🔧Bab 40 : His Request?🎂

1.3K 140 133
                                    

Hyuna

NAEUN yang meraung di dada Baekhyun buat aku tak boleh nak berhenti senyum. Dalam masa yang sama ada juga terbit perasaan sebak. Sayang betul dia kat Baekhyun.

Berpuluh kali dia minta maaf kat apek mekanik sebab palau samchon dia. Berpuluh kali dia merayu pada supaya samchon dia tak sakit atau luka lagi. Dan berpuluh kali juga Baekhyun mengambil kesempatan dengan kesedihan dan penyesalan dari Naeun, mengusik budak kecil itu dengan ugutan dia akan bergaduh macam tu lagi kalau anak-anak buah dia ignore dia.

Naeun apa lagi? Makin menjadilah raungan dia. Menangis teresak-esak. Peluk samchon kesayangan sampai tak mahu lepas. Bukan saja Naeun, Namyoon pun tak terkecuali.

Awal tadi tu dia cuma jadi 'bodyguard' si adik kat pintu bilik je. Tapi mungkin lepas tengok keadaan pak sedara dia yang penuh luka-lebam di muka juga tangan, perlahan-lahan dia mendekat. Setapak demi setapak dia atur ke arah katil. Baekhyun memang tak sedar kehadiran lagi sorang anak buah dia. Punyalah gigih mengusik Naeun.

Aku je yang perasan. Riak Namyoon nampak teragak-agak. Tengok dia serupa itu, aku bangun dari katil dan bergerak ke arah dia. Dia angkat muka pandang aku bila aku dah berdiri depan dia, sekaligus menghentikan langkahnya.

Walaupun tak berbalas senyuman tetap aku kupas semanis mungkin, menenangkan dia. Tangan kanan aku hulur depan dia. Lambat sangat dia nak sambut huluran aku, aku terus pegang tangan kanan dia dan tarik dia ke arah katil. "Apek, ada orang datang melawat." Maklum aku pada Baekhyun yang sedang tepuk perlahan belakang Naeun.

Dia pandang aku sekilas sebelum pandang pula Namyoon. Lima enam saat jugaklah dia tenung muka anak sedara lelaki tunggal dia tu sebelum dia buka mulut. "Nak apa?"

Refleks aku menjegil mata, menyaksikan reaksi yang dia bagi pada Namyoon. Macam tu ke cara dia bercakap dengan anak buah? Patut ah Triple N dengan dia tak boleh nak jadi geng. Tsk!

Gigit bibir.

Luaskan celikan mata.

Dua perkara ni aku buat serentak lepas berdiri kat depan dia. Kening dan lirikan mata aku bergerak, menghantar isyarat supaya dia betulkan suasana kekok yang dia cipta antara dia dan Namyoon.

Mungkin dia faham isyarat aku, jadi dia terus betulkan ayat. "Ada apa, Byun Namyoon?" Walaupun soalan tu tak ada aura kemesraan antara bapa saudara dan anak saudara langsung, tapi boleh diterimalah dari yang tadi tu. Budak tu dah la nampak ragu-ragu, takut-takut... dia main hentam sergah macam tu je. Manner mana manner?

"Namyoon datang jenguk samchon la kan?" Bila dah soalan Baekhyun dibiar tak berjawab, aku mencelah cuba hilangkan kekok yang melanda dua beranak itu.

Perlahan-lahan Namyoon mengangguk.

"I'm okay. Don't worry. Belum mati lagi."

Aku dalam dilema. Siapa-siapa, tolong bagi aku idea boleh? Samada aku nak hentak kepala Baekhyun kat dinding atau ketuk kepala dia dengan pasu bunga kat luar rumah tu. Mana satu?

Dia memang tak ada perasaan ke caner? Perlu ke aku sekolahkan dia cara nak berkomunikasi dengan kanak-kanak?

"O-okay. Orang masuk bilik dulu." Balas Namyoon mendatar seraya berpaling ke belakang. Tapi kenapa aku dengar nada suara dia macam pelik je? Dia nangis ke?

Badan dia menghadap Baekhyun dan Naeun. Depan dia menghadap aku. Aku cuba mengintai muka Namyoon yang sedang menunduk. Betul la. Dah ada air bertakung kat dalam kelopak mata dia. Byun Baekhyun ni memanglah...

"Namyoon."

Aku baru nak pegang bahu dia, Namyoon terus mencelah. "Good night aunty." Kata dia sebelum berlalu keluar dari bilik.

Aku cekak pinggang, berdiri depan Baekhyun. Riak muka tak puas hati aku tunjuk bagi jelas. Kalau dia tak perasan memang sah dia buta. Aku tahan je perasaan geram aku. Kalau tak ada Naeun, aku memang dah jerit kat depan muka dia. Dasar manusia hati kering!

"Daripada kau berdiri tercongok kat situ dengan gaya muka yang aku taknak faham, baik kau pergi masakkan aku something. Lapar ni. Dari petang tak makan."

Tak tahu kenapa tapi lepas dengan dia mengadu lapar dengan muka minta belas macam tu, kurang sikit rasa nak telan dia hidup-hidup. Muncul pula rasa simpati. "Hm. Kau nak makan apa?"

"Nasi goreng daging merah."

Pergh! Selera kemain. Tak agak betul! Request menu yang perlu buat aku selak buku resipi. Yang senang-senang taknak ke? "Nasi goreng kampung boleh?"

Dia menggeleng laju. "Nasi goreng daging merah. Telur mata separuh masak. Teh tarik ikat tepi. Eh jap! Takyah ikat tepi la. Nak minum kat rumah je pun. Bukan beli kedai. Lepas tu hmmm... dessert aku nak puding karamel."

"Wei!" Spontan aku menjerit. Perasan bahu Naeun terhenjut kuat, aku gigit hujung lidah. Sumpah! Aku tak sengaja nak terkejutkan Naeun. "I mean err... banyaknya...?"

"Kalau aku lapar selera aku memang tinggi. Take note."

Aku paksa bibir untuk senyum kat Baekhyun bila Naeun masih pandang aku dengan mata tak berkelip. "Masalahnya, antara empat menu yang kau request, aku tahu buat satu je. Telur mata separuh masak." Aku biar suara aku keluar dicelah gigi yang diketap kuat. Bersungguh aku kawal suara aku dari meletop macam tadi.

"Kau hidup zaman neolitik ke? Google kan ada?"

Senangnya dia cakap. "Bahan-bahan ada tak?"

"Dua hari lepas sebelum cuti, Soyeon ahjumma ada restock barang dapur. Pergi tengok ada ke tak. Masak simple je sudah. Asalkan boleh makan . Jangan risau aku tak cerewet."

Tak cerewet apa sampai empat menu dia nak! Mengada betul! Aku panah dia satu jelingan maha tajam. Dia buat-buat tak nampak lepas tu pandang arah lain sambil kulum senyum.

"Aunty nak masak ke? Naeun boleh tolong."

Naeun yang mencelah, memotong renungan tajam aku pada Baekhyun. Fokus aku beralih ke arah budak kecil yang berada di atas riba si samchon. "Err... Naeun nak tolong aunty masak? Rajinnya dia. Terima kasih."

Berubah terus nada suara aku bila berkomunikasi dengan Naeun. Sisa air mata yang berada ditubir matanya aku kesat dengan ibu jari. Muka sembab Naeun aku gosok lembut. Teruk betul pakcik dia. Buli anak sedara sampai menangis tersedu-sedu budak ni. Dengan Naeun boleh la. Cuba dengan Nari atau Namyoon, belum tentu diorang nak layan. Huh!

"Daripada kau sumpah seranah aku kat dalam hati, baik kau pergi masak sekarang."

Eh! Mana dia tahu aku menyumpah dia? Pakai saka ke apa mamat ni? Ada kuasa baca minda orang ke?

"Ya, memang aku bela saka. Kalau kau lambat bagi aku makan kejap lagi mengamuklah saka tu."

"Sewel!" Itu yang aku sergah sebelum berpaling dan berjalan keluar dari bilik. Seram gila! Aku berkahwin dengan orang syirik ke?

"Daging tu goreng bagi garing tau!"

Berdesing je telinga aku lepas dengar penambahan request dia tu. Malas nak jawab. Aku menonong turun tangga. Mengada betul! Fikir aku chef ke yang tahu masak semua tu?

"Aunty, tunggu. Naeun boleh tolong potong bawang!"

*****

#Ya, tahu hambar. Sorry 😌😌

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now