🔧Bab 35 : Samchonnnn🎂

1.1K 150 105
                                    

*Ada sesape yang rindu cerita ni tak? Ok takde takpe. Tak kira! Nak update jugak! :p

***

Baekhyun

"PERLU ke? Perlu ke paksa orang ikut jugak?"

Masuk dalam kereta, itu dulu yang Nari serang aku. Aku cuma diam. Tak mahu berbalah dengan dia. Karang kalau aku mula keadaan akan jadi bertambah rumit.

"Urgh! Killjoy betul! Rosak weekend orang tahu tak?" Tokok dia lagi.

Aku masih diam kat kerusi pemandu. Jari jemari aku mengetuk stereng mengikut muzik lagu yang aku pasang sekarang. Epik High ft. Lee Hi - Can You Hear My Heart. Ost drama Scarlet Heart. Katanya fenomena sangat drama tu. Hinggakan budak-budak bengkel aku pun layan. Aku pernahlah tengok seminit dua. Tengok gitu-gitu je jadi aku tak tahu seronok ke tak.

Aku bukan jenis kaki drama bersiri sebenarnya. Tak ada masa! Dari aku bazir masa tengok drama baik aku repair kereta-kereta pelanggan. Cepat siap cepatlah beban aku berkurang. Kalau filem tu okey la. Sempat jugak aku layan hari weekend. Sabtu ahad je kalau tak pergi mana, kitorang berempat layan DVD kat rumah-bengkel aku.

Oh, ya! Latest DVD yang aku tengok bulan lepas apa. Movie hindustan. Tu pun atas desakan Jongdae unta. Apa entah tajuk dia? Wale-wale? Dilwal? Dil-dil? Ah, lantak! Malas aku nak ingat tajuk. Tapi cerita dia biasa-biasa je. Jongdae dengan Chanyeol je yang dok bersorak sakan. Sampai part lagu dua-dua gigih menyanyi sama. Lagi-lagi lagu Garuda...? Geruda? Ke Gerudi?

Yang tak boleh blah tu Yeol siap petik gitar ikut muzik lagu. Dae dok gigih tunggu tang part high note untuk sumbang suara sekal. Aku dengan Kyungsoo je diam kat tepi dengan muka paling pasrah dalam dunia. Well... kitorang kan manusia normal.

"Baekkie Monster."

Telinga aku berdesing saat dengar orang belakang panggil aku dengan gelaran tu. Tapi tak apa. Ini bukan kali pertama. Memang gelaran tu dah sebati dalam diri aku, bukan?

"Baekkie Monsterrr..."

Budak puaka ni memang sengaja nak provok aku. Kalau dia fikir aku akan layan bunga-bunga cari pasal yang dia mulakan, dia salah. Salah sama sekali.

"Samchon..."

Jap! Aku salah dengar ke? Atau panggilan tu merujuk kepada orang lain?

Kalih kiri kanan, aku yakinkan diri yang memang dalam kereta sekarang ni hanya ada aku dan dia sahaja. Tak ada Kyungsoo. Tak ada Chanyeol. Tak ada Jongdae. Hanya Byun Baekhyun dan Byun Nari. Lagipun budak-budak ni bukan panggil diorang samchon. Panggil uncle. Uncle Dae, Uncle Yeol, Uncle Kyung. Dah tu siapa samchon tu?

"H-hmm." Dengan teragak-ahak, aku menyahut.

Kedengaran seperti zip beg dan beberapa saat kemudian, bahu kanan aku dijengah dengan sekeping surat. Huluran Nari itu buat kening aku berkerut.

"Surat jemputan waris."

Oh. Okey. Surat dari sekolah ke tu?

Huluran Nari aku sambut. Surat yang dilipat tiga itu aku buka dan baca. Surat jemputan menghadiri mesyuarat PIBG. "Bila?"

"Kan dah mentioned kat situ."

Macam tu feedback dia? Bukan aku tak baca tarikh program tu tapi sajalah aku nak berbasa-basi. Nak ajak borak kononnya. Nak ajak berbaik sikit. Tak banyak sikit je pun. Cis! "Tiga minggu dari sekarang?"

"Hmm. Tapi taknak datang pun tak apa."

Ewah! Aku belum cakap apa-apa lagi selamba badak dia je nak buat keputusan bagi pihak aku. "Ada tulis kat sini it is compulsory. So-?"

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now