🔧Bab 1🎂

3.9K 226 54
                                    


Baekhyun

Aku Byun Baekhyun. Dua puluh empat tahun. Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Kejuruteraan Automotif. Dah dua tahun aku habis belajar. Dah dua tahun jugak aku uruskan bengkel kereta kepunyaan aku sendiri.

Aku anak kedua dari dua orang adik beradik. Yang sulung nama dia si tua Byun Changwook. Kenapa aku letak gelaran si tua kat depan nama dia? Sebab memang dia dah tua pun. Jarak umur antara aku dan dia sepuluh tahun kot. Tak tua ke macam tu? Heh!

Tapi setua-tua dia pun, dia memang kacak. Tahap kacak dia memang tak kena langsung dengan umur dia yang tiga puluh empat tu. Kadang-kadang aku dengki jugak dengan kelebihan yang hyung aku ada.

Satu. Kacak. Aku dah cakap tadi kan yang hyung aku tu kacak. Dia kacak banyak dari aku yang memang kacak ni. Umur dia tua tapi muka dia muda. Muda gila. Susah orang nak percaya yang dia tu dah ada tiga orang anak.

Dua. Tinggi. 180 cm kot. Memang kena betul ciri-ciri lelaki idaman. Aku ni 174 cm je pun. Beza betul aku dengan dia. Kadang-kadang tu malas aku nak berdiri dekat dengan dia. Dan dia selalu ejek aku pendek. Tak guna!

Tiga. Bijak. Dia memang ada otak yang bergeliga gila. Bayangkanlah setiap semester dekat universiti dulu dia boleh skor 4 flat secara tetap. Tak pernah kurang. Dia punya genius tu memang sama tahap dengan si budak skema Kyungsoo tu. Diorang memang boleh jadi kawan. Aku yang agak bijak ni pun kalau study sampai nak tercabut nyawa pun paling tinggi aku boleh pegang 3.78 sahaja. Itupun bersyukur sangat lah sebab aku grad dengan anugerah dekan.

Empat. Berani. Ini aku memang puji. Dia memang berani untuk cuba benda yang dia tak tahu. Berani untuk tanggung risiko. Dia grad dengan Jurusan Perubatan. Tapi lepas appa aku meninggal sebab terkena serangan jantung secara mengejut, dia yang yang masa tu memang kosong dengan ilmu perniagaan, dengan rela hatinya jadi pewaris kepada mendiang appa. Syarikat gah keluarga Byun dia yang uruskan sekarang ni. Kalau aku... memang tak ah. Aku tak minat langsung dengan syarikat keluarga aku sendiri. Aku lagi suka apa yang aku buat sekarang.

Bengkel kereta kesayangan. Walaupun tak besar mana, tapi aku bangga dengan titik peluh aku sendiri dan jugak tiga orang sahabat aku. Sahabat yang yang sentiasa sokong aku dari kiri-kanan-depan-belakang. Aku nak bukak bengkel ni pun, diorang tolong bantu aku dengan hulurkan duit simpanan diorang. Hyung aku ada hulurkan duit, tapi aku tolak. Sebabnya, aku nak buktikan yang aku boleh berjaya uruskan perniagaan aku sendiri tanpa ada kaitan langsung dengan segala benda yang berkait rapat dengan perkataan 'Byun'. Walaupun nama depan aku Byun. Itu memang aku tak boleh elak.

Tak! Aku tak bergaduh dengan hyung aku. Aku tak bermusuh dengan keluarga aku sendiri. Tapi, aku kan Byun Baekhyun. Aku suka berdikari. Kalau aku nak buat satu perkara, aku akan buat sendiri dari kepala sampailah ke ekor. Dari permulaan sampai ke penghujung. Tanpa pengaruh dari nama 'Byun'. Tapi sekuat mana pun aku menolak, tiap-tiap bulan sejumlah duit yang besar dimasukkan ke dalam akaun aku. Si tua Byun Changwook tu la punya kerja. Aku dah larang, aku dah puas tolak tapi dia tetap degil. Lantak dia ah kalau dia masukkan aku duit pun. Aku bukannya guna pun. Biar je berkepuk kat dalam bank tu.

Lima. Degil. Dia punya tahap degil memang tebal dari aku. Aku sebenarnya tak pernah pun tengok muka omma aku secara live. Aku dapat tengok gambar je. Mana sempat nak tengok kalau dah omma aku meninggal masa lahirkan aku. Kadang-kadang kan aku rasa diri aku kejam gila. Rasa macam aku yang bunuh omma sendiri pun ada. Mungkin sebab tu ah mendiang appa aku macam tak berapa nak ngam dengan aku. Dari kecil sampai dia meninggal empat belas tahun lepas, hubungan aku dengan appa tak berapa nak masuk. Ada je benda yang aku buat, dia tak suka. Ada benda yang dia buat, aku tak suka.

Hyung cakap appa sayang aku giler! Tapi kenapa aku tak dapat rasa pun sayang tu? Aku rasa macam aku dipinggirkan lagi ada la. Dengan hyung, dia boleh bergurau senda. Tapi dengan aku, dia macam ada batas. Mana pernah dia bergurau dengan aku. Ya, memang segala kebajikan aku dia tanggung. Duit poket aku tak pernah tak cukup. Keperluan dan kemahuan aku sentiasa dia penuhkan. Tapi untuk aku dan dia duduk berdua, menghadap muka kau-aku dan ketawa meriah, memang tak pernah. Yang hairannya, dia pergi dengan tinggalkan harta untuk aku dan hyung sama rata. Tak lebih dan tak kurang. Apa yang hyung dapat, itu yang aku dapat. Pelik gila!

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now