Chapter 44

49 10 0
                                    

Angin kuat meniup jubah tidur putih pada tubuhnya. Sudah bersedia untuk menghilangkan diri dan dunia ini.

Membayangkan tubuh terapung di atas air dan membawa jauh tubuhnya pergi. Kesakitan yang dia rasakan akan terhapus buat selamanya.

Kepulangannya dari hospital disambut mesra sepanjang jalan ke ruang tamu dan di kerusi besar ruang itu Annie telah menunggunya dengan wajah yang bersinar.

Laju wanita tua itu memeluk tubuhnya di atas kerusi roda. Dia cuba berdiri tetapi kakinya masih sakit.

"Dah kena pukul teruk masih hidup lagi kau?" Hazell melipat tangan ke dada. Dengan muka sombong dia memandang Luna yang memakai kerusi roda.

"Tuhan beri aku rezeki untuk hidup lagi." Jawab Luna tenang. Dia menahan diri untuk menampar pipi Hazell. Depan Annie masih boleh biadap.

"Hazell...may your manner. Jangan biadap depan nek engku!" Keras nada Izz yang muncul dari belakang Luna.

Jejaka itu kelihatan kemas dengan coat hitam pada tubuh tegapnya dan berseluar slack.

Hazell mengunci mulut rapat. Gerun untuk pandang Izz yang masih tenung wajahnya tajam.

Berdepan dengan kemarahan Izz sangat menakutkan. Jejaka itu akan menyekolahkan sesiapa sahaja yang biadap.

"I just ask her." Hazell masih lagi menjawab.

"Walaupun dia nazak minggu lepas tapi masih boleh bercakap dengan baik. Tapi kau yang tak pernah cedera tak pernah cakap sopan." Ianna berdiri dari sofa.

Dia harus berbunyi. Hazell dah semakin melampau.

"Abang tak sepatutnya jemput dia ke sini, tengok tu biadap." Ianna masih lagi tak puas hati. Dia melawan mata dengan Hazell.

Hazell mengangkat kening sebelah kemudian dia melepaskan nafas dan senyum lebar. Dia berdehem betulkan suara sebelum mendekati Luna.

"Okay fine, aku salah." Hazell berjalan ke arah Luna.

Berdiri tegak di depan gadis itu dia menunduk dan memeluk bahu Luna.

"Aku doakan kau mati. Tapi gayanya doa aku tak makbul. Selalunya orang yang baik mati awal tapi kau tak tergolong dalam 'orang yang baik' itu." Bahu Luna ditepuk-tepuk dan bibirnya senyum lebar.

Luna mengenggam pemegang kerusi roda. Dia mahu membalas tapi keadaan tak sesuai. Hati bergelegak panas lihat muka mengejek Hazell.

Mati...

Mati...

Mati...

Mati...

Satu kaki sudah bersedia untuk turun ke bawah. Mata dipejamkan dan tangan didepa.

Menjerit kuat dia bila pinggang ditarik ke belakang dengan kuat dan mereka jatuh atas lantai.

Luna pejam mata erat bila dahinya melanggar sesuatu keras tapi bukan lantai.

HADID'SWhere stories live. Discover now