Chapter 56

62 10 1
                                    

Hujung mata menangkap sepasang kekasih menjamu selera di meja paling hujung. Di bawah lampu malap mengelilingi mereka. Pisau yang dipegangnya disimpan dalam kocek apron hitam yang dipakai.

Setelah berita perkahwinan pasangan anak aristokrat itu tersebar setiap hari mereka keluar bersama.

Dia masuk ke dalam dapur kembali apabila pasangan itu berdiri dan berjalan ke arah pinu keluar.

Dia mendekati board pesanan digital. Tidak banyak pesanan yang diterima kerana masa untuk tutup juga sudah hampir.

Dia menoleh ke arah anak buahnya yang sediakan makanan. Mereka bergerak laju membuat kerja dengan langkah sangat professional. Hujung bibir terjungkit kecil. Puas hati.

"Chef Rid, ada orang nak jumpa." Pekerjanya menunduk dan beredar.

Rid menoleh belakang dan senyum senget melihat si kawan yang melonggarkan tali leher.

"Kau nak apa Izz?" Soalnya dan dia bersandar di jurang pintu sambil tangan melipat di dada. Matanya menjeling kesan lipstick merah di pipi Izz.

Izz menjeling ke atas. Bukan dia tidak perasan Rid memandang dia dan Meline dari mula masuk sehingga mereka habis makan. Perangai menyibuk tak pernah hilang.

"Tolong bungkuskan satu lentil soup." Izz mengesat rahangnya. Rid mengangkat sebelah kening.

"Kau ingat restaurant aku ni kedai mamak." Rid memberi arahan kepada anak buahnya. Laju lelaki itu mengangguk dan beredar.

"Untuk siapa?" Soal Rid. Dia ikut langkah Izz ke meja kosong. Kerusi ditarik dan mereka duduk.

Rid memandang pakaian Izz. Selekeh dengan baju keluar dari seluar. Kot sudah disangkut pada kerusi sebelah dan tali leher sudah dilonggarkan.

"Gambar kau berdua semalam dan hari ini mungkin jadi topik hangat sehingga bulan depan." Rid bersandar pada kerusi.

Bawah cahaya bulan dia dapat melihat peluh di dahi Izz dan mengalir sehingga ke leher. Kepala digelengkan. Dalam restaurant itu bukan panas.

"Kau penat sangat ni. Kerja apa lagi yang kau buat? Muka kau nampak penat dua tiga hari ni?" Izz mendongak. Muka diraup melepaskan lelah. Kemudian dia mengeleng menidakkan kata-kata Rid.

"Aku bukan kenal kau sehari tapi dah bertahun Izz. Aku tahu kau sorok sesuatu." Rid menompang siku di meja.

"Tak ada apa." Izz memandang ke luar tingkap. Memandang cahaya bulan yang terang pada malam itu.

"Okay, baik. Aku tak tanya lebih. Tapi kenapa kau tak hantar Meline sehingga ke rumah?" Soal Rid. Soalan mudah dan ringkas jika Izz tak mahu jawab juga dia mahu cancel pesanan Izz.

"Dia ada driver pergilah balik sendiri." Mudah jawapan Izz. Rid ketawa kecil. Tak gentleman langsung kawannya.

"Aku tak nak dijadikan gosip lagi. Cukuplah selama dua hari ni." Izz bersandar malas pada kerusi. Kening lebatnya berkerut halus menahan sakit kepala.

"Tuan." Lentil soup diletakkan atas meja.

"Aku belanja. Kau baliklah. Tapi—" Izz yang mahu berdiri terus berhenti. Menunggu Rid habiskan ayat.

HADID'SDove le storie prendono vita. Scoprilo ora