🔧Bab 2🎂

1.5K 164 23
                                    

Baekhyun

DAH aku agak. Benda ni akan membosankan! Dah aku cakap. Dah aku bantah bersungguh pun. Aku taknak datang! Tapi si tua Changwook tu tetap jugak heret aku datang sini. Datang ke majlis kahwin orang yang aku benci. Fikir ini heaven giler ke hah?

Hyung ni pun satu. Dah makan kenyang tu, balik je lah. Nak tunggu bersembang dengan pakcik-pakcik korporat memang tak habis sampai esok. Menyampah gila aku tengok Seulmi yang tengah bergambar dengan pelbagai jenis aksi gedik. Yah, mulut puaka! Kau senyum macam mana pun, tetap aku tak jumpa seri pengantin kat muka kau. Suram dan kusam je yang ketara nampak. Heh!

Padan muka minah hidung kemek tu. Aku datang tak bawak hadiah pun. Muahahahah! Mesti dia sakit hati giler. Chanyeol dengan Jongdae pun datang bawak perut semata. Wallet dengan smartphone diorang tinggal dalam kereta.

Pemalas teruk!

Cuma Kyungsoo je yang terlebih rajin. Budak sorang tu memang tak boleh nak buat apa dah. Berubat lah sampai ke hujung dunia pun, dia dengan buku memang tak dapat dipisahkan. Bayangkanlah, datang majlis kahwin pun boleh kelek dia punya buku Anatomi Fisiologi kesayangan. Nak kekal skema sampai ke penghujung nyawa ke apa dia tu?

"Aku cop hitam!" Aku dengar Chanyeol menjerit dari belakang. Malas nak toleh. Lagipun dia mesti tengah bergerak balik ke meja ni jugak.

"No way! Kau ambek putih ah." Bukan tu suara Jongdae ke? Dah kenapa berebut warna pulak dua ekor tapir tu?

"Apa pulak!? Aku yang gigih pujuk budak tu bagi kita pinjam benda alah ni."

"Tapi aku yang nampak dulu budak tu pegang benda alah ni."

"Ah! I don't care! Aku nak hitam! Nak hitam! Nak hitam jugak!"

"Tak boleh! Tak boleh! Tak boleh!"

Haih! Makin menjadi pulak diorang ni. Dah ah suara masing-masing kuat macam guruh. Tak boleh dibawak pergi majlis apa-apa lagi lepas ni. Buat malu je.

"Yah! Apehal yang bising sangat? Korang tak malu ke? Apa yang hitam? Apa putih?" Aku siku perut Chanyeol yang dah berdiri kat sebelah aku.

"Si bongok Jongdae tu ah. Nak jugak berebut dengan aku. Padahal dia patut berterima kasih dekat aku sebab aku dah jumpa benda yang boleh hilangkan bosan dia kat dalam dewan puaka ni."

"Kau ah bongok!" Sempat jugak si Jongdae bidas balik.

"Benda apa?"

"Ni."

Ternganga dua inci aku dengan benda yang Chanyeol campak atas meja. Benda yang jadi penyebab kepada pergaduhan tak matang antara dua lelaki yang jugak belum matang tu.

"Uh? Korang bergaduh pasal benda bodoh ni? Seriously?" Memang tak matang! Umur saja dua puluh empat. Tapi perangai kalah budak empat tahun. Anak sedara aku si Naeun tu pun takde macam ni punya perangai.

"Tak rasional dan profesional langsung. Pasal magnet chess set pun nak gaduh. Nak sakit hati bagai." Mata aku jatuh pada catur magnet yang entah dari mana Chanyeol songlap tu.

"Dah berapa kali aku cakap yang sakit hati ni boleh bagi masalah kat jantung?" Kyungsoo kat sebelah aku akhirnya angkat muka dari helaian buku tebal kat tangan dia. Normal lagi rupanya kawan aku sorang ni. Sambil betulkan kedudukan cermin mata pada hidung, dia bertanya. "Nak aku repeat teori pasal tu lagi tak?"

"No, thanks!" Sepantas kilat dua ekor tapir tu bergabung suara, menjerit kuat. Tegah Kyungsoo dari keluarkan aura pensyarah penuh dedikasi dia yang terkenal kat seluruh universiti tempat dia mengajar.

"Tak! Aku nak repeat jugak. Sebab korang macam tak faham-faham apa yang aku pernah cakap kat korang."

"Kyungsoo-ah!"

"Andwaeee!!!

Usaha diorang nampaknya sia-sia. Kyungsoo tetap dengan keputusan dia. Keputusan nak sekolahkan budak berdua tu pasal teori saintifik yang dia belajar selama ni. Sekali dengan aku kena tempias. Budak skema ni kan, semua benda dia nak kaitkan dengan alam sains dia. Urgh!

"Sakit hati terjadi akibat tindak balas otak atau sel-sel tubuh terhadap gangguan emosional yang berlaku. Bila somenone tu rasa kehendak dia ditolak atau dibantah, terjadilah perubahan tekanan aliran darah yang disebut Cingulate Anterior Cortex. Bila tekanan aliran darah berubah, fizikal kita akan rasa sakit macam kena cubit. Dan lepastu, akan berlakunya Corticotropin Hormone sebagai tindak balas tekanan yang yang melampau. Dan lepastu, arteri jantung kita akan menebal atau bengkak sehingga menyebabkan gangguan pada jantung. Dan lepastu..."

"Dan lepastu Byun Baekhyun yang kacak pun mintak diri pergi ambik angin kat luar. Terima kasih." Aku mencelah dengan muka takde perasaan. Telinga aku dah rasa tebal berinci-inci. Aku mula menapak tinggalkan Chanyeol dan Jongdae menghadap Kyungsoo dengan muka masing-masing dah macam nak menangis pilu.

Padan muka! Siapa suruh cari pasal. Tak pepasal kena 'masuk sekolah' balik. Chess tu boleh pulangkan balik dah kot. Dah tak ada peluang diorang nak main. Yuhuuu!

"Baekhyun!"

Haih! Ni yang malas giler ni. Tak boleh ke si tua tu biar aku cari kebahagiaan aku sekejap? Tak habis-habis nak panggil aku untuk berkenalan dengan kawan-kawan seperjuangan dalam dunia perniagaan dia.

"Baekhyun!"

Tak dengar! Tak nak dengar! Tak payah dengar! Mana pintu? Mana?

Aku buat pusingan kat tengah-tengah dewan bila banyak sangat pintu yang aku nampak. Sampai tak tahu mana satu nak pilih. Lepas buat analisis selama lima saat, akhirnya aku pilih untuk keluar ikut pintu nombor lapan. Aku buat pecutan seratus meter bila suara hyung makin dekat dengan telinga aku.

Sebaik saja kaki aku melangkah keluar dewan, aku rasa macam dada aku lapang. Lapang giler! Jiwa aku yang serabut tadi dah mula tenang. Aku rasa bebas. Rasa bahagia. Ada juga rasa macam nak menyanyi lagu Frozen - Let It Go sambil pusing-pusing bekukan pokok-pokok kat sini.

Eh tak! Kalau aku jadi Elsa, orang pertama yang aku nak bekukan adalah Seulmi. Lepas tu, aku bekukan satu dewan kecuali hyung-Chanyeol-Jongdae-Kyungsoo. Takkan lah aku nak bekukan orang kesayangan aku kan? Mana sanggup!

Kadar pergerakan kaki aku, aku perlahankan bila aku dah pastikan yang diri aku berjaya disembunyikan dari hyung. Aku sekarang berada di belakang dewan mungkin. Sebab kat belakang ni kosong dan sunyi. Tak ada satu kereta mahu pun manusia kat sini.

Sumpah heaven!

Tapi tempoh 'heaven' aku tak lama bila aku dengar derapan kaki orang berlari dari belakang aku. Aku toleh belakang. Aku nampak ada sorang perempuan yang tengah berlari kencang sambil pegang kotak apa entah kat tangan ke arah aku.

"Tepi! Ke tepi! Bagi laluan!" Dia yang berada di jarak lebih kurang dua puluh lima langkah dari tempat aku berdiri menjerit kuat.

Dia menjerit kat siapa? Aku ke? Aku ke yang nak kena ke tepi? Aku ke yang kena bagi laluan?

"Tepiii!!! Omo!"

Bum! Debabumm!!!

Tak! Bukan.

Kalau ada yang fikir bunyi ni datangnya dari perlanggar dia dengan aku, memang salah. Dia tak langgar aku. Sepatutnya peratus dia nak langgar aku tu tinggi tapi tak jadi. Tak sempat pun. Mananya nak sempat langgar kalau dia dulu dah jatuh menyembam ke tanah dua meter depan aku. Haih! Siapa la yang pergi letak dahan kering kat tengah-tengah laluan macam ni? Tak pepasal ada yang teraniaya.

Aku selesakan tekak dulu sebelum teragak-agak buka mulut. "Err... miss. Are you okay?"

"Tak okayyyy!!! Kan aku dah suruh ke tepi tadiiii!!!?? Kenapa kau tak bagi laluan, haaahhhhh!???"

Gulp! Suara macam orang kena histeria dari manusia yang rambut dia dah macam hantu tengah menyembam kat tanah depan aku sekarang ni, betul-betul buatkan aku hampir nak mati kejung. Bulu roma aku mula terpacak. Perasaan aku dah lain macam. Jangan-jangan dia ni... "Err... tumpang tanya. Kau ni manusia ke... hantu?"

"Aaaaaarghhhhhhhhhh!!!"

*****

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now