🔧Bab 13🎂

808 122 31
                                    

Baekhyun


"COKE!"

"Sprite!"

"Dutch Lady coklat!"

"Pfff!!!" Ketawa pecah kat ruang tamu rumah merangkap bengkel aku lepas dengar order dari Kyungsoo.

Aku pergi dapur buka peti sejuk. Empat jenis air ikut permintaan aku keluarkan.

Masuk ruang tamu, aku duduk sebelah Jongdae. Sprite aku hulur kat dia sebelum aku campak coke dekat Chanyeol yang duduk bertentangan dengan aku.

"Yang amat berhormat Profesor Madiya Dr. Do Kyungsoo. Nah susu kau."

"Thank you." Balingan air kotak susu Dutchlady perisa coklat aku yang padu berjaya disambut cantik oleh Kyungsoo.

Hari ni hari minggu. Kitorang tak rasa nak lepak dekat luar atas dua sebab.

Satu. Chanyeol tak hilang penat lagi. Flight dia dari Amsterdam baru touchdown subuh tadi. Bila masa dia sampai sini pun tak tahu lah. Aku buka mata je dia dah tidur kat sebelah. Katanya malas nak balik rumah sebab parents dia tak ada. Pergi Macao melawat kawan lama.

Dua. Kyungsoo tengah quarantinekan diri dia dari sebarang aktiviti sosial untuk dua minggu ni. Perlu siapkan first draft thesis. Nak kena present tiga minggu dari sekarang. Budak ni kalau pasal hal study jangan harap dia nak bagi muka kat kitorang. Ajak keluar makan pun haram nak join. Dulu kalau time final exam memang dia takkan muncul depan kitorang. Rindu nak tengok muka, kitorang kena pergi rumah dia. Cari dia. Tinggi betul daulat si Kyungsoo tu. Heh!

Oh, ya. Dia boleh ada dengan kitorang sekarang ni pun boleh dikira sebagai keajaiban dunia. Teramat menyampah dengan adik perempuan dia yang bawak kawan-kawan kelas lepak kat rumah diorang untuk layan DVD konsert EXO adalah penyebab utama kenapa dia datang sini.

Antara kitorang berempat, dia sorang je yang taknak berhenti study lagi. Pulun nak sambung sampai pegang PHD. Nak ikut jejak mendiang atuk dia untuk jadi pensyarah. Sekarang Kyungsoo tengah ambik PHD. Dah masuk tahun kedua. Kalau tak ada aral melintang tahun depan dia akan bergelar pensyarah. Dan gelaran dia dekat universiti tempat dia mengajar nanti adalah Dr Do. Sebab tu aku dengan yang lain dah praktik panggil dia dengan gelaran tu. Walaupun dia menyampah!

Aku dengan Jongdae lepas pegang degree memang tak berniat nak sambung study dah. Aku terus buat bisnes. Jongdae pilih untuk tolong omma dia yang juga berniaga. Keluarga dia jalankan perniagaan menjual pelbagai jenis tofu. Siap ada bengkel proses tofu lagi kat belakang kedai. Walaupun tak besar mana, tapi bisnes diorang boleh dikatakan maju. Dia anak tunggal. Ada omma je. Appa dah lama meninggal. Kalau dia tak warisi perniagaan keluarga dia tu siapa lagi kan?

Demi cinta yang menggunung untuk omma, dia sanggup simpan rapi sijil Ijazah kejuruteraan Automotif dia kat dalam kotak atas almari. Aku dengan Jongdae belajar kos yang sama di universiti dulu. Kitorang berdua je tak pernah berpisah. Dari zaman sekolah sampailah sekarang. Asyik melekat. Sampai naik menyampah tengok muka kau-aku. Hari-hari kot aku ke hadap muka dia. Dan dia pun kena hadap muka aku. Dia jaga kedai sampai pukul 3 petang. Lepas tu dia akan datang lepak dekat bengkel aku sampai ke malam. Kadang-kadang tu dia tolong aku kat sini.

Chanyeol pulak dia tak sambung study dekat universiti macam aku-Jongdae-Kyungsoo. Habis sekolah dia terus apply masuk akademi penerbangan kat Uljin Flights Academy. Dua tahun dia belajar kat sana sebelum dia bergelar juruterbang. Lepas tu dia terus jalani proses untuk dapatkan lesen CPL (Commercial Pilot License).

Dan dia berjaya pegang lesen tu. Sekarang ni mamat pilot sorang ni tengah gigih kejar nak pegang Airline Transport Pilot License (ATPL). Untuk pegang lesen tu dia kena lengkapkan waktu penerbangan dia sebanyak 1500 jam juga kena hadap enam jenis kertas peperiksaan. Tinggi betul semangat dia. Kalau dia lepas semua ujian tu maka Park Chanyeol kitorang ni layak jadi 'First Officer' atau pegawai pertama dalam sesebuah penerbangan.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now