Chapter 58

51 6 0
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan. Syiling putih menjadi tatapan pertamanya. Nafas dihela pendek. Dia menoleh ke sebelah. Huda baring sambil genggam tangannya. Kepala gadis itu diusap lembut agar tidak ganggu tidurnya.

Liur ditelan sukar kerana tekak kering. Mungkin kerana oxygen yang dipakai ketika dia tidak sedar ditambah pula dengan dia pengsan untuk beberapa hari.

"Perlahan-lahan." Garau suara seseorang menegur Luna. Gadis itu laju menoleh ke tepi. Izz berjalan ke arahnya dan membantu dia untuk mengambil air.

"Minum sikit-sikit." Izz pesan awal. Risau pula jika gadis itu minum dengan sekali telan.

Luna patuh dan ambil gelas dari Izz. Katil di prop-up sedikit memudahkan Luna untuk minum air.

Tangan Izz bergerak di hadapan Luna untuk mengejutkan seseorang pantas dihalang Luna.

"Jangan gerak dia. Biarkan." Mereka memandang Huda yang berdengkur halus. Penat sungguh gadis itu.

Izz membiarkan Huda tidur dan dia kembali duduk di sofa sebelah dinding. Dia juga mengantuk tetapi apabila matanya hampir tertutup tiba-tiba Luna membuka mata dan telah sedar. Terus hilang mamainya dan berjalan menuju ke Luna. Dia rasa teruja.

Sangat teruja.

"Aku sudah berapa lama di sini?" Soal Luna. Dia memandang wajah Izz sekilas kemudian dia mengalihkan pandangan. Malu apabila Izz melihat dia baring di atas katil.

"Semalaman. Bersyukur sebab kau dalam keadaan baik dan tak teruk." Sekali lagi Izz berjalan mendekati Luna. Wajahnya kosong tidak menunjuk rasa hati.

"Aku bersyukur kau selamat." Bantal di atas kepala Luna dibaiki. Dia mahu mendekat dengan gadis itu tetapi dia tahu batasnya dan penganggu yang masih nyenyak dibuai mimpi.

Luna kaku. Haruman tubuh Izz masuk ke dalam ruang nasalnya. Harum dan maskulin kerana itu bau semula jadi jejaka itu.

"Aku ingatkan sudah seminggu aku tak sedar." Bisik Luna perlahan. Dia jatuhkan pandangan apabila Izz masih berada di depannya dan tidak bergerak tubuh tegap itu untuk menjauh.

"Aku harap polis dan—"

"Aku tak bocorkan rahsia itu. Jangan risau..." Izz memintas percakapan Luna.

"Kau selamat dengan aku." Izz memandang kesan luka di tangan Luna kemudian dia memandang wajah pucat Luna.

"Aku sudah pesan—" Izz diam.

Luna menunggu jejaka itu sambung ayatnya.

"Jangan buka pintu sebab aku ada kunci sendiri." Izz menaikkan tangan ke arah wajah Luna tetapi dia membaiki tudung gadis itu. Ikutkan hati dia mahu mencubit pipi gadis itu sekuat hati kerana geram.

"Yazid—"

"Aku tahu dan biarkan aku selesaikan sendiri." Mata hitam pekat itu mula jernih. Dia rasa selamat.

"Izz kau tak patut buat semua sebab aku." Izz menjauhkan tubuhnya apabila Huda bergerak dan mengosok matanya. Luna diam sesaat.

"Kau tunang orang. Sedar diri tu." Izz menoleh ke arah Luna sambil memeluk tubuh.

"Anggap aku buat semua ini atas dasar perikemanusiaan dan juga hubungan sebagai sepupu." Ujar Izz lancar. Luna diam sahaja. Dia rasa bersalah pada Meline kerana merampas tunang gadis jelita itu.

Tetapi bagus juga kalau Meline cemburu. Perempuan itu layak dapat layanan buruk seperti keluarganya buat terhadap ibu bapanya.

"Tentang Meline kau jangan risau. Aku tahu untuk selesaikan masalah aku sendiri." Luna mendongak memandang wajah tenang Izz. Jejaka itu pandai membaca fikirannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HADID'SWhere stories live. Discover now