🔧Bab 48 : A Silly Fight 🎂

841 108 33
                                    

Hyuna

BAEKHYUN dan aku sekarang sedang duduk bertentangan di meja disudut paling tersorok dalam bakery. Rasanya dah lapan minit kot. Aku dan dia duduk di sini tanpa masing-masing mahu memulakan bicara.

Kekok.

Tak.

Yang sebenarnya... sangat-sangat-sangat kekok.

Itu suasana yang aku dan dia sedang rasakan sekarang. Lagi-lagi dengan ketiadaan Eunha di sini. Pergi hantar pesanan pelanggan katanya. Padahal mengikut perjanjian dengan Cik Song taukeh salon seberang jalan tu berbaki lagi satu jam sepuluh minit.

Ish perempuan ni! Dia tak tahu ke dia tengah torture aku sekarang?

Logiklah kan kalau aku rasa kekok sampai macam ni sekali? Hampir seminggu tak bertemu, perasaan kekok berdepan dengan manusia kat depan ni yang sebenarnya dah mula kurang kini menebal semula. Sama aku rasa masa mula-mula kena kongsi bilik dengan dia masa hari pertama kat rumah dia.

Pandangan aku jatuh pada jari-jemari dia yang sedang mengetuk meja. Mungkin dengan cara itu dia dapat kurangkan rasa kekok agaknya. Jujur, sebenarnya aku nak bercakap dengan dia tapi tak tahu nak mula dari mana. Suara aku macam tak boleh nak lalu kerongkong je.

"Kau sihat?" Tanya dia... akhirnya. Memecahkan suasana hening diantara aku dan dia.

"Sihat. Kau?" Aku tanya balik.

"Sihat." Jawab dia ringkas, membawa pandangan ke sekeliling bakery. Lalu... keadaan kembali kepada asal. Sunyi dan kekok. Sampailah ada bunyi dehaman dari dia sebelum dia bersuara semula. "Kau taknak tanya khabar Triple-N?"

"I know they are fine. Setiap hari aku cakap fon dengan Naeun."

"Setiap hari?" Dengan mata besar dia mengubah ayat penyata aku kepada soalan.

Apa yang nak terkejut sangat entah. Padahal cakap telefon dengan orang kat benda normal. "Haah. Setiap hari aku call diorang. Kadang-kadang diorang yang akan call."

"Diorang means... Three of them?"

"Naeun je la yang banyak cakap pun. Nari dengan Namyoon ada la sepatah dua jawab soalan aku."

Dia tegakkan tubuh merenung aku dengan muka tak percaya. "Kau boleh called diorang tiap-tiap hari tapi kau cuma balas text aku sepatah je...?"

Aku rasa macam rahang aku jatuh ke bawah bila dia tiba-tiba persoalkan pasal hal ini. Dan ada juga rasa macam panas hati. "Kau pun text aku sepatah."

"Tapi hari-hari aku text kau kot."

"Text yang sama. Dan itu pun cuma sekali text sa.ha.ja."

Dia ke depankan pula tubuh sehingga dadanya bertemu sisi meja. Okey, dia pun dah panas nampaknya. "Dah kau balas sepatah, aku pun takde la nak text kau banyak kali."

"Dah kau tak hantar second text, macam mana aku nak balas banyak kali?"

"Kau..." Dahi dia berkerut-kerut. Mungkin mencari ayat yang padu untuk menembak aku. "... Ha! First text aku kau balas macam tak ikhlas. So aku assumed kau malas nak layan aku. That's why la aku-"

"Oh, macam tu?" Kedua-dua tangan aku letak atas meja, menongkat siku. "Mana kau tahu aku tak ikhlas? Mana kau tahu aku malas nak layan?"

Dia tak jawab dengan suara dulu. Malah dia angkat tangan kanan dan menurunkan ibu jari. Empat jari lagi dia tunjuk depan muka aku. "Kau. Ok. Ke. Tu." Empat patah perkataan itu itu dia sebut sambil menjatuhkan satu persatu jari-jarinya. "Em.pat! Empat patah perkataan aku texted kau. Dan kau cuma balas... Ok. je. That's all. So...?"

Kenyataan mengungkit dari dia buatkan aku terdiam. Kenapa ayat dia buat aku rasa macam aku salah je? Iyelah, betul la dia cakap. Dia texted aku empat perkataan dan aku cuma balas dua je. Text dia sekali ganda lebih dari aku kot. Tapi... mana boleh biar dia menang! Tak boleh! Aku tak boleh kalah! "Tapi kau patutnya hantar text kedua. Boleh je kau nak extend the conversation. Kalau boleh tanya aku 'tengah buat apa? Aku dah makan ke belum? Hari ni bisnes macam mana? Pagi tadi bangun pukul berapa? Dah mandi belum?'"

Dia mendecit lidah sebelum merengus keras kemudiannya. "Kenapa tak kau je yang extend the conversation? Boleh je lepas 'ok je' tu kau sambung lagi dengan tanya aku balik at least dengan 'kau pun ok ke tu? Kau buat apa? Dah makan belum? Siapa yang masak? Sedap tak?'"

"Buat apa aku nak tanya kau sedangkan aku boleh tanya Naeun." Aku dapat rasakan ada haba disekeliling aku. Tangan sweat-shirt yang aku pakai, aku lipat sampai ke siku. "Dalam conversations aku dengan dia tak pernah sekali pun dalam sehari tu aku tak tanya khabar kau. Samchon dia sihat ke? Samchon dia pergi mana? Samchon dia buat apa. Samchon pergi kerja pukul berapa..."

"Ini tidak adil! Kau ada Naeun untuk tahu khabar aku. Tapi aku? Aku nak tanya khabar kau pada siapa? Kau tak bagi nombor Eunha atau Hanbin kat aku pun."

"Siapa suruh kau tak mintak?" Terlampau geram dengan perangai dia yang taknak mengalah, aku tunjal bahu dia.

"Kenapa nak tunggu aku minta? Kau boleh je bagi terus."

Berang aku naik lagi satu tangga bila dia dengan selamba pergi tunjal hidung aku. Tangan dia aku tepis. Giliran Hidung dia pula aku tunjal. "Kenapa aku tiba-tiba nak bagi nombor diorang pulak kalau kau tak pernah minta?"

Tangan aku yang menyentuh hidungnya ditarik dan digenggam. "Okay, I'm doing it now. Bagi aku nombor diorang sekarang!" Sambung dia lagi dengan tangan lagi satu dia gunakan untuk memicit hidung aku.

Tak boleh jadi ni! Dia main picit-picit hidung pulak! Tak menunggu lama, tangan bebas aku angkat menyasarkan hidung dia. Tapi baru je gaya jari aku berkira untuk menyentuh kulitnya di situ, dia melepaskan hidung aku. Lalu tangan aku ditangkap. Dan kini aku terjerat apabila kedua-dua tangan aku sudah dikunci dalam genggaman dia.

Sedar akan kedudukan wajah aku dan dia sekarang kurang dari sejengkal, aku jadi gugup. Terdiam tak bergerak.

Macam mana boleh jadi macam ni? Telan liur dan gigit pipi dalam. Aku buat dua benda ni berkali-kali. Dengan pergerakan perlahan aku menarik tangan aku dari dia.

"Stay still, grumpy. Atau aku..."

"Atau kau...apa?" Suara aku antara dengar dengan tidak.

Mata aku terbuntang bila dia tiba-tiba bangun dari kerusi. Tanpa melepaskan tangan aku, dia mendekatkan jarak tubuh aku dan dia.

"Uh- kau dah kena-" Suku kata seterusnya aku telan balik bila dia menemukan puncak hidung kami.

Tinggal cuma tangan kanan yang menggenggam kedua tangan aku, tangan kirinya terus merangkul bahu aku.

Tahap keluasan mata aku mungkin serupa bola tennis dan aku dapat rasa macam nafas seakan terhenti saat bibir dia hinggap di dahi aku. Sentuhan bibirnya mengena kulit aku buat beberapa saat sebelum dia menjauhkan mukanya, genggaman tangannya pada aku terlerai dan dia juga melepaskan rangkulan dari badan aku.

Masih dalam riak terkejut yang melampau, aku pandang dia dengan mata tak berkelip. "W-what was that for?" Suara aku seakan berbisik.

Tak ada senyuman dia wajah dia. Cuma riak bersahaja tanpa ada rasa bersalah, dia bersuara, "Aku cuma sampaikan pesan Naeun."

"Pesan apa?"

Dia berdehem pendek sambil melabuhkan semula punggung pada kerusi. "Samchon, nanti dah jumpa aunty Yun tolong peluk dan cium dia untuk Naeun tau." Kata dia lagi. "And... I just did it."

*****

#Maka dengan itu lagu Chen- Make it Count. Pun berkumandang 😊😊😊

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now