Chapter 3

75 8 0
                                    


Jam berbunyi berulang kali. Tangan kurus itu menepuk jam digital sehingga jatuh.

"Apa tu?!" Luna memandang jam digital meja tidur yang pecah.

"Sekarang jam berapa?" Telefon atas meja diambil. Terbuntang mata melihat nombor tujuh dan lima belas pada telefon.

"Alamak! Pukul 8.30 mesyuarat." Luna berlari masuk ke dalam tandas. Dia keluar semula dan ambil tuala.

Segalanya dipakai dengan cepat, dia tertidur selepas solat subuh bersama Annie.

Tergesa-gesa Luna berlari turun tangga dan bersalaman dengan Annie di meja pulau.

"Nek engku, Una dah lambat. Una pergi dulu." Annie mengelengkan kepala dan menghantar Luna sehingga ke pintu utama.

"Bawa kereta hati-hati. Jangan panik sangat, bahaya." Luna mengangguk dan melambai ke arah Annie di depan pintu.

Kereta keluar dari kawasan rumah dan laju Luna tekan minyak. Tinggal lagi setengah jam sebelum masyuarat.

"Unit 21 sudah." Mu'az, Qally, Farezel, Huda dan Akesya memandang ke arah suara yang menegur mereka.

"Puan Elyani minta data untuk esok serta siasatan tentang ribut induk semalam. Aduan dari orang awam, tanaman petani dan padi rosak di beberapa tempat akibat kecuaian unit kau orang. Jangan buat kerja dengan cuai. Be professional." Farezel mengambil kertas dari Rehmi. Rehmi yang senyum mengejek dibalas dengan jelingan oleh Farezel.

"Aku geram betul dengan mamat tu." Farezel merengus geram. Mu'az mengelengkan kepala untuk menghentikan perbuatan Farezel.

"Banyak mata-mata perhatikan kita. Jangan buat hal kalau tak nak ada masalah." Mu'az mengambil kertas dari Farezel.

"Luna sampai, jangan salahkan dia. Mungkin dia tidak perasan. Lagipula, ini kejadian jarang berlaku. Sejam enam minit sebelum itu, menunjukkan tanda yang sangat kecil. Luna tidak perasan. Kalau dia sedar, lebih awal dia bertindak bukan keluar pergi tandas." Yang lain menjatuhkan kepala faham dengan arahan ketua mereka.

"Tak ada sebab kukuh nak salahkan dia seorang. Tuan Jeffery juga bagi arahan dekat aku dan aku pun tak sedar." Akesya bersuara perlahan.

"Salah kita." Sambung Qally.

"Sorry semua, aku lambat." Luna berlari dan duduk di sebelah Akesya. Kemudian, sampai Zoul sambil membawa cawan plastik kecil.

Luna memandang Mu'az, Akesya, Farezel dan Qally yang memandangnya. Luna senyum kecil.

Zoul duduk bersebelahan Mu'az dan minum kopi dalam cawan kecil itu.

"Sayangi alam sekitar." Qally memandang Zoul dengan wajah jengkel.

"Ini kitar semula tau." Zoul minum air kopi sehingga habis.

"Dari?"

Zoul angkat bahu dan buang ke dalam tong sampah.

"Semua ada?" Soal Mu'az. Matanya mengira setiap rakan seunitnya cukup tujuh kepala.

Tepat 8.30, Tuan Malikhi masuk ke dalam bilik masyuarat diikuti Puan Elyani, Tuan Jeffery dan ketua jabatan meteorologi Tuan Than Islah.

"Assalamualaikum and good morning to ladies and gentlemen." Than Islah beri ucapan aluan dan teruskan tujuan utama masyuarat diadakan pada pagi itu.

"The head of department division four and the head of department five were unable to attend together due to unavoidable personal problems. So let's start to the main topic."

Masyuarat diteruskan dengan masalah profesional pekerja dan alatan ramalan kaji cuaca yang mempunyai masalah.

×××××

HADID'SWhere stories live. Discover now