🔧Bab 61: I Want To Kiss You🎂

516 41 53
                                    

WARNING! Baekhyun-SakaBaekhyun- SakaLuhan-Bergabung-Miang-Mode: ON!😆🤣

WARNING KUASA DUA! Mungkinlah kot chapter ni macam cringe sikit. Jadi sila sediakan baldi kat sebelah untuk tadah muntah.🌚🤢🤮🤧

WARNING KUASA TIGA! Chapter ni apek mekanik tulis sendiri. Ifti tak tahu eh. Ifti tak bertanggungjawab. Tengok-tengok je new chapter dah published! 🤣😆🤷🕺🤭😍🤩

***

Baekhyun

SENTUHAN yang kali ini buatkan aku tak dapat nak tahan daulat lagi. Bila dia main telinga memang aku tak kuat. Rasa geli yang teramat, aku menggerakkan kelopak mata. Harap-harap dia tak perasan aku sedang pura-pura tidur. Kalau tak, sia-sia ajelah lakonan aku sejak tadi. Jom kita tengok sejauh mana sabar dia boleh pergi.

"Baekhyun... Bangun laaa..."

Tahu tak betapa bersungguhnya aku tahan diri dari buka mata dan terkam dia? Suara yang mendayu seakan merengek ditambah pula dengan sentuhan yang lembut pada setiap penjuru kulit muka aku sejak sepuluh minit lepas betul-betul menduga perasaan seorang Byun Baekhyun. Haih! Nasib baik pegangan aku kuat. Nasib baik jugak hati aku kental.

"Semalam kemain beriya pesan suruh kejutkan dia sebelum pukul enam setengah. Sekarang dah pukul tujuh pun tak celik mata lagi. Anak-anak buah selesai pergi sekolah, samchon diorang pulak belum sedar dari mimpi."

Bibir, tolong jangan melebar. Dan hati, tolong jangan kalah. Taknak kantoi sekarang. Aku nak ajak korang main sikit lagi. Sikit je lagi, janji!

"Baekhyun..." Mungkin penat pegang tapi tak jugak aku bangun, dia cuma panggil nama aku tanpa sentuh aku lagi. "Ya tuhan... susahnya nak kejutkan manusia sorang ni. Tidur mati jenis apa entah." Bebelan dia bersambung, agak panjang.

Beberapa saat tak sebarang suara dari dia, tiba-tiba rambut aku terasa seperti dikuis. Aku syak dia guna jari. Takkan dia nak guna bibir? Karang benda lain yang jadi pulak. Kerja ke mana apa ke mana? Tak ke naya? Heh!

Dari dahi, dia larikan larikan jari telunjuk pada hidung aku pula. Dicuit puncak hidung separa mancung aku sebelum jari dia berhenti di bibir aku. Aku tunggu jugak jari dia nak buat lawatan pergi bahagian mana lagi tapi tak ada pun. Kekal berhenti menyinggah di bibir aku.

Macam lama je. Dia tengah perhati aku ke ni? Atau dia tengah fikir nak cium aku atau tak? Adakah ini bermaksud aku bakal dapat morning kiss? Harap-harap dapat-- "Argh!" Spontan aku terjerit dan buka mata. Lalu wajah puas hatinya menjengah penuh pada pandangan aku. "What was that for?" Tanya aku sambil menggosok hidung yang terasa perit disebabkan gigitan dari Hyuna tanpa sebarang amaran.

"Untuk kau buat-buat tidur padahal kau dah jaga." Balasan itu aku terima bersama satu jelingan. Jelingan yang aku tak nampak tajam tapi manja. "Buat penat je kejut. Bazir air liur memekak pagi-pagi macam ni."

Sebenarnya aku dah terjaga masa dia mandi tadi lagi. Bila dia turun bawah untuk jenguk Triple N yang nak pergi sekolah, aku pulak yang masuk mandi. Pagi ni aku tak basah rambut. Sejuk sangat! Jadi mungkin sebab tu dia tak perasan. Lepas mandi, aku baring semula atas katil. Dengar macam bunyi tapak kaki orang nak masuk bilik, aku buat-buat tidur. Ya tahu, aku macam cringe gila kan? Tapi biarlah! Dah itu cara aku bergurau dengan isteri sendiri. Problem?

"Aku tidur betul-betul kot. Mana ada buat-buat." Walaupun dah kantoi nak jugak karang ayat cover. 

"Aku nampak kau senyum." Tukas dia pula.

"Mungkin sebab aku tengah mimpi?"

"Aku nampak kelopak mata kau bergerak."

"Mungkin sebab aku rasa geli ada orang sentuh muka aku...?" Beriya betul ya aku sangkal telahan dia. Tapi sayang, akhirnya aku kalah. Bila tengok dia senyum sinis macam tu sambil buat muka tahulah yang aku dah masuk jerat dengan kata-kata sendiri.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now