Chapter 9

49 10 0
                                    

Luna memeluk tubuh kerana berasa sejuk. Pandangan di hadapan cukup membuat matanya bersinar.

Dari Porsche, Audi, Corvette, Ferrari, Jaguar, Bentley, Aston Martin, Lotus, Maserati, lamborghini, Alfa romeo, Lancia, Mercedes Benz, dan juga BMW. Semua kereta tersusun cantik untuk latihan'Grand Prix' pada hari pertama yang bakal diadakan di Miami.

Menggunakan kereta sport mewah bagi perlumbaan 'sport car' untuk 'drag races'. Pecutan paling laju antara dua kereta.

"Hacum!" Luna mengesat hidung yang memerah. Cuaca sejuk dan hujan seakan bekukan kulit mulusnya.

Luna ambil tempat duduk di barisan kedua paling hadapan. Telefon dikeluarkan untuk merakam kereta-kereta sport yang akan berlumba.

One...

Two...

Three...

Klik

Klik

Bibir merahnya senyum lebar apabila dapat mengambil gambar kereta idaman.

"Aku akan bawa kau suatu hari nanti." Luna tersenyum kecil melihat gambar kereta sport yang diambilnya.

"Kau tenung lama-lama gambar tu hanya dapat bermimpi sajalah bukan realiti." Punggung dijatuhkan sebelah Luna dan kaki disilangkan. Tangan bersilang ke dada.

"Aku tak ganggu kau. Jangan kacau hidup aku boleh?" Luna menjuling ke atas bila hidung kecilnya terbau sesuatu yang sangat wangi. Hidung ditutup dengan jari dan di kibas-kibas.

"Kau tak mandi ke selepas tu pakai minyak wangi satu lori. Bau lemon masam." Luna mengibas wajahnya yang bertukar merah. Dia benci bau perfume buah.

"Floral Eau De Parfum. Bruttezza." Rambut panjangnya disisir ke belakang. (Ugly).

Luna menarik nafas panjang. Cuaca yang baik, ceria tetapi diganggu oleh langau kuning.

Ugly!

Nama minyak wangi hodoh.

"Hazelnut yang pahit boleh tak pergi duduk tempat lain. Kau menganggu pemandangan aku." Hazell mengecilkan mata ke arah Luna. Ikutkan hati dia mahu tarik tudung bawal gadis itu.

"Kau kan mem—"

"Ehh! hujan nak turun!" Luna membuat muka terkejut sambil mendongak memandang langit padahal tiada hujan hanya langit yang mendung.

Hazell menunding jari di depan batang hidung Luna. Terjuling mata hitam gadis itu melihat jari tak berapa runcing milik Hazell.

"Kau—" termati ayat Hazell sekali lagi apabila sorakan kuat dari gadis-gadis yang menonton latihan perlumbaan itu.

Dua pasang mata melihat ke arah bawah di mana semua mata memandang ke arah seorang pelumba yang keluar dari kereta.

Satu tubuh tegap keluar dari 'Mercedes AMG'. Luna ternganga. Itu adalah kereta yang dia rakamkan tadi dan bermimpi untuk mendapatkannya suatu hari nanti.

HADID'SWhere stories live. Discover now