Chapter 57

38 7 0
                                    

"Yazid."

Pisau di tangan Yazid disepak jauh dan Izz mengunci pergerakan Yazid apabila lelaki itu mencuba untuk lari. Dia memandang pisau itu tajam. Pisau karat.

"Kau memang tak guna!" Izz mengertap gigi kuat.

Kenapa dia buat semua itu?

"Jadi selama ini kau yang cuba untuk bunuh Luna...tapi kenapa?" Perlahan Izz menyoal. Tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Jadi selama ini pembunuh itu berada dekat dengan Luna.

Tak mungkin orang luar menceroboh rumah agam nek engku kerana kawasan perumahan itu mempunyai sistem yang ketat.

BUK

Wajah Izz ditumbuk sekali tanpa dia bersedia. Pisau yang disepak oleh Izz yang berada di kaki sofa diambil semula.

"Yazid!" Terhenti langkah Yazid. Nafas dihela keras.

"Jangan ganggu kerja aku. Bukan ke kau benci perempuan itu?" Sinis Yazid. Izz mengenggam tangan kuat. Belakang tubuh tegap itu direnung tajam.

Gila!

"Aku akan pastikan kau ke tali gantung dan..." Yazid senyum sinis.

"Kau jangan apa-apakan nek engku." Yazid ketawa kuat. Bergema suara garaunya di dalam ruang sunyi itu.

"Aku orang setia dia. Mana mungkin aku nak bunuh dia. Bodoh." Dia membaiki hoodie yang dipakai dan berlari keluar.

Tanpa berfikir Izz meluru laju ke arah Luna. Nafas Luna diperiksa. Perlahan tetapi ada. Tubuh Luna dicempung mudah dan dia berlalu keluar.

Dia mesti cepat sebelum terlambat.

Maafkan aku Luna.

Huda memandang pintu yang masih tidak buka dan Luna masih di dalam. Kuku digigit dan kaki digoyangkan. Hatinya resah gelisah.

Dia tidak tahu apa yang terjadi semasa pergelutan di penthouse Izz. Tetapi dia mahu sahabatnya selamat.

Zoul memandang Huda yang gelisah. Tubuh gadis itu tidak dapat sorokkan perasaannya. Dia mengeluh panjang.

"Apa yang dah jadi?" Soal Zoul perlahan. Sesekali dia menjeling Huda. Risau jika gadis itu pergi kemana-mana.

"Aku terlambat." Zoul menoleh ke arah Izz.

"Aku lambat selamatkan dia. Dia berdarah. Aku tak tahu nak buat apa. Aku panik. Kalau dia tak dapat diselamatkan?

"Hoi!" Zoul memegang bahu Izz menghadapnya.

"Tenang. Jangan merepek." Izz meraup wajah kesal. Jika dia tidak pulang ke rumah selepas memberi soup itu pasti Luna masih selamat dan berada di hospital seperti sekarang.

"Tenang." Ujar Zoul. Pertama kali dia melihat Izz jadi tak tentu arah seperti ini. Dan pertama kali dia lihat kawannya risau akan perempuan. Dia mengeluh panjang.

Mereka menyepi. Beberapa minit menunggu Huda sudah mengantuk di sebelah Zoul. Kepala ke depan dan belakang sebelum jari runcing Zoul menolak dahi Huda dan sandar di bahunya.

"Izz..." panggilnya perlahan. Izz mengangkat kepala.

"Pembunuh tu tahu Luna masih hidup apa kau nak buat?" Izz menoleh ke arah Zoul. Nafas dihela panjang.

"Kalau kau beritahu inspektor tu tentang Luna mesti kau ditangkap sebab sorok mangsa." Zoul membuat andaian. Sudah berapa hari Izz letak Luna dalam penthousenya.

HADID'SWhere stories live. Discover now