🔧Bab 18🎂

723 126 14
                                    

Baekhyun

AKU dah agak! Memang ada benda yang tak kena. Betul aku teka. Kyungsoo-Chanyeol-Jongdae dah diguna-gunakan. Kawan-kawan aku dah kena pukau dengan dua orang perempuan yang tak diketahui asal usul keturunan. Entah dari pulusuk dunia mana tiba-tiba muncul depan aku. Tak cukup muncul sekali masa malam wedding Seulmi si mulut puaka, diorang boleh buat kemunculan kedua di workshop aku. Berkenalan dengan kawan-kawan aku tak sampai satu jam boleh pulak berjaya mencairkan hati keras si tapir-tapir tu sampai jadi lembut then... tadaaa!!!

Here we are!

Berdiri di tengah-tengah kawasan deretan bangunan yang agak lengang. Dari tadi aku perhati tak sampai sepuluh orang pun lalu lalang dekat sini. Mungkin sebab kawasan ni agak terpencil dari laluan utama jalan besar atau mungkin hari ni hari minggu dan banyak kedai tak beroperasi.

"Yun. Ni ke bakery awak?"

Soalan Jongdae menarik perhatian aku dari meneruskan aktiviti pembancian sebuah kedai yang bertutup dengan pintu besi depan kitorang. Baru aku sedar yang aku tengah berdiri di depan sebuah bakery. Tapi kenapa tak ada rupa macam kedai kek pun? Pintu besi tu lusuh semacam. Signboard pun tak ada. Biasanya kedai kek bukan patut cantik, sweet dan ceria ke? Ini nampak suram macam ermm... kedai jual keranda. Hah, lebih kurang sama!

Aku mula cantumkan dua perkara dalam kepala. Keadaan rupa bakery yang tak mengujakan dengan pengakuan dia pasal pesanan pelanggang terhadap kek dan cupcakes kononnya sangat banyak sampai dia boleh tergamak suruh aku repair baby dia dalam satu hari. Macam tak logik langsung!

"Yup. Guys... kenalkan inilah bakery kesayangan saya. Tadaaaaa..." Dia bersorak riang sambil tepuk tangan lepas kenalkan bakery dia kepada kitorang berempat. Riak seronok berbaur bangga jelas pada muka dia.

"Y-yehhhh...?"

Aku toleh ke arah Chanyeol dan Jongdae yang dah bertepuk tangan dengan riak muka nak tak nak je. Nampak sangat diorang setuju dengan cara aku berfikir pasal bakery tebuan kunyit ni yang langsung tak mengujakan.

"Wahhhhh..." Tak lama lepas tu tepukan gemuruh dari Kyungsoo pulak. Dari muka Chanyeol, aku halakan mata ke muka Kyungsoo. Mamat skema tu punya senyum sangat manis seraya bertepuk dengan bersungguh. Laju kemain gaya tepuk tu macam pernah pasang turbo dekat tangan je. Tsk! Serius aku menyampah tengok Kyungsoo macam tu! Sebab dengan kitorang jarangnya dia nak senyum teruja macam tu. Selalu muka menyampah je kitorang dapat dari dia. Tak fair betul!

"Kau ni Yun! Nak kenalkan bakery kesayangan pun biarlah dengan rupa yang sempurna. Naikkan dulu pintu besi tu." Suara Eunha datang dari belakang.

Tadi lepas sampai saja, dia kalut-kalut turun dari kereta dan hilangkan diri entah ke mana. Aku syak mungkin dia pergi berak kot. Sebab tadi kan Kyungsoo haramkan kitorang berhenti R&R. Dia tahan lama sangat agaknya. Tapi berak apa sekejap sangat. Dia hilang tak sampai lima minit. Selalu proses buang air besar kan ambil masa- Yah, otak Baekhyun! Apehal aku boleh pergi fikir pasal Eunha berak ke tak? Lantak dia lah! Kau nak kesah kenapa?

"Oh, aku lupa. Over-excited sangat. Eheee... Kejap!" Dia menyengih menampakkan barisan gigi putih yang tersusun cantik sebelum bergerak mendapatkan pintu besi.

Cop! Cop!

Aku cakap gigi dia yang cantik bukan muka dia. Jadi, jangan nak salah faham. Bagi aku, muka dia biasa-biasa saja. Sungguh la!

Aku masih perhati gelagat dia. Dia seluk slingbag yang tersilang pada bahu untuk keluarkan gugusan kunci. Jangan tanya aku berapa jumlah kunci dalam satu ring tu sebab aku tak berminat nak mengira pun.

Dan sekali lagi, perbuatan Kyungsoo buat aku menyampah lagi dengan perangai luar biasa dia. Tanpa disuruh, dia cepat-cepat bertindak pergi tolong cik tebuan dan cik kawan tebuan buka pintu bakery.

Ceit! Kyungsoo tak guna!

Kalau dengan aku jangan harap nak baik macam tu. Ni yang buat aku nak ungkit kes semalam ni. Aku yang berada kat dalam lubang lantai bawah kereta tengah periksa enjin, ada mintak tolong dia hulurkan aku spanar. Tahu dia boleh jawap apa?

"Kaki tangan kau bukan kudung. Jadi sila ambik sendiri!"

Sumpah! Aku tak tipu. Memang itulah ayat yang dia tembak aku. Padahal jarak dia dengan tools stand tak sampai dua kaki saja kalau nak dibandingkan aku yang berada kat dalam lubang dalam tanah tu.

Dengan kawan sendiri bukan main kejam tapi dengan orang luar... baik nak mampus. Tak adil betul!

Krekkk!!!

Imbasan semula pasal kekejaman Kyungsoo terhadap aku hilang bila telinga aku disapa satu bunyi. Mata aku kini jatuh pada bakery yang dah tak dilindung dengan pintu besi. Aku terkedu secara automatik.

Mata terbeliak.

Mulut ternganga.

Rahang jatuh.

Apa yang aku nampak depan mata aku memang sangat mengejutkan.

"Walaweyhh!!!" Jongdae dan Chanyeol bergabung suara. Suara yang berbaur dengan perasaan kagum.

"Fulamakkk!" Kyungsoo punya reaksi pun boleh tahan. "Lawanya bakery diaaaa."

"Thank you. Jemput masuk." Keceriaan muka dia jadi berganda bila dapat pujian positif dari kawan-kawan pembelot aku.

Tapi sebenarnya aku dalam diam setuju dengan pujian diorang tu. Kedai suram yang aku syak kedai keranda depan aku sekarang ni dah berubah seratus peratus dari yang awal tadi. Dah nampak rupa sebuah bakery pun. Signboard yang memang sengaja diletak di bahagian dalam pintu besi dimana digantungkan atas pintu kaca, aku baca sekilas.

SweetUnicorn Bakery & Pastry

Tsk! Sweet tu aku boleh terima tapi Unicorn tu membawa maksud kejadahan apanya? Apa kena mengena kuda warna putih yang bertanduk satu atas dahi dengan kedai kek? Tak berkait langsung. Ah! Lantak. Malas aku nak kesah.

Jongdae dan Chanyeol dah meluru masuk ke dalam dengan lagak serupa rusa masuk kampung. Terkinja-kinja depan cake display freezer yang memaparkan pelbagai jenis kek yang berlainan bentuk, warna dan perisa. Tanpa amaran, kaki aku tiba-tiba melangkah laju masuk ke dalam untuk menyertai mereka. Lidah aku dah mula mengecur dengan air liur. Hidangan dan paparan kat dalam sana, buat aku jadi tak sabar nak melahap.

Fokus aku pada kek, buatkan aku jadi tak perasan pada kehadiran Kyungsoo di sebelah. Sedar-sedar saja perut aku dah disiku. Tapi tak kuat pun la. Mungkin Kyungsoo hanya sekadar nak mengejek dan jugak menasihatkan aku sebab tulah dia tembak satu peribahasa yang berjaya buat aku makan dalam.

Deep! Sumpah deep!

"Don't judge a book by its cover. Kau ingat aku tak perasan ke riak jenis menghina kat muka kau tadi tu?"

Habis saja bebelkan aku, dia blah cepat-cepat masuk ke dalam. Haih! Mamat skema tu pernah menurun jadi bomoh ke apa? Tahu saja dia apa dalam kepala hotak aku!

Tsk!

*****

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt