🔧Bab 52: A Big Warm Hug🎂

512 42 14
                                    

*Warning! Hanbin-Eunha-Miang mode :ON!

***

Hyuna

AKU tepuk dahi tengok Hanbin dan Eunha sudah tersadai di atas lantai yang beralas tikar mengkuang. "Dah cakap tadi jangan minum soju banyak sangat. Kan dah mabuk."

Aku mengomel sendiri sebenarnya tapi tak sangka orang kat sebelah ni boleh dengar. Sebab tu dia mencelah tiba-tiba. "Biarlah diorang... Dah nama pun party kan."

Aku mencebik. "Memanglah party. Tapi tengoklah... sorang terlentang tak sedar apa. Yang lagi sorang entah apa dimerapukan pun tak tahulah." Mata tak lepas merenung Hanbin yang sudah blackout tak sedarkan diri manakala Eunha yang meletakkan kepala diatas perut Hanbin sambil mata tak lekang merenung lelaki itu. Jari dia pun tak tinggal diam. Dikuis-kuis hidung dan bibir Hanbin silih berganti. "Aku tak nampak kau minum pun...?"

"I don't drink." Jawab dia. "Aku tak nampak kau minum jugak pun..."

"Samalah. I don't drink."

Dia angguk kepala dua kali sebelum bertanya lagi. "Kau selalu ke lepak kat luar ni?"

Soalan dia menarik fokus aku dari pasangan kekasih yang jarang tak bergaduh tapi masih bertahan sampai sekarang disebabkan cinta mereka kuat itu ke muka orang di sebelah. "Kalau lepak minum-minum macam ni dengan diorang, paling kurang seminggu sekali. Jumaat malam. Selalu aku keluar sini untuk jemur baju, berkebun atau release stress tengok langit."

"Oh... Ini memang asal rumah parents kau atau kau sewa je?"

"Rumah parents. Lepas appa berpindah dari Busan ke sini dan kahwin dengan eomma lepas tu buka bisnes pula, dia belilah seluruh rumah kedai empat tingkat ni."

Dia mengangguk lepas dengar cerita aku. "So, this whole building kau punya?"

"Dulu. Tapi sekarang rooftop dengan bakery kat bawah tu je yang aku punya. Tingkat dua dengan tiga dah tolak dekat pembeli."

"Sebab apa?" Suara dia menunjukkan yang dia agak terkejut dengan kenyataan aku.

"Aku jual sebab nak bayar hutang dekat dragon."

"Ohh..." Kali ni dia tak tanya balik. Respons pendek aje yang aku dapat dari dia.

Suasana jadi sepi tiba-tiba. Aku mahupun dia tak keluarkan apa-apa bunyi. Aku angkat muka, bawa mata mendongak ke atas, menghadap dada langit yang disinari dengan cahaya bintang. Lahaii... keindahan dunia apa lagi yang aku nak dustakan. Sudahlah langit nampak cantik. Angin pula tak berhenti meniup sejak tadi. Walaupun rasa sejuk tu sampai ke tulang, aku tahankan saja demi menikmati indahnya ciptaan tuhan.

"Tak sejuk ke?"

Baekhyun yang bertanya itu buatkan aku menoleh ke arah dia. Eh, dia ni boleh baca minda orang ke? "Sejuklah jugak."

"Taknak masuk lagi?"

"Nak, tapi...." Ayat sengaja aku biar tergantung dulu. Mata aku melirik ke arah Hanbin dan Eunha. "...dua ketul tu caner?"

Dia senyum sikit. "Benda ni biasa jadi tak?"

Soalan dia tak kelakar pun tapi aku masih nak gelak. "Biasa sangat."

"Sebelum ni kalau jadi macam ni...diorang balik rumah atau stay sini?"

"Selalunya Hanbin je yang blackout. Kitorang akan seret dia pergi tidur dalam bilik tamu. Tapi malam ni aku terkejut jugaklah tengok Eunha punya minum tu macam nak lawan pakwe dia pulak. Sekarang dua-dua dah tak sedar diri, so aku tak tahu nak settle macam mana."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now