggil aku kakak. Tapi tadi tu masa dekat mall Nari panggil aku aunty. Naeun pun masa offer diri nak potong bawang tadi pun, aunty. Hmm... mana satu?

Erangan lembut dari Baekhyun menyentakkan monolog dalaman aku. Aku menoleh mencari dia. Tangan kiri pegang perut manakala tangan kanan dia meraba-raba katil. Macam mencari sesuatu.

Duh! Dah tahu tak nampak cuba buka mata tu. Berlagak macam ada deria keenam je. Erangan dia makin menjadi. Faham dengan apa yang dia cari, aku menapak ke arah katil. Dah merekot macam tu maksudnya dia tengah kesejukkan lah kan. Jadi mesti dia perlukan comforter.

Comforter tebal yang berada dihujung kaki katil aku ambil dan tarik ke atas, menyelimuti tubuhnya sampai ke paras dada. Aku fikir bila dah berselimut dia akan berhenti mengerang. Ini tak, erangan dia berterusan.

Dahi dia juga mula mengeluarkan titisan peluh. Dan tubir matanya... aku perasan ada air di situ sebelum air itu mengalir keluar melakui kedua-dua pelipisnya. Bibir merah itu terkumat-kamit meracaukan sesuatu.

Rasa ingin tahu apa yang diracaunya, aku menunduk dan mendekatkan telinga pada muka Baekhyun.

"H-yung... hyungg... h-hyunggg..."

Perkataan yang aku dengar itu buatkan aku renung mukanya dalam-dalam. Tiba-tiba aku dapat rasa dada aku ketat. Hidung aku juga pedih. Dan sekarang mata aku panas.

Tak perlu tunggu lama  pandangan aku jadi kabur gara-gara kelopak mata sudah dibanjiri dengan air. Tak tahu kenapa aku macam nampak diri aku kat dia sekarang. Diri aku masa aku mula-mula kehilangan abang.

Hanbin dan Eunha cakap tiap-tiap malam aku meracau menangis dalam tidur panggil-panggil abang aku. Mungkin sebab tulah kot aku faham apa yang dihadapi oleh Baekhyun. Dan sebab aku fahamlah aku boleh boleh ada rasa macam ni.

"Hyungg..."

Aku beranikan diri untuk naik ke atas katil. Aku sentuh dahi basah dia. Aku kesat peluh di situ. Air mata di pelipis juga aku kesat dengan ibu jari. Tangan yang sama, aku bawa ke bahu dia dan tepukan lembut aku buat di situ. Persis seorang ibu mendodoi anaknya yang tengah tidur.

Dia dah diam. Dah berhenti meracau pun. Nampaknya perbuatan aku berkesan. Renungan aku kekal pada sekujur wajah milik Baekhyun.

Dari dahi turun ke kening. Turun lagi ke mata, hidung dan berhenti di bibir. Baru aku perasan. Dia ada tahi lalat kecil di bahagian atas hujung bibir. Sebelum ni aku pernah nampak kat ibu jari dia je.

Patutlah banyak cakap. Tak pernah lah dia tak membalas kata-kata aku. Ada je benda dia nak jawab. Ada je hal dia nak berbalah dengan aku.

Macam berminat pulak nak siasat kat mana lagi letaknya tahi lalat dia, aku gerakkan pandangan aku ke sekitar wajah dia. Oh situ. Kat pelipis kanan ada satu.

Lagi?

Lagi?

Mana lagi? Ermm... Hah! Kat telinga pun ada. Comel je tahi lalat kat telinga tu. Rasa macam nak tarik-tarik je.

Proses menganalisis berapa bilangan tahi lalat di muka Baekhyun terhenti serta merta bila aku rasa ada sentuhan pada tangan aku yang menepuk bahu dia. Rasa macam nak terkeluar biji mata, jantung pun macam nak terlompat keluar dari dalam dada bila pandangan mata kami bertembung.

"Err.. aah.. ermmm..." Aku cuba nak bercakap tapi ayat tak dapat keluar dengan lancar. Jadi adalah lebih baik aku bangun dan blah dari sini bukan?

Okey, Yun. Bangun sekarang, buat muka bodoh, pergi ke arah pintu bilik dan keluar terus. Jangan toleh belakang!

Otak aku merangka strategi. Strategi yang sangat bernas untuk aku mengelak diri dari dia. Namun, saat aku mahu memulakan langkah pertama untuk bangun dari katil, perbuatan aku terbantut bila tubuh aku direntap ke depan. Mata aku terhala laju pada tangan aku yang kini sedang digenggam oleh Baekhyun. 

Kedudukan muka kami bukan dalam jarak yang selamat.

Posisi tubuh aku dengan tubuh dia pun tak menenangkan hati dan perasaan aku.

Aku terkedu hebat masa dia dekatkan mukanya dengan muka aku.

Dua saat lepastu aku dapat rasa tangan dia memegang pipi aku.

Lima saat kemudian, bibir aku menerima hembusan nafas hangat dari dia. 

Tak tahu bila dan bagaimana, tapi pada saat kelapan sedar-sedar je bibir Baekhyun sudah melekat dengan bibir aku.

Lembut.

Rapat.

Lama.

Tiba saat ke tiga belas, aku terus pejamkan mata kejap-kejap bila Baekhyun mula menggerakkan bibirnya di sekitar bibir aku.

Yah, Byun Baekhyun! Kau dah ambil first kiss aku!

*****

#Yayyyy!!! Finally dah berjaya selit babak nyium nyium💃💃💃

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now