🔧Bab 36: Something Weird🎂

1K 141 85
                                    

Baekhyun


PERJALANAN yang sudah memakan masa dua puluh minit hanya ditemani dengan suara DJ radio berselang-seli dengan beberapa buah lagu. Aku curi pandang tiga manusia dibelakang melalui cermin. Patutlah diam dari tadi. Nari dan Namyoon masing-masing pakai earphone sambil tengok ipad.

Maklumlah anak orang kaya. Kecik-kecik lagi hyung dah ajar dengan kemewahan. Macam manalah nak hidup dengan aku nanti? Haih! Naeun pulak dah terkulai layu di bahu Nari, tidur. Dia memang macam tu. Asal kereta bergerak je automatik dia akan rasa mengantuk. Lepastu tidur nyenyak sampailah ke destinasi.

Selesai buat bancian pada situasi di belakang, aku halakan fokus aku ke kerusi sebelah kanan pula. Sejak tadi dia ralit merenung pandangan di luar kereta. Satu suara pun tak dihasilkan. Takkan kekok dengan aku kot? Mana aura tebuan dia?

"Kau."

Dia tak bagi response. Kekal memerhati keadaan luar kereta. Agaknya dia tak perasan aku bercakap dengan dia. Tak lain tak bukan fikiran dah terbang ke langit ler tu.

"Aku nak tanya kau beberapa soalan boleh?"

Pun sama.

"Byun Hyuna."

"Uh?"

"Jauh termenung? Kau fikir apa?"

"Takde apa." Pandangan dari sisi dia halakan ke depan. "Lambat lagi ke nak sampai?"

"Sepuluh minit."Soalan dia aku jawab. Perasan ada kereta yang mahu memotong, aku bagi signal ke kiri untuk beri laluan. "Aku nak tanya kau soalan boleh?"

"Apa?"

"Kau sebenarnya-"

"Samchon! Nak kencing! Nak kencingggg!"

Nasib baik aku tak ada penyakit terkejut yang melampau, kalau tak confirm kerete ni masuk parit! "Byun Namyoon!"

"Sumpah orang nak kencing! Tak tahan dah ni... Tolong! Tolong!"

Ya tuhan... tabahkanlah hati aku. Tetapkanlah pendirian aku untuk tak gunakan kekejaman terhadap anak buah sendiri. "Ya! Petrol station depan tu je! Sabarlah!" Sambil aku mengomel, aku petik signal kekiri, memasuki kawasan stesen minyak. Parking kereta kat sebelah kawasan pam angin tayar, aku terus buka pintu. "Cepat!"

***

SAMPAI di shopping complex aku pilih ruang parking yang paling atas. Kotak parkir bernombor 72 jadi pilihan. "Tunggu apa lagi? Taknak turun?" Kesepian dan kekakuan lima manusia yang lain tanpa sebarang pergerakan mendorong aku untuk bertanya.

"Yayy! Dah sampai!" Naeun bersorak ceria. Kalut-kalut dia suruh Nari buka pintu kereta untuk keluar. Jap! Bila masa dia jaga dari tidur?

"Tunggu. Jangan masuk dulu." Pesan aku pada Triple-N lepas masing-masing dah berada diluar kereta.

"Heh!" Itu yang Namyoon response sebelum menutup pintu dengan kuat. Perangai puaka tu bila nak hilang hah? Tsk!

"Kenapa? Turunlah."

"Oh- haah dah sampai eh?"

Aku toleh sebelah. Dia nampak teragak-agak. Walaupun tangan sudah berada di pemegang tapi pintu kereta belum dibuka.

"Baekhyun..."

Zapp!

Tak! Itu bukan bunyi petir. Bukan bunyi seluar koyak. Tapi tu bunyi jantung aku.

Dup!Dup!Dup!Dup!

O...key... Rasanya dia tak ada buat apa pun. Cuma panggil nama aku sahaja. Tapi apehal hati aku boleh jadi kecut semacam? "A-apa?" Tak guna! Pergi gagap kenapa!?

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now