🔧Bab 5🎂

999 137 16
                                    

Hyuna

"EH, tak apa lah. Enam ratus biji pun dah cukup. Lagipun banyak lagi pencuci mulut yang ada."

"Uh-ohh?" Hampir nak tersembul keluar biji mata aku bila itu yang aku dapat sebagai balasan untuk ucapan maaf aku kat kakak yang bertugas bahagian dapur depan aku ni. "Tak apa?"

"Haah. Tak apa." Bersungguh dia yakinkan aku dengan kata-kata dia.

"Kejap. Unnie ke yang cakap phone dengan saya tadi?" Rasa susah nak percaya yang buatkan aku lontarkan soalan ni.

"Ya, saya yang buat tempahan dekat awak."

Pelik!

Serius pelik gila. Bukankah tadi dia maki hamun aku sebab lambat buat penghantaran? Tapi sekarang ni apehal dia boleh berubah jadi baik hati macam ni? Kalau cerita dekat sesiapapun selain Eunha, mesti diorang tak percaya yang perempuan depan aku ni adalah perempuan yang sama maki aku kat dalam telefon beberapa minit yang lepas.

"Okey." Aku mengangguk faham. Tarik senyum semanis mungkin sebelum aku sambung lagi. "Unnie jangan pendam. Luahkan saja. Keluarkan segala amarah unnie tu. Takpe kalau unnie nak maki saya depan-depan macam ni pun. Mungkin muka saya ni nampak polos sebab tu unnie tak sampai hati nak marah saya. Tapi kan unnie, jangan terpedaya dengan muka bajet innocent ni. Saya memang bersalah. Bukan saja setakat datang lambat malah, saya tak dapat nak lengkapkan jumlah tempahan cupcakes. Unnie tempah seribu tapi saya mampu hantar enam ratus je. Bukankah saya patut kena maki dan dapat carutan secara kesat, unnie?"

Kakak yang kemas berpakaian rasmi sebagai orang yang kendalikan bahagian dapur ni terus senyum. "Peliklah awak ni. Orang lain tak suka kena marah. Tapi awak boleh pergi mintak orang marahkan awak."

Aku gelengkan kepala. Tak setuju dengan tindakan dia. "Tak! Unnie lagi pelik." Macam orang terdesak, aku bergayut pada tangan dia. "Tolonglah unnie. Makilah saya. Carutlah depan muka saya. Saya lagi suka kena marah dari unnie cakap 'tak apa' macam tu. Tolonglah unnie. Saya memang suka kena marah. Hobi saya di masa lapang, saya suka buat orang marah kat saya. Marahlah unnie... marah lah..."

"Woi! Kau dah kenapa?" Eunha tarik tangan aku dengan kuat, pisahkan aku dari bergayut dekat lengan kakak tu.

"Eunha... kau suruhlah unnie marah aku. Please..."

"Simpan sikit gila kau tu boleh tak?" Eunha marah aku. Dia tengok muka kakak yang masih berdiri kat depan kitorang. "Eheee... sorry unnie. Dia sedang mengalami tekanan jiwa mungkin. Terima kasih sebab terima maaf kitorang. Mintak diri dulu. Kalau ada majlis apa-apa lepas ni, SweetUnicorn Bakery and Pastry sedia untuk berkhidmat. Terima kasih." Gigih betul Eunha karang ayat-ayat manis untuk kakak tu.

"Sure. Cupcakes awak memang sedap. Sebab tulah Tuan Muda Byun beli yang lagi empat ratus biji tu kan?"

"Tuan muda Byun?" Eunha bertanya dengan dahi berkerut.

Aku yang tengah meronta dalam rangkulan Eunha terus mati pergerakan. "Dia beli yang lagi empat ratus biji tu?"

"Haah. Tadi unnie ada dapat panggilan dari tuan muda Byun. Dia dah bagitahu yang dia dah beli empat ratus biji dari tempahan tu."

Makin bertambah lapisan kat dahi aku. Aku toleh ke arah Eunha. Dahi awek Hanbin ni pun berlapis macam aku jugak.

"Siapa Tuan Muda Byun? Kau kenal?" Eunha tanya aku.

"Duh! Kalau aku kenal, takde lah aku nak buat muka pelik macam ni."

"Bila masa kau jual empat ratus biji cupcakes kat dia?"

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now