🔧Bab 68: I Love You🎂

352 33 23
                                    

Hyuna

"AUNTIE Yun, samchon nak cakap." Naeun muncul di dapur sambil pegang iPad dia dan hulur pada aku.

"Jap, auntie cuci tangan dulu." Aku yang sedang mencuci pinggang mangkuk terus bilas tangan dengan air. Lap tangan basah aku dengan tuala good morning lalu iPad ditangan Naeun aku ambil dan letak dalam posisi berdiri di atas microwave. Nampak Naeun mahu keluar dari dapur, aku terus panggil. "Naeun tolong bawak anggur pergi depan boleh? Yoon oppa cakap nak makan tadi." Bergegas buka peti sejuk, bekas anggur yang dah siap dicuci aku hulur pada budak kecik comel ni. "Thank you."

Bekas anggur pun beralih tangan. "You're welcome auntie Yun."

"Hati-hati. I love you."

"I love you too, auntie." Balas si kecil sebelum tubuhnya menghilang di balik dinding.

"Love Naeun je? Aku tak?"

Suara Baekhyun yang datang dari iPad berkumandang, mendorong aku melangkah ke arah kabinet yang terletaknya microwave tadi. Nampak aje muka dia penuh di skrin, bibir aku mengupas senyum lebar. "Hi..."

"Hi, back." Balas dia yang masa ni dah pun menyengih manis.

Tak puas dengan jarak yang ada, aku dekatkan wajah pada skrin untuk tengok muka dia. Perasan keberadaan dia sekarang ni di mana, dahi aku langsung berkerut. Mata aku kerling sekejap pada jam di iPad. "Dah pukul sembilan. Belum balik rumah lagi?"

"Belum. Balik awal pun bukan ada orang sambut." Riak muka dia dan-dan jadi sedih.

"Takder orang sambut pun boleh rehat apa."

"Malas. Nanti sunyi. Takder dengar bunyi burung-burung comel berkicau update pasal apa yang jadi kat sekolah masing-masing..."

Aku tahu dia maksudkan Triple-N.

"Takder dengar suara Tom&Jerry yang bergaduh berebut tv."

Yang ni dia maksudkan Nari dan Namyoon. Masing-masing berebut Youtube. Sorang nak tengok mv lagu-lagu kpop. Sorang lagi suka tengok gamers punya vlog. Bukan tak boleh tengok dekat iPad masing-masing, bukan tak boleh tengok dekat tv tingkat atas tu...tapi saja nak berebut tv besar dalam bilik tv tu. Lahai...

"Takder roommate, takder bedmate, takder bantal peluk buat teman tidur."

Okey, yang ni dia maksudkan aku. "Mengadanyaaa..." Aku memicingkan mata marenung muka dia. "Baru satu malam tidur takder teman."

"Malam ni dah masuk malam kedua okey..." Laju dia pintas. "Sweetheart, dekat sikit muka tu. Tak puas la tengok jauh-jauh..."

Aku kecilkan mata, merenung dia. "Dekat-dekat pun bukan boleh sentuh."

"Kan? Bukan boleh peluk cium pun. Hmmm..." Sampuk dia dengan bibir dicebik. "Yang, dekat sikit la..." Panggil dia lagi kalini dengan suara yang sangat lembut. "Tak boleh sentuh, boleh screenshot buat wallpaper fon malam ni pun boleh la..."

"Eiii... Angau overload ke ni?"

"Haah, memang pun."

Aku menjegil. Laju betul dia mengiyakan. Aku gelak sambil menggeleng kepala. Permintaan dia aku akur. Wajah aku dekatkan pada skrin iPad milik Naeun. Betulkan ikatan tocang di kepala, juntaian anak rambut pada sisi muka aku selit ke belakang telinga. "Dekat macam ni cukup tak?" Tanya aku.

"Dekat lagi."

Kedua siku aku rapatkan dan pacak pada microwave, kemudian aku menongkat dagu. Mata tak beralih dari pandang muka dia. "Macam ni?"

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now