🔧Bab 54 : I Am Dead Meat!🎂

358 46 16
                                    

Baekhyun

BILA pastikan Naeun betul-betul sudah nyenyak diulit mimpi dengan kadar yang perlahan aku tarik tangan kiri yang berada dibawah leher dia. Betulkan posisi baring untuk buat dia selesa, aku bergerak bangun dari katil. Dengan berhati-hati aku jaga pergerakan supaya tak terlalu kasar. Risau jugak kalau dia terjaga.

Comforter tebal bercorak adik beradik kartun disney dari cerita Frozen yang sudah separuh ke bawah, aku tarik sehingga menutup bahu Naeun. Tangan aku bergerak menggosok kepala dia sebelum aku tunduk melabuhkan ciuman pada dahi Naeun. Selesai aktiviti wajib setiap malam sebelum tidur dengan mendodoi anak buah bongsu, aku menapak untuk keluar dari bilik. Sebelum keluar dan tutup pintu, aku petik suis untuk matikan lampu.

Disebabkan aunty Soyeon dan suaminya uncle Kimtan cuti selama tiga hari, jadi aku perlu turun ke bawah untuk periksa keadaan rumah. Bukan apa, mana tahu kalau-kalau ada pintu atau tingkap yang masih belum ditutup. Walaupun rumah ni besar, sejak dari appa ada lagi memang dia tak ambil pembantu rumah ramai-ramai. Cukup tiga orang saja. Sorang bahagian kerja rumah, iaitu aunty Soyeon, sorang bahagian pemandu dan kadang-kadang bahagian uruskan luar kawasan rumah, uncle Kimtan dan lagi sorang pengasuh aku dan hyung. Tapi pengasuh tu dah lama berhenti kerja. Sejak aku sekolah rendah lagi. Katanya sakit. Tapi aku tak pasti sakit apa. Sekarang walaupun appa sudah tak ada, pasangan suami isteri yang punya angka umur melepasi separuh abad itu masih setia dengan keluarga Byun. Kalau dulu mereka menjaga aku dan hyung, kini mereka menjaga anak-anak hyung pula.

Masa aku melintasi bilik Nari, kaki aku terhenti betul-betul depan pintu bilik dia. Dan sekarang aku sedang berbolak balik samada mahu masuk ke dalam menjenguk atau pun tidak. Selama ni aku biasa masuk bilik Naeun je. Namyoon dan Nari aunty Soyeon yang akan jenguk. Tak pun kalau ada Hyuna, dialah yang akan masuk setiap bilik mereka untuk memastikan budak-budak tu dah tidur atau belum.

Ni macam mana ni? Nak ketuk atau tak? Nak masuk atau tak?

Tiba-tiba aku teringat hal petang tadi. Masa on the way balik rumah siang tadi, dia cuma diam aje. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Aku tanya dua patah, dia jawab sepatah. Memanglah ada improvement jenis respond dia dekat aku. Sebelum-sebelum ni dia buat bedek je kalau aku tanya apa-apa. Tapi tadi boleh dikira okeylah. Aku tanya nak makan apa pun dia jawab tanpa perlu ditanya banyak kali.

Dia request nak makan McD. Jadi balik dari sekolah tadi, aku terus drive thru je sebab dia taknak dine in. Nak balik rumah terus katanya. Sampai je rumah, waktu dinner pun aku tak perlu nak hantar Naeun suruh panggil dia kat bilik macam selalu. Dia sendiri turun dan paling memberangsangkan perubahan yang ditunjuk, tanpa aku suruh dia siapkan meja dan hidang makanan yang aku order dekat grab food untuk kitorang semua. Siap susun pinggan untuk aku, Namyoon dan Naeun. Paling tarkujat bila aku nampak ada air laici dalam jag besar. Pandai jugak anak buah aku tu buat kerja dapur. Dan aku jadi terfikir, adakah hubungan aku dan dia bakal tak dingin lagi seperti sebelum ni? Harap-harap iya la...

Sedang aku befikir akan dimana wajarnya kalau aku mengetuk pintu bilik Nari, aku dipanggil dari belakang. Dan yang menegur itu adalah tuan bilik dimana aku sedang berdiri menghadap sekarang.

"Samchon cari Nari ke?"

Mendengar soalan itu, aku berpusing ke belakang. "Ha-hai..." Tegur aku dengan teragak-agak. "Dari mana? Kenapa belum tidur?"

"Dari bilik Yoon. Dia minta tolong ajarkan homework."

"Oooohh.." Panjang betul 'oh' aku.

"Samchon cari Nari?" Dia tanya lagi soalan sama buat kali kedua.

Jadi tak betah, ditambah pula malas nak cari alasan lain jadi aku terus bagi jawapan tak berselindung. "Samchon saja je nak jenguk kamu dah tidur atau belum."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now