Chapter 10

61 10 0
                                    


"Hey."

"Izz." Panggil Hazell perlahan. Bahunya yang sakit dipegang.

Luna menjeling ke atas. Drama queen sudah muncul.

"Kenapa?" Soal Izz. Mata amber itu memandang kedua gadis di depannya.

"Luna tolak I dua kali." Hazell mengurut bahunya. Matanya berair seperti menahan sakit.

"Aku tertolak kau. Lagipun perlahan aku tolak bukan kuat..." Luna membelakangi Izz ingin elak dari jejaka itu nampak anak rambutnya.

"Aku nak masuk tandas dulu." Selangkah Luna berjalan, langkahnya terhenti bila ditegur suara garau dibelakangnya.

"Jadi, kau mengaku yang kau tolak dia?" Izz menyoal sinis.

Luna menelan liur. Jawab atau tidak.

"Aku dah mengaku yang aku tolak dia. Tapi tak kuat." Luna bersuara mendatar. Izz seakan mahu menyalahkan dirinya seratus peratus.

"Kau tetap tolak Hazell."

"Aku dah minta maaf. Tapi perempuan ni tak nak dengar."

"Language." Izz menegur keras. Luna mengertap bibir kuat. Dia dapat rasakan Hazell sedang senyum kemenangan.

"Dia buka pintu and langgar I." Hazell mencelah. Membarakan lagi keadaan. Luna dapat rasakan pandangan tajam dari jejaka amber di belakangnya.

"Careless. Selepas ini, pandang sekeliling dulu sebelum nak buat apa-apa." Izz bersuara mendatar. Luna mengenggam tangan sekuat hati. Izz seakan menyalahkan dirinya seratus peratus.

"Kau tak pernah berubah." Izz bersuara lagi. Luna melepaskan nafas.

"Aku tak nak cari gaduh." Luna berjalan masuk ke tandas. Hati panas dengan dua sepupu yang menyakitkan hati itu. Pintu tandas ditutup.

"Salah aku? Memang salah aku. I'm not denied it but it's not my fault one hundred f*ckin' percent!" Air mata yang hendak keluar dikesat laju.

Careless.

Careless.

Careless.

Tepi singki digenggam kemas. Hatinya sakit. Disalahkan walaupun bukan kesalahannya.

Hatinya cemburu melihat Hazell dan sepupu perempuannya yang lain mendapat layanan istimewa dari ibu bapa saudara tetapi dia. Tidak.

Tiada sesiapa yang mahu menasihatinya dan menjaganya. Mengambil berat dan mengambil tahu tentang kesihatannya atau apa-apa sahaja.

Pin tudung ditanggal dan wajah merahnya dibasuh. Air mata mengalir bisu. Dia mahu kasih sayang. Rasa disayangi oleh ibu bapa. Kasih sayang Annie tidak cukup, hanya sekadar nenek.

Sisi singki digenggam kuat sehingga putih hujung kuku. Bibir digigit tahan menangis. Sekali lagi wajahnya dibasahkan.

Astagfirullah...

Kedua tangan menutup mata. Tidak sanggup melihat wajah sendiri di cermin. Luna menangis sepuasnya. Benci dengan diri sendiri. Seorang yang cuai.

"Disebabkan kau, banyak timbulkan masalah pada aku."

Suara garau itu diingat kembali. Suara kawan baiknya sebelum menjadi orang asing.

Tisu dikesat pada wajah dan tudung dipakai semula. Wajahnya memerah kerana banyak menangis.

Jam cartier dilihat. 9.45 a.m. Masih awal untuk pulang dan langit masih turunkan hujan yang lebat.

"Nenek!" Membulat matanya kerana terkejut melihat satu tubuh berdiri tegak di belakangnya.

HADID'SOù les histoires vivent. Découvrez maintenant