🔧Bab 55: Let's Learn Each Other🎂

356 45 27
                                    


Hyuna

"APA hai hai?" Sapaan dia aku balas dengan sergahan. Kalau ikutkan hati, nak je aku reject call dia lagi. Tapi otak aku menegah. Kata otak, aku perlu berfikiran rasional. Jangan dilayan rasa geram yang menggunung.

Yang geram tu bukan apa... Hari Ahad tu sebelum dia balik Mapo Gu dia dah janji tau nak telefon aku setiap malam pukul sepuluh, sebelum aku tidur. Dia juga yang bising sebab sebelum ni aku cuma mesej dia sekali je setiap hari dan dia cakap aku taknak extend the conversation. Dan sekarang apa jadi? Baru je tadi aku whatsapp dia lebih dari sepuluh kali, satu pun dia tak reply.

Dia tak tahu ke yang aku risau?

Dia tak tahu ke aku dah macam orang gila, kat dalam otak dah fikir yang bukan-bukan?

Aku ada terlintas nak telefon budak-budak tu tapi bila difikir balik sekarang diorang mungkin sudah tidur. Lagipun kalau aku telefon juga, confirm panggilan aku tak akan dijawab. Sudah termaktub dalam peraturan yang ditentukan oleh bapa saudara diorang yang masing-masing tidak dibenarkan bermain smartphone selepas pukul sembilan. Dan tiada pun diantara mereka yang berani ingkar arahan. Kalau siapa ingkar, semua akan dihukum. Dan hukumannya adalah dikurung dalam rumah di hari minggu dan semua gadget ditarik selama seminggu. Kejamnya la bapa sedara pun...

"Kau janji pukul sepuluh." Aku berkata dengan nada mendatar.

"I am really sorry... Aku baru tengok fon sejak pagi tadi."

Mata aku terbuntang luas saat dengar alasan dari dia. "Baru tengok fon?" Kalau tadi mendatar, kini suara aku kedengaran sangat terkejut. "Kenapa? Over-busy ke hari ni? Ada masalah negara yang perlu diselesaikan ke?" Kalau dia tak perasan aku sedang perli dia, tak tahulah nak cakap apa.

"Haah. Actually, more than that."

Aku angkat kening kanan. "Means... Lebih rumit dari masalah negara?"

"Hmmmm..."

Makin tinggi kening aku naik lepas dengar suara mendayu-dayu milik Baekhyun. Aku macam dapat kesan ada benda yang tak kena melalui gaya dia. Mulalah aku nak rasa tak sedap hati. "Why? Is everything okay?" Aku ubah rentak suara. Tak rakus dan mendesak seperti tadi.

"Semalam tak okey, tapi tengah hari tadi dah okey."

"Pasal... bengkel?" Aku meneka.

"Tak."

"Company?" Aku memang aware pun yang dia sekarang sedang sibuk dengan urusan ambil alih syarikat keluarga dia. Sebagai isteri, mana mungkin aku tak ambil tahu. Lagipun dia ringan mulut nak bercerita, aku dengar ajelah.

"Tak."

Tak? Nak kata pasal triple-N macam bukan je sebab tadi siang masa aku buat video call dengan diorang, takde pun Naeun cerita apa-apa. Biasa kalau ada benda tak kena, budak kecil yang comel tu akan berceloteh mengadu kat aku. Tapi tadi diorang berborak macam biasa.

Kalau bukan pasal bengkel, dan bukan juga pasal company...dah tu pasal apa? Takkan kot pasal... "Ermm...pasal kita...?" Lambat-lambat aku bertanya.

Soalan aku kelakar ke? Part mana yang kelakar? Kenapa dia boleh ketawa pulak?

"Kalau aku cakap pasal kita...?" Dengan sisa ketawa yang masih berbaki, dia jawab soalan aku dengan soalan.

"Tapi semalam kita okey je."

Ketawa dia menampar gegendang telinga aku buat kali kedua. Tak kuat dan tak perlahan. Sedang-sedang dan erm... sedap didengar. Oh god! What's wrong with me?

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now