Chapter 1

211 15 0
                                    

"Rabbighfir li, wa li walidayya, warham huma kama rabbayani shaghira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rabbighfir li, wa li walidayya, warham huma kama rabbayani shaghira."

"Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil." Sambungnya dalam hati. Air mata sudah kering untuk menangis lagi. Rumput dan daun kering di atas kubur orang tuanya dikutip.

Mata berairnya memandang kosong ke arah batu nisan yang terukir nama ibunya Raja Leena Su'aida dan bersebelahan kubur itu Qabil Borkan, ayahnya.

Yassin ditutup dan tubuh ramping itu berdiri. Selendang putih yang menutup kepala dibaiki kerana ditiup angin.

Hari senja membawa awan mendung seakan faham perasaan seorang Luna Hannah.

Kakinya melangkah ke arah kereta. Yassin dipeluk ke dada. Memandang langit yang gelap sambil berdoa pada maha esa.

Untuk kali terakhir, Luna berpaling ke arah belakang. Memandang kubur Leena dan Qabil untuk kali terkahir pada hari itu.

"Esok, Luna datang lagi." Luna berjalan masuk ke dalam kereta. Meninggalkan tanah perkuburan itu dengan hati yang reda.

Dia harus menerima semua takdirnya. Walaupun mengeluh itu ada, tetapi lambat laun, dia harus menerimanya. Takdir dimana kematian itu pasti.

Berhenti di kedai seven eleven. Belakang tubuh bersandar pada kerusi. Kepala pening sementelah seharian sibuk berada di luar.

Tuan Malikhi memintanya laporan tentang cuaca pada hari esok dan lusa serta laporan untuk masyuarat. Tidak cukup tangan untuk mencari maklumat. Tuan Malikhi telefonnya secara mengejut. Kemudian, mendapat pesanan dari tuan jabatan juga.

Setelah semuanya selesai, baru dia ada masa untuk melawat kubur kesayangan. Selama tiga hari dia sibuk kerja dan tidak meluangkan masa di kubur seperti selalu.

Nafas dihela perlahan. Pintu dibuka dan dia berjalan masuk ke dalam kedai seven eleven. Tunduk hormat dari pekerja kedai dia balas dengan senyuman.

Luna berjalan ke peti simpanan air. Milo dan yogurt diambil. Sesaat, ada satu tangan asing yang mencuba untuk mengambil air milo juga.

"Boleh lepaskan?"

Luna memandang gerangan di sebelahnya yang kemas memegang tin milo. Mata jejaka itu tajam memandangnya dari hujung mata.

Luna menjuling mata ke atas. Mengalah. Kalau balas semula pasti jejaka itu akan menang.

Yogurt digenggam dan dia berjalan ke arah kaunter. Si jejaka yang memegang air milo merengus geram. Memandang belakang tubuh ramping Luna yang sedang membayar yogurt di kaunter.

HADID'SWhere stories live. Discover now